surat untuk lecterur(s)

Cik M.H
blog ceritera jalanan,
blogspot disponsor oleh google.

..................................................................................................................................................

pensyarah-pensyarah yang berkenaan
Uni P. S. I.
pekan koboi.

tuan/puan yang ada pangkat doktor dan prof

meluahkan isi hati dan meminta sedikit keberkatan ilmu yang dikuliahkan

Assalamualaikum...

kehadapan Lecterur(s) aku yang tersayang? okay yang dihormati..jap macam rude je pakai aku ni.. hurm tukar Mai lah manja sikit ye idak..okay tujuan Mai tulis surat ni sebab nak stated beberapa benda..
eloklah anggap sahaja ni surat layang yang informal.. yang penting ikhlas menaip ni..

2. eloklah mai mohon maaf dulu kot-kot kehadiran surat ni mengganggu korang. tapi tolong tanam dalam hati kalau korang terbaca surat ni.. mai cuma nak sampai apa patut je..kalau tak malam tidur tak lena.. nak juga bersihkan nama.. nak jumpa face to face.. asyik ketuk pintu je lecterur(s) takd.e. takpe paham korang mesti busy... wah baikkan mai memahami sangat.

3. korang mesti cam mai kan.. sebab mai selalu datang lambat ke kelas. haruslah korang paham mai bukan sengaja.. pak cik bas tu rehat lama-lama lak.. sumpah tak tipu.. tak percaya tanya member lain.. tapi sekarang mai dah jadi student yang baik. tak lambat dah.. kelas apa je mai lambat? rasa nak dekat final ni mai jarang lambat ke kelas.. wah improvement yg bagus..

4. dalam kelas juga slumber adab je mai makan.. mai ada gastrik lagi pun metabolisme tinggi sangat jadi selalu lapar.. maaf bau makanan menggoda student lain atau bunyi plastik keropok mengganggu budak lain concentrate dalam kelas.. saja je nak test betul ke dorang fokus study tu. yang buat mai sayang lebih kat korang.. korang sangat memahami juga.. tak kisah pun dan hanya mampu tersenyum tengok mai makan bersungguh-sungguh.

5. rasanya tak de apa lagi kot salah? btw, mai takde nak plagiat asimen cuma kalau sumber tu tak berapa nak mantap.. sori lah ye.. biasalah tak cukup duit nak pergi library luar cari bahan.. bukan juga malas nak membaca.. ada je mai membaca,..kalau tak cam ne leh ada blog.. suka sangat baca blog orang.. tambah-tambah lagi terfaktab dengan sarkasis..

6. akhir kata dari mai, terima kasih atas ilmu yang diberi. walaupun mai tak berapa nak catat nota. alhamdulillah masih ingat lagi kuliah dari minggu pertama mungkin kerana keikhlasan lecterur(s) mengajar tu yang senang je ilmu masuk.. lagipun perut kenyang jadi fikir pun lagi cepat. so sorry ye kalau dalam kelas mai tertidur.. itu semua adalah diluar jangkaan.. sebagai student yang berdedikasi cuba meneruskan hubungan sosial dengan makhluk tuhan yang lain, tidur lambat itu seumpama satu kemestian .. kebetulan kelas korang pulak pagi.. jadi tak sengaja tidur kiranya.. faham kan? kan kan?

sekian.

pelajar yang cemerlang dengan doa lecterur(s)nya,

-chummycliche-

No comments: