sanding je ekonomi gasak

Assalamualaikum..

agaknya aku ni layak ke bercerita pasal ni? sebabkan umur aku kan muda lagi baru remaja jugalah *tak sedar diri .. apa nak kata aku miang? mana ada saja je mengupas isu yang orang sedar tapi tetap buat juga.. berapa ramai couple yang lepas kahwin je bercerai.. bukan pasal tak serasi tapi masalah ekonomi..

korang rasa kenapa? bagi aku satu je.. PERSANDINGAN.. tu punca utama belum masuk dengan benda sampingan lagi... macam kursus kahwin, duit hantaran.. nak demand berpuluh ribu.. rilek sudah.. nanti bukan si suami juga tanggung kau sampai akhir hayat.. nak belasah duit suami awal-awal buat apa.. itu nampakkan kita lemah je.. sebabnya tak berdikari.. sebelum nikah kumpul duit sendiri dulu.. mata pencarian sendiri dah ada..

ramai gila pasangan yang berhutang sebab nak persandingan rawkkk giler gajah... nak kata ikut pepatah melayu biar mati anak jangan mati adat,... tak tahu pula orang dulu jenis membazir.. parent aku pun sanding comel je.. takde pun teratak khas nak hias macam-macam.. yet still nice..

tujuan sanding nak umum kita dah kahwin supaya tak de orang fitnah lain macam.. bukan nak tunjuk kita lah manusia kaya, hidup mewah kahwin mesti elegan.. aku faham korang mungkin tak nak orang komplen tak cantiklah ke suami tak mampu ke apa... well itu mulut orang kita tak boleh nak kata apa.. yang mulut puaka tu pun belum tentu meriah majlisnya.. mungkin kerna hasad dengki tu yang condemn majlis korang..

mungkin ada kata aku tak sanding lagi boleh lah nak cerita macam-macam konon akan jimat.. yeah fyi, memang aku nak jimat.. tak guna meriah sehari pastu bertahun lama aku kena ikat perut..aku yang jenis bajet ni pun reti beza antara keperluan dan kehendak.. kalau nak juga meriah pandai-pandailah berjimat-cermat.. aku kongsi beberapa benda yang boleh diambil kira untuk majlis persandingan dari pemerhatian aku..

mungkin dari segi makan.. nak ambil hati orang dari makanan lah weh... kalau dah jenis keluarga yang terer masak apa masalahnya buat sendiri.. memang penat tapi makanan catering belum tentu sedap dan dah tentu mahal.. yang masak sendiri rewang ramai-ramai boleh utuhkan ukhwah sesama kita dan pengalaman tu sangat berharga.. kalau yang nak nampak special but nak jimat.. pilih menu selain dari yang biasa tu.. orang selalu hidang air sirap untuk majlis.. air lemon nampak kelas juga kan dan sihat lagi tu.. cuma beli berapa biji lemon je.. lepas tu menu faveret korang.. aku sendiri cadang nak buat laksa jela.. aku suka makan.. dah kata majlis aku kenapa nak kena ikut sedap orang.. hahaha

tambah pula jimat dari segi make-up, nak cari mak andam naikkan seri muka? takut muka kusam ke apa sebab orang kata dah takde dara lah tu? well pemikiran manusia naratif.. jadi mula dari sekarang gunakan air wudu' yang memang menampakkan sinar muka.. ikhlas sajalah.. guna mak andam biasa-biasa tak perlu femes.. padahal takat kurang 12 jam je pun.. tak membazir pula hias muka kejap pastu buang make-up yang beratus nak ke riban tu? so lagi nak nampak umphh kurangkan make-up supaya orang rasa woww masa nampak korang make-up tebal seinci dua nanti..

dan menjimatkan bab-bab kamera tu semua.. aku rasa for sure orang sekeliling korang ada yang pandai, seninya dalam menangkap gambar.. ambil khidmat dorang.. member-member takkan nak caj mahal lagipun dorang dah cukup terharu korang sanggup minta tolong amatur macam dia.. dia mesti berhati-hati dan begitu bersungguh bua kerja.. takkan kejam sangat member nak rosakkan majlis penting korang.. ambil yang memang korang percaya gila sewel punya.. pasal pakaian pula? mix and match jela.. nak juga ke pakai kimono bla bla bla.. baju grand grand? kalau nak.. sendiri cari kain kat kamdar hantar jahit baru berapa.. ambil kalkulator dan kira ya... dari korang sewa tu kat lapan sembilan rat dan lebih tapi boleh pose sekejap je baik tak payah.. tak rasa rugi sangat ke?

aspek paling membazir yang selalu pengantin buat agak korang apa? aku rasa barang hantaran.. ramai nak juga beli barang cap luar negara untuk hadiah kat bakal pengantin.. yeahhh sangat vogue kan bagi barang kulit, tu semua.. nnati manusia mesti envy sebab laki ke bini korang bagi barang mahal... well aku rasa kasih sayang tak perlu show off dan begitu mahal pula hanya akan menampakkan semacam.. nak tunjuk ikhlas bagi hadiah berkali-kalilah.. aku prefer pasangan bagi hadiah banyak kali walaupun murah ke tak de jenama TAPI hati aku cukup terusik kesungguhan dia men-takle hati aku berkali-kali dari sekali seumur hidup kasi hadiah.. hampeh betul.. set sendiri bajet hantaran berapa.. jangan lame sangat bagi kasut, tali pinggang ke apa.. aku nak bagi selipar ke sandal.. boleh nanti guna untuk pergi berkhemah.. best tu.. dari bagi kasut kulit yang dia jarang nak pakai kot kot suami kerja chef bila nak pakai en..

okay itu jela.. malas bebel panjang-panjang.. apa pun sangatlah membazir dan tak ebrbaloi kalau untuk sehari berhabis puluhan ribu.. kalau masa boleh dihentikan dan asyik meraikan je takpe.. nanti takde duit nak honeymoon lak.. itu lagi penting, merapatkan hubungan laki bini.. supaya masjid dibina kekal bahagia je.. hehe.. sanding hanya adat... majlis kesyukuran doa selamat tu penting.. sanding ni yang majlis berinai tu semua just adat.. pentingkan yang memang penting dulu.. kalau mampu pun tak payah over.. nanti timbulkan kecemburuan pada yang tak mampu.. :)

No comments: