berkongsi cerita atau simpan sedikit untuk diri kita?

assalamualaikum

tajuk bukan main panjang.. kat tajuk dah jelas sesuatu bermain di minda.. kadangkala manusia sukar menyimpan rahsia kecuali hal yang benar-benar mengaibkannya.. kita suka berkongsi dengan kenalan background kita, dengan siapa kita kapel dan sebagainya.. mungkin mengikut pepatah sharing is caring atau mungkin juga perkongsian itu cuma nak menunjuk then itu punca kita riak..

bila kita share pasal kejayaan kita, sukar untuk kita tapis rasa riak.. sifat manusia bila dapat kejayaan mesti riak.. contoh macam kita dapat nombor satu dalam kelas.. bila nak bagitahu orang hebatnya kita nak takel orang ke kat bank ada berapa juta duit ... sikit-sikit riak tu datang.. cuma..... kalau orang sekeliling yang bertanyakan sesuatu... tak kan kita tak nak share lak.. nanti orang cakap kita tak percaya dia.. jadi kat sini kiranya bukti kita percaya kan orang tu so kita share sesuatu pasal diri kita...

pastu kalau kita share pasal pakwe.. apa yg pakwe buatkan untuk kita.. macam benda yg romantaik-suweeeet pe jadah tu semua.. kita cerita sebab happy mungkin tanpa disangka-sangka terbitkan perasaan cemburu pada hati mereka yg mendengar..

mungkin juga terlampau berkongsi nanti kengkawan akan rasa meluat, menyampah macam kita menunjuk2 pulak.. so nak kongsi juga ke perihal sebegitu? kalau kawan asyik cerita pasal pakwe dia camni camtulah.. korang nak duk diam kat situ dna dengar sambil buat respon oh.. oh bagus.. yeke.. ouhhhh... ada kemungkinan hati terdetik.. eih bila dia nak berhenti cerita.. dengar lah pulak aku pun nak share pasal hidup aku... hahahhahahah kelakar bila kawan tak dapat nak tolak ansur dalam perbualan.. asyik dia bak bercakap..

dan bila kita share macam pictures.. see that pictures.. plural tu.... alahai bapak banyak gambar nak tayang kat fesbuk, belog .. dari masa before masuk wayang , time makan ngan pakwe sampai gambar ngah duk lepak kat taman..... sumpah itu buat orang meluat.. at first orang akan kata wahhh sweet tapi kalau asyik cerita pasal pakwe/makwe dia je cam dia sorang bahgia and orang lain tak nah kapel... sumpah sangat menjengkelkan.. orang akan komen dalam hati eih tak padan.. ntah pape dorang ni.. so sedikit sebanyak sumbangan kata-kata yg umpama doa mereka ni akan menjejaskan hubungan korang..

makanya aku pernah dengar ceramah.. toksah terlampau tayang sangat cerita, gambar atau apa-apa pasal hidup kita.. nanti ada mulut yang komen... setiap kata2 tu doa.. jadi pengajaran untuk aku sendiri.. aku tak kan masuk gambar aku ngan tersayang.... huhu.. ada pun mungkin satu dua kot ... nak jugak tunjuk ada pakwe.. tengok tu riak2... eish3.. pokok pangkal balik kat individu tu sendiri selesa nak cerita or keep it the headline to yourself.. lagi pun macam misteri je orang tak tahu kita dengan siapa tup tup kita hantar kad jemputan..... :)

p/s : sumpah aku merosakkan ejaan.. huhu

show some respect

assalamualaikum

apa yg buat korang boleh hilang sabar dengan mudah? dimaki orang? terjatuh dalam longkang then salahkan batu padahal korang syok bergayut dengan kapel tak ingat dunia? tambah-tambah lagi bulan puasa ni lagi kena banyak sabar... 

bagi aku tempoh sekarang ni mengajar aku banyak bersabar.. sabar dengan karenah di tempat kerja.. pagi-pagi aku sentiasa mintak hati aku bersabar..paling boleh hilang sabar bila aku penat mop satu kedai dan dan tu juga ada orang lalu situ.. paling haktuihhh sekali bila orang tu nampak aku tengah mop dia nak lalu jugak.. memang orang macam ni takde perikemanusiaan.. mungkin dia tak pernah mengemas or dia ada pengalaman jadi cleaner then orang buat macam tu kat dia tu dia balas...

lagi benda yg buat hilang sabar of kos bila manusia tak repek kita kan.. macam hal diatas tadi.. kalau nak harap orang hormat kita, kita hormat dorang la... mungkin dengan saling hormat nanti wujudnya satu komuniti harmoni tapi itu semua dusta belaka.. buat bersikap daif atau pesimistik... sila rujuk kamus ye aku pun tak berapa nak mengerti pesimistik tu pe.. tibai pakai je cam bes je ayat tu.. emmm balik pada topik.. bukan aku nak narrow minded sangat tapi tu hakikat sebenar.. belum tentu orang tu akan buat benda sama untuk kau.. mungkin sebab dia kurang kasih sayang jadi dia rasa secure bila menindas orang lain..

tu dari segi psikologi lah.. jadi memang mustahil untuk kita dapatkan respek dari orang lain.. lagipun takde pekdah mati-matian dapatkan respek orang.. tak matinya takde semua tu.. just pikir mungkin dorang ni takleh sehaluan ngan korang.. cara terbaik.. kita hidup je camne kita nak and tak kacau orang mungkin satu hari nanti tanpa kita sedar kita dah berjaya gain some respek from others :)

so, respek je dorang yg tak mengganggu hidup anda jadi anda akan rasa happy and sila lah pikir dulu apa yang anda buat tu akan menyakitkan hati orang ke tak.. kadang-kadang benda paling simple macam tak lalu ditempat orang mop dengan pakai kasut yg sangat meninggalkan kesan hitam pun sudah cukup bagus.. itu sudah memadai menggembirakan hati mereka tak pun jangan malu ucap sori bila bersalah :D