diskriminasi lagi-lagi racist

Assalamualaikum

semua orang pernah buat ni.. kita tak mampu nafikan.. tanpa kita sedar kita pernah buat.. itu bukan kira kau innocent cuma kau tak pandai beza je baik buruk lagi dan secara kita sedar kita lakukan.. ye kita kejam.. konsep yang aku nak guna pakai hari ni.. kita semua macam satu roda.. yang ada banyak lapisan warna.. yet kita tak boleh berpisah dan masih tak boleh asimilasi.. sebab perbezaan ketara so kita just boleh adapt dengan situasi ni je :D


kenapa? sebab kita tak terlepas dari sikap menghakimi orang dari segi paras rupa, harta, style bla bla bla.. sejauh mana kita buat tu menentukan level kita.. macam kita diskriminasi kat rupa paras.. masuk restoran , nak pilih port boleh usha ramai orang.. tapi tengok kat sebelah meja ada orang selekeh ke muka sememeh terus tak jadi.. konon takut tak de selera makan la tu.. duhh sengal gila kalau ada fikir camtu.. cermin diri sendiri dulu lah der.. eh jap ni diskriminasi ke memilih..?

okay contoh lainlah, bila awek yang ambik order cun.. ayat bukan main.. aik bang nak order ke nak menggatal ni.. stock saja buat lambat-lambat supaya boleh tatap muka si gadis lama-lama.. kalau mak cik yang ambik order.. haram pandang muka pun tak nak.. tak dan 5 saat dah cakap teh o ais satu nasi goreng seafood satu sambil mata pandang tv yang disediakan..

perempuan pun hebat juga mendiskriminasi laki.. bila yang mengoratnya laki kurang ensem level kunyah ais tak habis  je buat donno.. time tu lah konon suci, tak layan laki.. ouh sori i takde fon, i tak sukalah couple.. tetiba laki muka macam Edward Cullen datang ye awak kenapa nak kenal ke.. erm kita kenal hati budi dululah.. sebagai permulaan jom tukar emel fb.. *angkat2 kening 
eh siapa ngorat siapa ni.. haha.. penangan laki ensem memang powerrrrr

diskriminasi paling aku emo sekali bila jurujual yang layan kita entah pape sebab dressup kita tak se-up mana.. sedarlah awak makan gaji kalau tak layan customer bebaik, bankrup kedai.. diskriminasi perempuan pula? aku tak memandang perempuan tu patut lebih dari laki kang naik kepala pula perempuan cuma hak seperti nak belajar, berjumpa kawan baik itu perlu diberi.. gila apa nak duduk rumah 24jam.. paling anti orang cakap perempuan belajar tinggi mana pun last-last duduk dapur juga.. ingatlah perempuan satu hari nanti akan beranak.. laki dia busy kerja tugas dia jaga anak dan dia perlu ada ilmu untuk mendidik anak.. jadi beri dia peluang belajar juga.. bukan setakat mengisi perut laki sampai boroi :)

racist-nya manusia tambah-tambah dengan orang kulit hitam.. semua nak dicop penjenayah.. bahayalah tatap muka dorang kang kena bomoh.. eih dorang tu jenis ambil kesempatan.. kalau omputih je.. wah welkam welkam to mesia.. how r u.. nice to meet u etc.. ayat stock nak kaki kipas je..
tak sedar pula dorang tu bukan hebat mana pun, jenis menindas kita pakai kapitalisme.. ada kat sini yang jenis takut nak share air dengan orang lain kaum? ouh dengan laki takpe pula minum secawan dengan bangsa lain macam-macam alasan bagi padahal sejantina tu..

bab pemakanan memang isu.. kedai mata sepet je spot ada 'baby' dan orang yang masuk semua murtad.. what theee eishh tahu tak sayur yang dorang sediakan sangat fresh, roti yang dibuat lembut.. mi dia.. perghhh.. kalau masuk kedai orang sendiri bukan condemn tapi menyatakan kebanyakannya sayur mati segan hidup tak mau lah.. macam-macam spekulasi timbul kata dorang bubuh ini itu.. nasib aku tak terima bulat-bulat dan kaji, dorang tak de pun buat tu semua, kalau tak takkan JAKIM senang-senang bagi cop HALAL.. tu amanah orang Islam kat depa.. takkan depa sanggup tanggung dosa.. lagi satu yang pekerja melayu belambak je kerja situ.. takde hal pun.. dorang pun mesti tahu beza Halal Haram kan kan kan..

so kat sini aku pun mendiskriminasi orang yang suka diskriminasi orang lain.. aku pandang orang macam tu kecik besar kecik besar je.. well dulu aku racist juga sebab terikut pertuanan melayu.. bila belajar sejarah.. sedarlah kita pun menumpang dan semua orang memang sama je.. dalam sesetengah benda diskriminasi dan rasis tu perlu sebagai mekanisme bela diri tapi tak payah melampau sampai jejas hubungan sesama ummah..

p/s : edward cullen dalam vampire fulamak.. haha ok bai
update- p/s/s : baca entri bujal diskriminasi dengan tuhan kat sini..

7 comments:

nurayunni said...

nice entri...:)

Si DauN CeRi said...

kadang-kadang sy memilih jugak sbb sy termasuk dlm kategori cerewet. tapi kadang2 je.. diskriminasi...sy belum begitu paham utk mempraktikkan istilah itu dlm kehidupan. mungkin ianya tak baik jd sy tak mahu lah guna pakai. hehe


edward cullen sgt HOT. dapat pinjam satu hari jadi la..nak bawak pg picnic kat port dickson. ha3

Pembunuh Tanpa Bayang said...

racist?
siapa mulakan dulu,aku balas berganda-ganda.

HEROICzero said...

aku kalau pakai kereta biasa2 masuk kolej, peh pak guard tahan, soal macam2 gaya aku ade bawak senapang.

kalau pakai kereta canggih sikit, laju jek aku masuk. pak guard siap senyum angkat tangan.

celaka!

chummy cliche said...

@nurayuni : thanks :)

@ceri : kalau berpada memilih takpe.. ada had.. ye edward memang perghhh.. mana bleh pinjam.. :P

@pembunuh : balas berganda bagaimana?

@hero : pak guard ada hati tu ngan kau.. jaga-jaga LOL

delonge said...

what else im spose to say ek????terbaekkk....ahaha

chummy cliche said...

Delonge : u suppose to mention im cute.. haha.. lalallalaa~