susah kan jadi jahat

Assalamualaikum..

aku rasa kalau jadi orang jahat memang susah.. ingat senang ke? nak kena ada usaha tahu tak? cuba korang pikir baik-baik nak jadi jahat ni segala macam usaha dilakukan baharu dia dapat faedah.. so memang betul lah usaha tangga kejayaan.. nak tahu kenapa aku cakap macam ni.. okay aku huraikan dari pandangan aku.. nak agree sila senyum nampak gigi tiga saat.. boleh membantu kurangkan tekanan dan kalau tak setuju macam biasa butang pangkah ada ye... dan sila lapangkan fikiran sebab ada unsur dewasa kononnya..hahah

  • nak jadi peragut kena ada motor pecut speed baik punya supaya takde senang orang nak kejar
  • kena ada skill panjat rumah dan tangan halus nak mencuri pecah masuk rumah
  • duit mesti masyuk nak masuk hotel lagi kondom kena pikir..
  • kena ada laptop ke paling cikai komputer nak hack sistem
  • kena korbankan beberapa anggota badan nak buat bisnes mengemis (p/s : sengaja malas nak kerja)
  • muka kena cantik/ ensem nak goda manusia jadi mesti mahu treatment cucuk muka semua
  • nak kena plan gila baik kalau nak lakukan pembunuhan.. hapus bukti bagai.. penat tu kan
  • sediakan kata-kata kesat nak kurang ajar dengan family
  • kena pura baik nak tikam member bertahun kenal
  • muka mesti tembok kalau nak pedajal kawan berkali-kali
  • suara nak kena kasar, ganas nak marah maki orang tak tentu hala
  • nak menipu pun muka kena yakin benar je ayatnya
  • kena berani duk dalam gelap nak merogol orang
  • nak memandu macam harem pun pikir saman
  • bila dah salah kena pergi court tutup muka.. rugi je tak dapat orang tengok muka kau..
  • curi kabel kena time malam juga..orang sedap tidur kau berjaga lelah
  • pakai ketat pun seksa lemak lagi baju mahal nak mamp.
  • nak gedik rampas couple orang pun kena tahan toreh muka ke gaduh macam anjing ngan kucing
so betul tak.. siapa kata mudah nak jadi jahat.. selalu orang jahat ni hidup lama dan senang je.. last last tersungkur sengsara seksa hidup nak mati lagi.. belum nak pikir mengadap tuhan.. orang-orang yang dia dah aniaya masa hidup.. nak fikir spend bertahun kat neraka untuk setiap penghapusan dosa dia kaut..  apa pendapat korang? so jadi manusia yang baik lagi senang kan :)

2 comments:

noraim said...

setuju. tp nak jadi baik pon susah. huhu.

Mainur Hasnah said...

usaha lebih kearah kebaikan insyaallah hasilnya banyak.. nak kena tahan dugaan dunia kan