10 stereotaip biasa manusia

assalamualaikum

kita sering memberi anggapan negatif pada orang lain.. stererotaip yang kita setkan untuk judge orang sesuka hati.. biasanya memang kita percaya begitulah walaupun tak benar.. dan kita pun tak ubah anggapan tu.. apakah kira kita berdosa? memfitnah secara sengaja kiranya kalau awal-awal cop begitu? aku perasan beberapa fenoemena atau kejadian yang membuatkan otak kita bagi anggapan sendiri...

  • kalau orang cina atau india cakap dalam bahasa ibunda depan kita tiba-tiba je kita fikir dia mengumpat
  • kita tahu kalau barang mahal tertinggal kat kedai je mesti dah kena rembat tapi barang murah haram orang nak sentuh
  • kalau nampak laki perempuan dalam kereta berhenti tepi jalan je dah cop dorang pasangan kekasih yang buat bukan-bukan..
  • orang yang keluar malam ialah orang yang sosial terlampau mungkin kaki clubbing, kutu masyarakat dll *even keluar dengan family pun kena
  • nampak perempuan naik bonceng motor menonggek semacam je ingat dia bagi free pas kat mamat yang bawa motor..
  • perempuan selalu lepak dengan laki je dikira murah dan liar so tak layak buat bini *ni kejam
  • laki yang banyak kawan perempuan pula dikatanya lembut tak pun kasanova *dorang peramah je kot
  • orang yang duk bawa buku tebal-tebal ke asyik keluar masuk library tu skema dan orang yang selalu namanya appear online macam budak malas yang tak reti nak study
  • perempuan duk marah-marah je pms *paling kerap punya statement laki keluarkan
  • nampak tangan orang tu kasar je bajet orang tu rajin (basuh pinggan) atau jenis berusaha (kerja berat2)

kita tak peduli kebenaran sebalik semua tu.. entah-entah laki dan perempuan dalam kereta tu laki bini ke adik beradik yang terpaksa duk tepi highway sebab kereta tetiba rosak.. mungkin juga kaum lain tu tengah bercakap hal biasa-biasa je bukan cakap pasal kita pun.. tok sah duk perasan ya...

so, apa hak kita kat sini? untuk hakimi perbuatan seseorang atau meletakkan anggapan yang kejam.. kita melayan orang berdasarkan stereotaip begini.. padahal orang tu belum tentu kenal kita.. tak ke zalim perbuatan tu? jadi sama-sama kita ubah.. kenal orang dan faham kenapa orang tu bertindak sebegitu sebelum mengeluarkan pendapat mengenai sesuatu situasi itu :)

2 comments:

PeNgEmiS dUniA said...

itu sebab Islam suruh kita elak dari menimbulkan fitnah . dah tau manusia suka wat fitnah think negative , dah kereta rosak kalau boleh salah sorang duduklah luar .

even kalau cakap benda biasa2 , bila berduaan akan muncul orang ketiga . itu sebab Islam suruh elak benda camtu :) dari kene fitnah , baik mengelak

Mainur Hasnah said...

ye.. jadi masing-masing kena main peranannya.. kita elakkan fitnah.. dan mulut orang pun kena juga berjaga-jaga.. bila kita sakitkan hati orang bahaya :)