Kasih terhalang 5

'oi Jenab.. Jenabbb.. mana kau hah? - puas Munah teriak memanggil-manggil Jenab.. mahu ada jugak seharian dia tunggu depan rumah Jenab.. lalu mak cik sebelah rumah sambil berkemban menyiram pokok bunga..

'Mak cik, tumpang tanya.. apakah mak cik tahu mana Jenab menghilang diri?' wahhh kemas sungguh ayat Munah ada pulak ciri menantu bagus.. kalau mak cik tu ada anak laki kompem Munah dapat.. 'la ekau tak tau ke Jenab kat ospital.. dia eksidenn ..'

Munah sungguh tak percaya.. ' biar betul mak cik ni.. saya baru jumpa dia beberapa hari lepas.. kenapa dia eksiden pula?' mak cik tu dengan kerek nya menjawab ' eih ekau ni banyak tanya pasaipa.. aku dah cakap camtu camtu lah .. kata-kata aku boleh dengo percaya pun bole.. dia lari dek polis kejo pastu motor abam sayam  Jardi mak cik langgo  .. tak sengaja..'

ini lagi membuatkan Munah ragu-ragu akan hal itu.. mustahil .. melihat pada Munah yang sukar menerima kenyataan nampak juga dia sayang si Jenab yang kaki kikis tu.. ' er ok anggap saja saya percaya kata mak cik tapi kenapa polis kerja dia? jawab mak cik jawab'

'kawan kau tu bomoh palsu yang polis duk cari-cari.. dia banyak tipu orang.. nyamar tua kasi ubat guna-guna konon.. orang yang jumpa dia bongek gak.. bajet boleh dapat laki kaya letewwww' arghhh kata-kata mak cik tu buat Munah sentap.. dalam seminit dua dia berfikir.. baru dia sedar Jenab menipu dia.. 'Cis, tak guna punya kawan sanggup kau tipu aku yg dari kecik main masak-masak sesama.. takpe lah mak cik.. terima kasih ya..'

mak cik tu berlalu sambil menjeling.. bebel mak cik tu sorang sorang.. ' eih kacau je pompuan tu.. aku nak nyiram pokok pun susah.. patutnya moto abam sayam Jardi lalu bawa karpet... boleh mengorat.. melepas melepas'

Munah segera start enjin kereta menuju balai polis.. dia nak kemuka dakwaan ke atas jenab.. tapi bila pikir balik malu lah pulaksss kan kan.. Munah batal niat then terus ke Koler Lompoh jumpa jamal.. dia nak minta kerja balik.. duit dah abis di-ngap jenab.. ubat tak jalan jalan.. apeee pun tak blee..

------------------------------

depan lif kompeni Jamal.. Munah berkebaya nyonya warna kelabu + merah.. perghh mantap.. macam biasa angin sepoi bahasa lalu sesekali kainnya terbelah.. berdiri laki disebelahnya mata meliar.. laki yang lebih kurang muka 30an, berbaju segak dari Forbes dipadankan dengan seluar jeans Levi and kasut Obermain handmade dari jerman menegurnya.. ' ehem cik.. awak ni kerja sini ke? saya sesat ni..'

Munah yang tidak melihat laki tu sebab sibuk mencari hp dalam beg jawab endah tak endah ' lebih kurang macam tu la.. kalau sesat tanya pak guard nanti dorang tolong..' tapi apabila bau minyak wangi hugo boss mamat tu meresap ke hidung Munah.. dia segera terpikir.. 'eih ni minyak wangi paling mahal yang dua ratus lebih ni.. kompem orang kaya.. '

laki tersebut terus senyum dan menampakkan lesung pipit yang ditambah dagu lekuk.. wa bagitahu lu mesti cair punyalah........

----------------------- bersambung

No comments: