melupai seseorang

Assalamualaikum

perbuatan melupai seseorang ini berlanggar dengan syara' ke? kira kita hapuskan sisa silaturahim yang terjalin? kenapa perlu lupakan orang tu? apa pendapat korang? aku sendiri pernah melalui proses ini bahkan sedang bertarung dengan ketahanan emosi untuk melupai seseorang dan mungkin dua tiga orang juga..

malangnya ingatan aku bab bab begini sungguh kuat.. bukanlah aku kejam cuma aku takut perbuatan aku masih terus mengingat akan menyusahkan orang tu dan melukai hati aku atau menganggu gugat emosi aku untuk hidup dengan tenang.. so, macam satu kemestian untuk aku melalui proses ini.. alhamdulillah.. Allah izinkan aku mengubati hatiku so kira senang juga aku nak lupa perasaan tu.. ingat kenangan pun takde feel.. nasiblah kau siapa suruh buat aku parah dah aku blacklist kau.. tak dendam tapi nak terima balik dalam kamus hidup sorry lah der.. :)

makanya... kalau aku nak lupakan orang.. cara aku senang je.. tak payah buat pun cubaan melupakan orang tu.. terus hidup macam biasa je. siapa kata susah? kalau niat dah ada.. tuhan kenankan aje.. cuma tak baik pula kita duk lupa-lupa orang yang pernah hadir dalam hidup kita.. walaupun dia buat jahat ke apa.. ingat dia takde jasa? ada lah.. jasanya jadikan kita manusia yang tabah dan matang.. sebab kita tak mudah melatah dan tak layan bullshit macam dia.. haha..

biasa yang nak lupakan ni berkaitan bekas kekasih, kawan yang menjadi musuh dan cuba untuk tidak mengingati kenalan yang telah meninggal dunia.. tak nak sedih sangat.. dalam hal ni mungkin baginya ingat orang yang telah meninggal dunia hanya membuatnya gundah gelana... :')

TAPI kalau subjek yang nak dilupakan ni orang yang mungkin buat kita fikir hidup takleh nak move on duk ingat je.. memang SAH KENA LUPA.. turunkan je orang tu dari teratak pertama slow slow.. maksud aku.. jangan nak kisah sangat dia.. fikir satu je.. orang tu belum tentu ingat kita.. buat apa susah diri.. tak payah fikir positif sangat sebab nanti kita mengharap.. set dalam otak dan fahamkan hati yang tak de siapa boleh baca hati manusia kecuali Allah.. so tak payah duk teka dia ni mungkin syok kita tu cuma malas nak bagi respon... kalau rasa susah sangat nak hidup move on je.. mana tahu dia akan terhegeh-hegeh takle kita nanti.. haha

kalau korang sendiri tak nak lupa orang tu so toksah duk tanya orang lain cara nak lupa someone.. sebab bagilah apa langkah sekalipun korang akan ada banyak alasan.. tak percaya ? okay aku suggest korang tak payah contact dia.. hah mesti ada je yang halang korang kan... BANYAK SANGAT TAPI DALAM HIDUP TU YANG MENYUSAHKAN DIRI.. kenapa tak buat macam yang korang nak tanpa fikir orang lain.. bukan korang buat salah pun.. just nak terus hidup macam biasa... tinggalkan kenangan yang merantai perjalanan hidup korang tu.. bayangkan kalau korang TAK BAZIR BERJAM-JAM DALAM SEHARI INGAT POLAN TU.. apa akan jadi dalam time tu? korang akan spend wisely nanti..

so fikir baik-baik.. kenapa nak lupa? macam mana nak lupa? dan wajarkah ingat pun? hahahaha pilihan kat tangan sendiri.. btw, baca blog cikgu Zara ni.. pasal entri yang macam point out benda sama je kat sini... okay xoxo tata +_*

No comments: