minggu budak tension

Assalamualaikum..

sekiranya anda pelajar U, time gini anda akan tension.. lagi-lagi korang ni pelajar UPSI.. ye patut tension supaya baru korang bergerak..

ada beberapa benda yang patut di-tensionkan iaitu carrymark , minggu daftar jadual dan final..
sekarang carrymark banyak dah keluar.. ada markah yang memang tak puas hati, ada takat cukup makan.. nak lepas A tu senyum jela... untuk pelajar macam aku, memang tension je menunggu rebut line masuk web daftar kursus sem depan.. nak dapat jadual yang dihajati bukan senang.. ada yang memang totally lari gila pastu ada yang kuota kelas tu dah penuh...

tambah lagi khabar angin yang kata start tahun depan dah buat open market takde lagi pendidikan.. nasib kami macam mana? harap tak terjejaslah kan.. dan budak lain kata kelas akan full bi.. tu aku tak kisah mana.. bantai jela.. cuma aku lagi risau posting nanti je..

lagi seminggu final.. so, agaknya start esok kot aku study.. takpela janji study kan.. sempat.. tak gelojoh.. haha.. jadi rasanya takde tension mana berbanding isu rumah baru.. yela nak duduk luar.. jadi takde hal la sangat .. siapalah pelajar tanpa semua masalah ni kan... rasa student lagi tension bab duit agaknya :)

No comments: