camne ni aku suka sangat kau!!

Assalamualaikum..

hurhhh ketika ni aku sangat keliru, sebenarnya aku tak tahu nak buat apa.. tengok dahi aku berkerut pula fikir benda ni.. leh tak stop semua ni.. dalam sesaaat boleh tak kau buat hati aku stop berubah emosi happy pada sedih atau tahan lama sikit mood cool tu? 

aku keliru apa patut aku buat? blah atau stay.. banyak kali aku tanya soalan ni pada diri sendiri..sampai otak pun muak dengar.. jujurnya mungkin kau muntah dengar kata-kata aku atau orang lain akan fikir eih perempuan ni tak tahu malu pula terhegeh kat laki.. tu aku tak peduli sebab aku tak nak tipu diri atau lagi tepat aku sangat tak mampu tipu diri aku..

aku fikir lagi sakit kalau terus menyukai kau.. tapi aku salah lagi sakit bila aku cuba tak hubung ngan kau.. kalau aku tak dapat borak ngan kau mesti boleh bawa ke mimpi sungguh menyesal kenapa aku tak rebut peluang tu borak dengan kau.. tapi sakit cam mana pun aku tetap tahan.. sebab aku tak nak kacau kau.. aku takut sangat kalau kalau aku suka kat kau ni boleh menyusahkan kau.

lagi aku takut, aku boleh sayang kat kau. ye rasanya dah sampai tahap tu. aku sangat rindu kau.. ngek juga aku ni.. tapi dalam keadaan macam ni aku still ego.. bukan sebab kau tak ternilai cuma aku takut gila kehilangan kau.. sebab sayang sangat kau and happy ngan kau.. aku tak sanggup buang hubungan kawan yang ada.. boleh aku keep kau forever.. okay itu fikir hati aku .. tapi now hati aku sangat tamak.. hati ni nak kau punya perhatian.. perlu ke aku dush hati aku? yang sangat degil?

yang asyik nak tengok muka kau.. nak sangat tengok kau senyum? untuk redakan rasa ni.. aku selalu pikir -ve iaitu kau tak suka kawan dengan aku.. ye aku menyakiti hati aku supaya hati aku tak kacau kau... sengal kan.. tapi bukankah tu jalan terbaik kerna kau memang tak pandang aku pun.. in fact kau tak kisah pun.. jadi itulah kisah aku, perempuan yang sangat suka kau.. dan tak tahu nak buat apa dengan feeling ni.. aku cuba buat macam kau kata, buat tak tahu fikir lain.. tapi tak dan berapa detik fikiran aku melayang lagi fikir agak-agak kau orang macam mana ye.. nak sangat aku kenal kau lagi dekat.

seriously, this damn tiriring thing never stop me from thinking about u and love u more each day :')

No comments: