orang kg vs org bandar

Assalamualaikum..

warning pertama, kalau rasa panas pungkoq (butthurt) baca entri ni sila tekan butang pangkah di skrin anda.. warning kedua, entri ni entri pendapat yang memang saja cari pasal dengan bias menyokong pihak tertentu..
warning ketiga, mungkin entri ni panjang dan terbabas sekejap sekejap..

dimulakan bicara dengan lafaz hi uolss, hari ni nak point out pasal budak bandar dan kampung.. istilah budak bandar disini ialah mereka yang stay dan membesar kat area maju, ada banyak infrastruktur, keliling rumah bangunan pencakar langit.. manakala budak kampung pula mereka yang tinggal kat area pedalaman, kawasan yang kalau musim tengkujuh je rumah banjir.. nak dikira area rumah keliling sawah tak pun ladang kelapa sawit.. sesekali jalan baru terserempak bangunan itupun balai raya..

nampak tak bezanya? buka mata luas-luas dan kasi paham otak korang agaknya kehidupan macam mana budak bandar dan kampung ni ada.. ada orang suka suki je akan kata hidup bandar mewah, membazir, sosial etc.. TETTTTTT salah.. mungkin gaya hidup beza tapi taraf mewah ke apa tu belakang cerita.. tak semuanya sama depend juga latarbelakang orang tu macam mana kan kan.. ada beberapa benda yang memang versus gila..

kemahiran komunikasi - pada adab berbahasa aku rate sama level.. ada je budak kg yang cakap poyo nak mamp. dan budak bandar tak kurang dengan kesopanan yang tidak ternampak langsung sebab bajet kaya..

kalau pasal B.I - majoriti budak KL boleh cakap B.I walaupun tinggal kat area setinggan sebab kemestian nak kerja kat shopping complex yang ramai pengunjung omputih jadi nak tak nak belajar basic.. tapi kat kg? lagi-lagi area pedalaman susah nak dengar orang speaking kat sana.. jadi kalau kat U, muet dorang banyak yang 1.. sori this may sound harsh but it is true.. bagi aku mungkin kurang kesedaran berbahasa. dan banyak mentaliti -ve seperti kalau member cakap B.I je kira poyo

tahap kecergasan - okay mungkin hidup kg mencabar so banyak kerja yang perlu banting tulang dah pun dorang buat.. tapi aku lihat ada juga effort org bandar utk sama level bab ni.. dorang join kem yang kena masuk hutan pe semua, join macam-macam sukan jenis takraw sampai ke golf kriket, ragbi just name it.. kalau org kg jadah apa nak buat kem masuk hutan kalau rumah pun dah area pedalaman.. ni refer tu budak kg area semenanjung.. kalau borneo sana, memang dorang lasak.. takat pacat lintah tu takde hal lah.. siap lambai-lambai lagi..

dalam bab ni aku rasa equal je sebab aku sendiri tinggal bandar dan balik kg tengok takde beza pun dengan dorang.. takat main lombong, panjat bukit ke apa ramai budak bandar tak pernah miss.. dorang lagilah merempat 3,4 pagi melilau kat jalan .. hidup macam orang takde rumah.. ahhaha opsss.. sementara budak kg banyak kerja di kawasan panas, asyik berpeluh.. orang bandar pula urban kerja sales pun kat shopping complex ye idak.. shame on u orang bandar tak mencabar pulak.. sebagai orang bandar, melihat ramai tak ramai pulak obes kan jadi equal lah tu,.. masing-masing jenis cergas.. at least kerja ada juga kat stor panjat tinggi-tinggi susun kotak.. hahaha

makanan? orang kampung sangat tak cerewet.. segala macam ulam dibedalnya.. lagi-lagi senang boleh tanam depan rumah.. well sebilangan orang bandar yang pure bandar memilih.. nak fresh , makan tak sah sebulan sekali tak jejak mekdi, kepsi, big aple.. nak spageti je, piza la.. entah membazir betul orang bandar ni..

