Kasih terhalang 2

Setelah usaha mendapatkan hati Jamal gagal.. Munah terus letak jawatan dan pulang ke kampung..

-------------

'hoii asal muka kau masam mencuka hah?' Jenab menegur sambil menjeling air dan nasi goreng yang tak terusik dek Munah.. 'ala nak le tuwww.. cakap jela Jenab..' bisik hati Munah.. Munah yang terus mendiamkan diri membuatkan Jenab bengang.. 'eih kau ni.. orang tegur tu tak reti nak balas ke.. orang berbudi kita berbahasa .. aku pinjam jap tagline Blog Mainur yang comel-sweet-gerek giler tu.'

Munah mula menangis... arghhh sudah aiyo tak tahu Jenab buat Munah nangis.. Jenab panik lalu berkata semula ' sori sori aku bukan nak marah kau.. * sambil nyanyi lagu + aksi super junior sekali. Munah, ce citer ce citer apa jadi sebenarnya?'

' aku ni baru putus cinta.. aku ada kerja company besar kat bandar.. dapat pula bos kacak.. bonus lagi dia kaya.. ingat nak takle pastu songlap duit... tapi dia tak berkenan kat aku..' Munah mula berkisah..

'la itu je? ceh aku ingat hal apa lah tadi.. ermm Munah sebelum kita cerita panjang.. kasi aku makan nasi kau.. aku lapar.. idea tak keluar kalau lapar..' pujuk Jenab.. Munah pun muka agak kelat macam kopi takde gula pun kasi lah Jenab nasi tu.. dalam hati Munah tiba-tiba tercalculate hutang Jenab kat dia..' minah ni asyik pelungkup duit aku.. minggu sebelum aku pergi bandar minyak kereta bagi habis.. kelmarin aku sampai Kampung bedal baju baru yang aku beli'..

'kau ni berkira pulak dengan aku ye...' kata Jenab seperti dapat mengagak apa yang bermain difikiran Munah.. ' eih tak lah.. kita kan BFF.. kawan sampai mati .. tak kan la aku kedekut pulak kan.. kan kan..' Munah segera cover line...

Jenab malas peduli walaupun tahu muka Munah lain macam je.. Jenab bajet nak balas pengorbanan Munah jadi dia pun cadangkan sesuatu.. ' apa kata kalau kau pergi je jumpa bomoh.. kita kasi mandrem sama dia.... nak tak?' *sambil dia berbuat aksi Usop angkat tangan macam saya

lantas terpacul dari mulut Munah setelah Jenab mengemukakan cadangan   'boleh jugak tu.. tapi aku takutlah kalau kalau ter-overdose dia suka aku lak macam mana? aku nak kikis sikit pun jadilah..'

segera je jenab susun ayat nak paw Munah.. 'takpe.. nanti kita bincang esok.. aku dha kenyang.. ngantuk lak.. so nak balik rumah.. hurmm tapi kan leh tak kau bayar nasi goreng aku tapaw .. aku takut bangun malam nanti lapar lagi.. '

-----------------------------

'cis bedebah betul Jenab tadi.. kering poket aku bila dengan dia.. macam ni lain kali buat-buat tak bawa wallet jela.. nanti kalau aku dah dapat Jamal baru lah aku boleh keluar dari kampung ni.. buat tak kenal si Jenab hingus tak reti nak lap tu.. pengotor punya perempuan.. macam mana lah mamat melaun anak tauke beras yang mata sepet tu leh suka dia.. kalau melaun tu suka aku tak payah susah susah aku nak adjust Jamal..' bebel si Munah dalam perjalanan balik sebab dia terpaksa pula pinjamkan Jenab lagi 50 hengget konon nak calling calling Bomoh tu..

bersambung..............

4 comments:

Amni said...

hehehe.... cite santai je... edit sikit sana sini, boleh bukukan....=)

Mainur Hasnah said...

thanks.. tapi tak tahu ada kelayakan tak.. lagi pun tak tahu nak buku cam mana..

cujie said...

wow.. best2..
wt ler buku mai..
leh z jd fan ko..
huhuhu

Mainur Hasnah said...

haha zie ni ada2 je.. tak sampai tahap tu.. tatabahasa pun tak betul ni