serbanistas seketika + jiwang?

menitis embus kala selimut balut anggota
amalan entah ke mana dunia malap dipenuhi dosa
ingatan pada agama amat kurangnya
ngelat ceramah agama tabiat manusia
umpama amal jariah tak sepenting dunia
rumah dah kata pergi kubur kata sila

suasana hidup bebas dinikmati
undangan malaikat tidak peduli
kata nista dihembur pasti
angkuh syaitan menepati janji

mentari tetap menyinar segenap bumi
ombak masih menghempas tepian pantai
hembusan angin terus melekakan hati
dengari kuasa kebesaran Illahi

azan subuh berkumandang dihening hari
zohor ke asar tidak lagi diabai
ubah hati hitam demi diri sendiri
angkat kaki saf solat dipenuhi
nur yang malap boleh ceria kembali

p/s : mr. S kalau kau baca.. ada mesej untuk kau dalam ayat ni.. hihi :)
p/s : thanks sebab kau just kau :D

No comments: