fasa menghancurkan diri

Assalamualaikum..

aku secara sedar sedang menyokong satu fasa menghancurkan diri sendiri.. aku hilang mood nak study.. yang mana akan efek esok punya exam nanti akan ruin pointer aku.. knowing that fact still doesnt make any changes.. dan aku tak rasa nak makan apa-apa.. tidur pun tak lena.. tak suka bila time time genting begini hati buat hal..
mood berubah-ubah?
kalau aku tahu punca boleh juga ku adjust mana patut.. aku tak doakan kegagalan diri sendiri tapi sungguh buat masa sekarang dalam kamus hidup aku tak jumpa perkataan semangat tu.. mungkin aku akan hampa kan parent aku kalau aku terus begini.. again, aku masih duduk di atas katil dan menarik nafas perlahan-lahan.. 

kalau aku dapat study gini sekali pun takpe
aku juga tak de mood nak online.. dan aku malas nak mengganggu Cik SNA yang akan menduduki final tak lama lagi.. dan aku pun tak nak kacau Cik AZI yang sedang berusaha mencari mood dia juga.. lagilah aku tak nak datangkan masalah kat orang sekeliling.. so, kat sini aku membebel sendiri.. melepaskan rasa yang entah apa-apa..
ok mungkin aku cuma perlu bersendirian


 aku dah buat keputusan.. aku nak bersiap.. lepak kat kampus sensorang.. mudah-mudahan aku akan jadi semangat.. amin.. tak suka bila aku tak mampu senyum dengan ikhlas.. apa pun alasan disebalik semua ni.. aku harap benda ni tak kan lama.. ye.. babai fasa yang sungguh menyeksakan ni.. dan hello fasa keceriaan yang takkan habis walaupun entah bila kau akan muncul :)

be the real me seems so hard at this moment

3 comments:

aleen aiden said...

knowing that fact still doesnt make any changes..


kesah kamoo xlebih xkurang mcm kes alin jugak.n ayat ats 2,itu saya!tau tp tetap xde effort nk majukan diri sndiri nih.haishhhh!
jom stdy sesama!hee

hiro said...

pekena movie la dulu.

Mainur Hasnah said...

@alin : haha sama kes ya.. jom2 lepak mamak.. eih silap study sama2.. LOL

@hiro : sem lepas layan movie tak beragak.. sampai tak tidur.. haha takde self control