unta pun kalah dengan perempuan

Assalamualaikum..

macam-macam fesyen sekarang ni kan.. okay aku terima kalau kata nak bagi nampak kemas ke up to date.. TAPI ku memang tak boleh adab dengan fesyen rambut yang diikat sanggul setinggi boleh.. tak cukup dengan tu.. ada pula yang menjual sanggul palsu... lagi pun ada hadis dah menyatakan kaum perempuan yang memenuhi neraka nanti salah satunya yang di kepalanya ada bonggol unta..

sila faham bukan bonggol unta yang dimaksudkan tapi tersiratnya perempuan yang ikat rambut tinggi nak mamp. perlu ke ikat tinggi-tinggi? aku rasa kalau nak ikat tingi-tinggi ni mesti kena ikat ketat-ketatkan rambut tu.. ikut kajian , siapa yang ikat rambut ketat-ketat atau setingginya.. akan buatkan rambut gugur.. makin lama makin kurang.. jangan salah shampoo kalau belum 30-an dah botak.. lagi satu bila korang ikat rambut tu.. cuba perhati.. rambut depan korang makin lama makin kebelakang tak.. jangan nak kata dahi luas jadinya.. makin berpulau adalah..kulit kepala korang akan tarik kebelakang.. serius tak tipu.. try lah kalau tak percaya... dah cuba boleh iklankan :)

lagi satu.. tak rasa bersalah ke bagi yang berbonggol ni.. sebab dah korang menampakkan bentuk badan then tambah lagi kat kepala.. laki ni imaginasi tinggi.. silap ari bulan disangkanya benda lain.. ternaik nafsu.. terlepas kat orang lain.. bila tengok balik punca sangkut paut kat korang tau.. dan korang for sure mengganggu pemandangan orang lain.. yela contohnya dalam kelas.. orang susah nak tengok lecturer mengajar.. sebab bonggol korang tinggi sangat.. menghadang je.. kalau takat kecil molek.. apa ada kisah.. tahu lah laki suka duduk belakang masa kuliah.. dah lah jauh dari whiteboard.. dihalang pula perempuan berbonggol-bonggol ni..

bagi yang meniaga pula.. sila semak berdosa ke kalau korang jual benda ni.. aku rasa hukumnya sama macam orang jual arak .. walaupun dia tak minum tapi dia galakkan orang beli benda haram tu.. dan korang yang menjual ni menggalakkan orang mengikat rambut setinggi gunung mahameru sedangkan perbuatan ini salah disisi agama... dah ditegah pun jangan ikat rambut begini..ada yang rambut pendek pun action nak juga buat rupa gini..

ni sekadar pendapat aku.. bagi ang terasa fikir jela.. apa sangt kebaikan benda ni.. janga sebab hal yang remeh dimata korang.. dapat pula tempat di neraka.. bukan niat aku mendoakan.. cuma ingin menyatakan baik buruk benda tu je.. lagi pun unta punya bonggol simpan air.. yang perempuan ni nak simpan apa? kat rambut kutu dengan kelemumur je nak duduk pun.. tok sah berebut title bonggol siapa lagi tinggi.. sah-sah unta dah kalah dengan korang..

aku tak nak orang cakap.. ' eih tak payah pergi arab sini belambak unta.. ' kan susah nanti.. bagi aku tak cantik mana pun dah lah bilaikat tinggi gitu tudung jadi makin singkat.. dah sekarang fesyen tudung kalau boleh saiz xxs pun nak dijual.. pastu tambah dengan bonggol rambut.. sangat singkat.. kalau orang hentam perempuan baik tak payah pakai tudung nanti marah.. tapi fikir lah yang jernih.. ada kesahihan disebalik kita sangka cemuhan itu.. yang baik dari Allah.. yang buruk dari manusia yang bongkak tak mahu berubah.. :)

4 comments:

s.u.h.a said...

that might be true. visit me :)

fariza fauzi said...

akk nye bonggol kcik je kan..ihih
gurau je..
mmg menyampah tgk bonggol tp bukan jeles..nmpak plek sbb mcm etulan besar atas kepala

Heidi Shafiq said...

baik letak tiang lampu je dlm tudung tu.. :P

Mainur Hasnah said...

@s.u.h.a - orait..

@FF - hehehe.. takde lah.. ok lg tak kritikal mana bonggol akak.

@heidi - hihi melampau tu