mengidam

Assalamualaikum..

orang mengidam ni biasanya perempuan kan.. mengidam tu macam ada keinginan nak ni nak tu.. macam-macam pe'el lah... orang juga selalu kata 'eihhh kau mengandung ye ngidam macam-macam ni' .. pasal apa? sebab orang mengandung yang mengidam pelik-pelik ni..

tapi fenomena ni dah tak boleh pakai.. sebab manusia memang nafsu membuak dan pelik.. ada je nak mengidam benda.. macam orang shopaholic lah.. nak dapat baju tu.. time tu jugak beli.. tak pikir lain dah.. aku pun selalu gak mengidam.. berangan nak pakai kereta sport warna merah boleh buka bumbung.. hahha.. tapi sedar diri tak mampu.. jadi simpan hasrat satu hari nanti aku mampu beli kereta trak.. macam storm.. sebab nak kereta+ ala-ala lori.. heheheh.. okay so siapa berani kata mengidam ni tak elok.. kan elok tu menggalakkan cita-cita tinggi dan azam kumpul duit,.. kira ada wawasan apa..

tapi kalau bab mengidam nak makan pulak.. itu satu isu lain.. selalunya kita akan mengidam time tak de duit.. lalu mana-mana je.. ada je rasa eih nak beli tu lah.. yang ini pun sedap.. wah lama dah tak makan tu.. macam-macam lah en.. memang menyusah.. ada yang terliur nanti.. macam sekarang aku mengidam nak makan kuih.. lama gile dah tak makan kuih.. dapat kuih keria ke pulut panggang sedap bhaiiii.. tambah petang-petang ni makan bubur durian ke bubur kacang....


so sebabkan mengidam ni melampau buat rasa lapar.. aku kena rajin diri cari kat pasar malam makanan yang mampu cover mengidam aku ni..yela celah mana nak dapat kuih tu petang-petang kat kolej aku ni.. hampeh jela.... kalau lah aku mengandung nanti.. apa pulak aku idamkan eh..hahaha.. takut juga.. ada orang mengandung mengidam makan sabun lah, minyak petrol.. alhamdulillah selamat dorang.. semua salahkan baby yang nak makan tu mengidam.. em entah lah benda ni rahsia tuhan..

p/s : bukankah time takde duit semua benda jadi sedap kat mata.. ada duit haram ingat
p/s/s : pic(s) sumber google

No comments: