olahraga best

Assalamualaikum..

semalam 13 apr 2011 bersamaan hari rabu.. hari yang panas terik tapi tetap fun.. ada juga angin sepoi-sepoi bahasa singgah kejap.. semalam hari temasya kejohanan olahraga untuk budak yang ambik kos ni.. majoriti sem 2 dan ada sem 1.. rata-rata memang ramai lagi budak kos moral, sejarah, pengajian msia berbanding sem 1 budak sukan dan multimedia.. acara yang berlangsung di stadium proton city dari pukul 8 pagi sampai 5 petang amatlah sesak..

kira setengah hari juga mata aku melilau usha orang... cuci mata je .. haha miang.. eih wait aku usha mamat aku suka je kot.. baik kan aku.. yela nanti bukan leh jumpa dia pun.. huhu *nada sedih
ramai kawan baru.. tapi cukuplah setakat sehari tu.. tak perlu tukar num phone atau fb.. :)
masa senggang yang lain, sementara aktiviti yang dijalankan tidak berapa menarik perhatian dan tak memerlukan sokongan aku.. maksudnya member aku tak join ke apa.. dan aku sungguh malas nak melihat.. mata agak silau juga.. aku cuma duduk sandar di tepi dinding dan membaca buku..

bukanlah aku nak poyo, sungguh tak.. cuma aku merasa tanggungjawab nak khatamkan buku tu supaya aku lagi paham subjek tu.. meskipun exam paper tu lagi seminggu, aku entah kenapa utamakan paper tu berbanding paper yg tinggal 2 hari lagi.. dari dulu jiwa aku tak ngam dengan paper asia tenggara lah.. mood tak berapa nak datang.. jadi nak bayar balik. hari ni aku gigih juga mencari tempat study.. nak pulun habis 2,3 soalan kot.. hope so..

berbalik pada cerita temasya ni.. well bagi yang datang.. akan nampak banyak betul awek cun.. ada pasangan kapel tu belakang cerita.. tapi begitu banyak perempuan cun.. kalaulah aku laki.. sudah ku takle.. haha.. tengok perempuan sendiri tengok macam tu apatah lagi laki kan.. padanlah pun aku takde orang nak ngorat.. *pang muka sendiri   tak lah aku usha ramai awek yang bersahaja.. tak bajet cun.. buat hal sendiri.. tak gelak cover cover.. comel sungguh dorang.. *bunyi macam lesbo lak

then again, mana pulak mamat yang macho.. aku tak nampak langsung.. haha.. in fact tak de siapa yang menarik perhatian.. bila pikir balik.. patutlah pun sebab aku tak guna kudrat mata melilau tengok laki hari ni.. sungguh kesian.. rezeki terhidang tapi mata aku fokus mencari si dia.. *damn.. haha
so apa je aku nak hidang disebalik kisah kosong.. majulah sukan untuk negara.. dan kepada barisan penganjur, ajk-ajk nya termasuk aku yang bertungkus lumus membanting tulang.. *pirahhhhh untuk diri sendiri tahniah ye korang berjaya anjurkan event ni..
ni je gambar yang sempat aku cilok ambik dari kamera member.. +_*




last but not least.. memang best dapat lepak dengan kawan-kawan .. walaupun muka dah merah, badan lenguh.. tapi berbaloi.. sangat berbaloi.. gelak tu setimpal dengan semuanya :D

p/s : jangan tanya asal aku tak wakil .. cukup geram gila tak dapat bertanding...

2 comments:

Raihana Izzati said...

saya bipolar saya ok.




LOL


Setia itu bagus.even memakan diri :)

Mainur Hasnah said...

bagus ke? haha.. kena push away benda tak guna ni..