gaya hidup mereka pula? orang kg bangun sangat awal dan tidur pun awal.. aku pernah follow balik kg kawan kat kelantan.. bangun stok awal, bekpes awal, lunch then makan petang pastu dinner pun awal.. tidur memanglah awal.. see mana tak sihat duk kg makan pastu tidur teratur.. kedai menjelang maghrib banyak tutup dah.. mungkin juga sebab sana kos hidup rendah barang murah jadi makan sedap-sedap je..masing-masing ada tanah sendiri TAPI orang bandar pula bab bangun sangat cemerlang.. orang yang pergi kerja pun bagun pukul berapa entah, dah balik malam lambat kan.. makan tak tentu.. sebab kadang mahal murah je harga.. kedai pula stock bukak sampai lewat malam.. dah tu ada juga yang jenis pukul 10 malam baru buka sampai subuh utk penggemar overnite bersama member..

dating? kalau orang bandar di shopping complex.. mereka di kg kat mana? tu kena tanya budak 3gp.. haha.. gurau kasar ke? maksud aku dorang selalu lepak kat bendang.. hihi.. entah aku tak sure sebab tak pernah dating kat kg.. yang aku tahu orang bandar memang selalu dating kot sebab takde siapa peduli nak banding ngan kg.. baru jalan sama walaupun jarak sedepa dah orang pandang semacam.. kawan aku bagitahu memang dia tak pernah dating kecuali dia ngan balak dia pergi ke bandar..

tu je kot.. malas nak bahas lebih-lebih.. lapar lah menaip ni... okay tension dah dibuang.. 
nak tidur untuk exam jap lagi... akhir kata, apa pun kategori kita.. jangan pandang rendah kat satu sama lain.. semuanya manusia.. yang sama takde beza taraf just beza amal kita.. jadi tak kiralah budak bandar lembik ke manja atau budak kg sangat lah rempit sebab sesuka hati bawa motor takde lesen tak pakai topi keledar mentang-mentang takde tol macam kat bandar.. semua sama je.. well yang penting sendiri mahu ingat majukan diri sendiri untuk compete each other in a good way.. peace no war.. :)

p/s : jangan jadi ABU kalau masuk bandar, dan jaga adab bila masuk kg supaya orang tak pandang jelik :P

3 comments:

delonge said...

haha.....mmg mcm ni ke??x tau la klo dak bndar adventure mcm ni...tpi diorg wat untuk ske2...ye la..mcm nk wat bleh x wat pun bleh...tpi mcm org kg ni..msalahnye klo x nk wat..diorg kne wat gak...contoh klo nk bnding msuk kem ngan nk cri kayu api sbb nk msk kt umah...mne lgi pnting?ckp kosong je k..peace

Mainur Hasnah said...

yang tu aku setuju gak.. sebab org bandar tak perlu buat kalau tak nak buat.. dah kehidupan dorang memang camtu tapi lebih banyak cabar minda kot sebab hadapi sosial.. kalau kat kg banyak cabaran hidup untuk survive yang pakai tenaga.. eh? aku agak je...

Jamal Ismail said...

Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini JAMAL ISMAIL seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar IBU DARNA yg dari singapur tentan AKI SALEH yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dr hasil ritual/ghaib dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.230.000 Ringgit ,kini saya kembali indon membeli rumah dan kereta walaupun sy Cuma pekerja kilang di selangor malaysia , sy sangat berterimakasih banyak kepada AKI SALEH dan jika anda ingin seperti saya silahkan Telefon AKI SALEH di 0853-95881177 Untuk yg di luar indon telefon di +62853-95881177, Atau KLIK DISINI
saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui AKI SALEH saya juga sudah bisa sesukses ini. Jadi kawan2 yg dalam kesusahan jg pernah putus asah, kalau sudah waktunya tuhan pasti kasi jalan asal anda mau berusaha, ini adalah kisah nyata dari seorang TKI, Untuk yg punya mustika bisa juga di kerjakan narik uang karna AKI Ruslan adalah guru spiritual terkenal di indonesia. Untuk yg punya rum terimakasih atas tumpangannya.