gemuruh

Assalamualaikum

ada beberapa benda yang buat aku gemuruh gila. tahu kan gemuruh tu apa.. untuk lagi memahami entri ni silalah nyanyi lagu F.T gemuruh lallalala~ ok sudah paham? meskipun tiada kaitan tapi boleh paham juga gemuruh tak gemuruhnya aku ni..
 
#bila aku dalam dewan exam.. aku akan jadi gila gemuruh kalau paper obj. pastu tempat pun tertutup macam dewan, cermin tinted tak dapat nak tenang emosi melihat awan ke pokok.. yg nampak keliling orang yg busy menjawab exam.. jadi aku sebolehnya cepat jawab paper dan terus keluar dewan.. lagi duk lama lagi aku semak-semak pastu dup dap makin kuat.. makanya hari ni tak dan 20min aku dah keluar dewan.

#bila nak jumpa orang.. sebenarnya aku takde masalah ni tapi kelmarin aku jadi semacam, tak tentu arah.. padahal jumpa dia je pun.. dulu masa g dating takde hal nak pakai apa, kisah tak kisah je.. tapi bila keluar ngan mamat aku suka kelmarin kelam kabut and jadi segan pulak.. aduyai itu rare aku segan? haha *facepalm

#malam before exam.. sehingga ke time exam.. jadi gemuruh sebab tahu diri tak study kan.. dah cuak.. padan muka.. jadi nak kurang gemuruh aku akan layan movie, blog.. gemuruh aku buatkan aku sakit perut, cepat lapar dan anti dengan buku.. haha.. pelik sikit kat situ, orang patut study lah kan.. tapi aku melihat pentingnya aku isi perut , dengar lagu dulu before exam.. people watching time ni best.. leh tengok manusia lain membelek buku.. i wish i were them sooooo skema heee

jadinya, korang ada cara tak atasi gemuruh ni? gemuruh aku ni kira gedik sikit.. semua simptom sama.. dup dap lebih.. macam tak tentu arah.. nak cepat tapi errr masih lambat-lambat.. okay aku sekarang tengah gemuruh lik sebab lagi sejam exam dan aku masih kat rumah tak siap... sakit perut lak.. hahhaa.. so tahap aku membebel secara membabi buta ni tinggi juga..

3 comments:

SYAFIQAHSALEH said...

eh eh..hahaha :D

HEROICzero said...

dulu saya gemuruh bila bercakap dengan perempuan.

dulu lah.

masa tingkatan dua.



HAHAHAHAHHAHAHA.

chummy cliche said...

syafiqah : kenapa? haha

hero : errr jadi sekarang dah expert borak dengan girls la ni kan