troll diri sendiri n korang - manusia ni pelik

Assalamualaikum..

aku lagi suka guna perkataan pelik instead of unik kat sini.. sebab manusia memang pelik.. semua jenis tak puas hati.. adakah itu tanda manusia tambah-tambah lagi macam aku jenis tak bersyukur? dah ada ini nak itu.. orang yang ada itu nak ini.. hahha apa benda lah aku cakap ni kan..

contoh yang paling nyata.. orang gemuk nak kurus.. orang kurus nak gemuk.. ada orang nak stay rumah banglo besar sebab selesa kononnya ada pulak nak rumah kecil supaya tak rasa sunyi.. get my point? semua benda serba tak kena...

lagi pelik bila apa je orang buat.. mesti nak tiru.. tak kira baik buruk.. ada je nak follow.. nak kata tak tetap pendirian dah terlebih degil .. kes kat sini ialah.. kita nak buat something.. orang tak pernah buat. kita rasa janggal dan sering keluarkan perkataan TAPI.. ayat lebih kurang gini.. 'aku nak pakai baju besar labuh labuh baru gerek TAPI orang mana pakai baju gitu katanya selekeh' atau 'TAPIKAN tak ramailah join kelab memasak... aku suka TAPI TAPI orang kata lagi best kelab menari leh exercise.. TAPI aku minat masak... TAPI ER TAPI' eh nak kena pelempang ? haha banyak sangat TAPI nye pun..ayat dah la gila klise..

ye apa pun aku macam tu lah dulu.. nak buat apa kena fikir orang akan kata apa.. tak fikir benda akan langgar syarak ke apa.. baik ke tak.. just fikir orang punya pandangan.. nak cebur dalam bidang yang bagus pun masih fikir apa orang cakap.. macam keputusan hidup aku dipengaruhi kata-kata mereka.. lagi payah kalau aku tinggal kat area yang kejiranannya suka bebenar bergosip.. kalau jenis ambil berat jaga tepi kain demi memastikan takde masalah sosial aku boleh adab lagi tapi ni stok stok nak kritik...

selalulah keluar ayat 'asal anak polan tu ambik kos tu.. bukan terjamin masa depan..' ke lebih kurang macam ni 'asyik nampak dia keluar je.. bila nya entah dia belajar.. budak sekarang memang macam tu..' TEETTTTTTT.. korang salah... sebab apa yang nampak pada dasarnya tak semestinya itu yang berlaku.. mungkin nampak dia keluar tapi pergi ke perpustakaan atau melawat saudara mara.. asal orang cantik sikit dah ditembak orang tu jenis sosial , tak dapat sambung study.. perghhhh cetek lah pemikiran korang kalau semua nak di cop ikut suka korang.... jadi itu yang benda ketiga pelik..

benda keempat ialah... sekarang ni.. lagi sejam ada kelas.. tak reti reti nak siap ke.. hahaha.. tu lah suka lengah masa.. bazir masa.. cuba contohi negara Jepun yang amat menghargai masa... yang kelima pelik.. dah kena kritik pun takde kesedaran .. apa orang kata tak ambik subjek sivik kat sekolah eh dulu.. hahaha.. ke sebab hati manusia jenis kental.. mana nak makan kritikan ni semua.. cuma kunyah dan muntah balik... tak de inisiatif langsung nak simpan mana patut.. sekali sekala walaupun point kita tak sama dengan orang lain tak semestinya kita betul dia salah.. kot kot kita salah setting ke apa :)

5 comments:

Rubiyanto Sutrisno said...

ya, saya setuju dengan apa yang nampak pada dasarnya tak semestinya itu yang berlaku....

HEROICzero said...

untuk yang pertama tu, anggap saja mereka mengejar kesempurnaan. titik. =)

fariza fauzi said...

lama tak melawat sini....
lala..

yaa saya pelik :)

fariza fauzi said...

akk suka entri ni..best !

Mainur Hasnah said...

rubiyanto : ye sebab tu sebaiknya selami dasar dahulu..

hero : sebab mereka tak faham realiti yang tak wujud kesempurnaan

FF : hihi.. sama2 pelik kak