tips ubat hati sedih

Assalamualaikum

harap maklum aku bukan bagus sangat nak share tips.. just nak share sepam dua mana yang aku praktik dan berjaya.. hahahah takut le tuwww orang bahan jadi cepat-cepat keluar statement ala ala butthurt sikit..
okay sambung kang melencong tak leh u turn pulak... *ke tepi mengeliat dan sambung tai dip

manusia memang banyak feel selalu contra sedih dengan happy jap jap silih ganti.. tapi cam mana nak maintain happy? tu lu orang tahu sendiri.. cam mana pula tak nak kasih sedih.. tu gua leh share sikit... kalau asyik sedih, muka kerut seribu.. jangka hayat boleh kurang bak kata sains.. bak kata agama pula? aku tak tahu sangat..

antara cara yang boleh dipraktik masa sedih tak nak hati lara kang nangis sedu sedan
  • ambil wudu' sure hati tenang.. boleh solat, baca quran dan berdoa bagi yg beragama Islam
  • lari dua tiga kali padang ke area taman.. kita akan fokus pada larian je.. lagi lagi bila exhausted tak pikir apa dah rasa cergas pulak lepas tu
  • makan aiskrim, coklat ke hentam jelah makanan pe pun.. sure fine slow slow tapi jaga jaga obes nanti
  • menjerit... lebih afdhal panjat gunung jerit puas-puas.. syok gak dengar gema jeritan kita
  • menulis kat blog.. share apa patut.. sumpah seranah ke.. tukar entiti hitam dalam bentuk penulisan yang tak kemana.. nanti orang lain akan komen dan pujuk korang ke bagi sokongan.. so kita rasa diri dihargai dan kurang tekanan tu nanti..
  • ubah style.. biasa aku buat hair cut baru... rasa keyakinan level tu lain..
  • buang pe tak patut... barang yang lama usah di kenang.. buang space laptop je simpan gambar yang menyakitkan...
  • main air.. selalu mandi hujan.. kalau nak nangis masa tu pun orang tak tahu.. jerit pun orang tak dengar.. selalu time-time aku sedih habis baju aku basuh, pinggan mangkuk licin aku sental
  • manjakan diri.. pernah tak korang sayang diri lebih dari orang lain? apa buktinya? ada buat rawatan kuku ke apa..? aku akan buat treatment tanpa bayar.. time ni lah nak mandi lama lama.. lengkap pakej buat rawatan sendiri..hahhaha jimat jimat hati pun senang
  • luahkan pada kawan kalau tak de medium nak menulis.. apa guna ada kawan.. tak kan time lu senang je baru dorang nak lepak sama.. guna kawan seadanya.. baru dorang rasa bangga dapat berbakti
  • lepak jenjalan sorang mahupun ramai.. buat window shopping pun sedap tau
  • cari hobi baru.. macam buat kraf tangan.. leh juga hadiah pada family.. sejuk hati dorang
  • lepak karaoke memang dun tak pun g fun fair bazir sepuluh hengget main game kalau tak nak habis masa tengok tv sensorang

dah lah itu je cara aku buat pun.. aku musykil lah ini benda yang boleh dibuat lepas putus ke nak hilang sedih eh.. hahahah hentam jela.. boleh apa kalau lu sedih ngan member yang jenis tikam belakang lu share kat blog.. sambil menyelam minum air.. lu dapat cara-cara untuk menangani sampah  tu dari member-member blog dan melepaskan gundah gelana tu sederap dalam satu entri mantap penuh kekesalan kan kan kan...

apa yang penting.. kita kena cari cara untuk meng-happy kan diri.. nak juga bahasa rojak bajet kelas le tuwwww hahahaha.. akhir kata dari aku, kalau kita sendiri tak nak kasi diri happy.. orang lain buat apa pun tak guna.. pokok pangkal pada diri.. hati yang gembira, hati yang kental.. :)

No comments: