mentaliti rakyat kita

assalamualaikum

orang kata rakyat mesia dikatakan punyai fasiliti kelas pertama tapi minda kelas ketiga? korang setuju ke dengan pandangan rakyat kita sendiri,, well side aku... setuju.. sebilangannya termasuk aku sendiri dalam beberapa segi memang kelas ketiga punya minda... aku bagi contoh mudah lah..

#sampah
bila nak buang sampah, tanpa segan silu longkang menjadi mangsa.. sebab tu kalau banjir kilat berlaku.. longkang tersumbat... KL kalau hujan sah dalam empat jam dah banjir... lagi satu bila korang tengok papan dilarang buang sampah.. kat situ jugak lah paling banyak sampah..

#jalan jem
jem sebab eksiden... selalunya begitulah.. tapi bukan eksiden yg buat jem.. orang yg berhenti tengok eksiden tu berlambak sangat,... orang kita suka sangat tengok benda-benda ngeri ke? whoaa kecoh satu kampung lembu melanggar treler la pe jadah... lagi satu bila jem.. suka suki je memotong jalan.. ingat korang sorang je nak kejar masa.. pastu menyebabkan eksiden.. hilangnya respek antara pemandu..

#tandas
perghhhhhhhhhhh macam hebat sangat dah berak tak reti flush,..... euwwwww terus mati hajat tengok macam-macam kaler... hahahhaha... tisu buang merata pulak tu... tandas dah powerrrr paip air semua stok nak otomatik tapi tak reti nak hargai tandas awam.. kecoh bile kena bayar dua posen tapi masuk tandas free buat hal pulak... kalau tandas tu busuk.. tu mencerminkan betapa kita ni tak reti jaga kebersihan...

ada apa lagi korang rasa yang sangat tunjukkan mentaliti kita canggih bebenar? hoho... well agak-agaklah kalau orang luar tengok camni lah kita kan.. senang je dorang nak makan kita.. sebab zaman sekarang perang guna minda.. penjajahan minda ada dimana-mana.. dan sekarang aku pun dijajah sebab kalau online benda first bukak fb then blog.. bukan nak cAri benda ilmiah sikit.. hahahhaha... k daaaa

p/s : selamat ulang tahun untuk diri sendiri.. kamu sudah tua cik.. alhamdulillah masih bernafas, ada peluang tebus kesalahan dan belajar hargai hidup :)

No comments: