impian majlis kahwin aku bajet rm5 k

assalamualaikum

semua orang nak kahwin kan.. yg rasa diri tak laku takde yg berkenan pun nak kahwin... apatah lagi aku ni.. muka sememeh ke selekeh lantak pi la... sebab aku rasa ada jodoh tak ke mana.. cewahh.. so kita kena ada perancangan baru namanya hidup.. aku plan nak buat majlis kahwin 5k je... ermm sikit ye bagi korang? mustahil?

aku pulak rasa 5k tu banyak juga.. kalau boleh nak buat bajet bawah seribu je.. ada orang kata aku belajar kat UPSI ni.. nanti keluar jadi cikgu so kenalah majlis kahwin tu meriah sikit... aku tetap rasa meriahnya kahwin bukan berdasarkan bajet yg kita spend.. boleh je buat majlis kahwin meriah .. ajaklah kawan yg jenis gelak berdekah2 dan bakal bawa anak mereka yg comel loteh ke majlis kahwin kita ni... kompem meriah..

apa aku boleh buat dengan 5k? dari aspek paling penting.. buat majlis sebab nak jemput orang datang nanti boleh dapat banyak hadiah dorang boleh pas kat jiran tetangga yg kita dah kahwin takde fitnah2 bagai... so , makanan tu harus ada.. mula2 nak buat majlis masa bulan puasa.. tapi nanti takde siapa nak datang pula... sebab aku kompem tak sedia makanan jadi motif utama majlis tu tak tercapai... aku plan nak buat lain dari lain.. wajib ke nasi minyak? ayam masak merah? air sirap tu semua? balik2 lauk sama... so, silalah datang majlis aku yg bakal diadakan beberapa tahun lagi kot.. aku hidangkan nasi lemak dan laksa berserta air lemon..

kahwin kalau boleh nak sekali jadi kena ada kenangan.. kata orang kenangan kena abadi kat gambar.. aku minta lah member2 tolong tangkap gambar banyak2.. tak payah susah2 belanja beratus ringgit cecah ribuan upah orang lain kan... kawan dengan kawan tak kan nak berkira lak.. tangkap kan free jela... 

lepastu kalau ada pelamin semua tu.. ikut adat hindu, majlis renjis2 tu semua konon berkat tu dah macam syirik.. jadi tak usah susah payah sedia semua tu.. jimat2.. bab baju.. tak kan dalam masa berapa jam nak tukar banyak baju kan.. pe jadah.. sape rajin nak basuh baju manik2 tu.. pakai 1 baju je.. pakai yang simple2 je.. tak payah kain berjela panjang.. nanti orang pijak kotor 1 hal kalau jatuh camne lak.. malu lagi...

dunia sekarang hampir semua ada akaun FB, twitter ke pe... jemput pakai ni sudah.. bukanlah tak sopan.. anda kena pikir kesian pengantin.. tak kan nak lepas kahwin berhutang semata2 sedia kad kahwin beratus ringgit kan kan.. kalau ramai member saudara mara lagi gasak.. semua kena jemput.. tak leh skip nanti terasa empunya badan.. jadi duit yg dijimatkan melalui jemputan kahwin boleh disalur ke makanan tadi... haha.. tak pun sumbang bayar sewa tempat majlis kahwin...

so, agak2 korang berapa je bakal aku spend.. peruntuk sorang makan dalam rm4 x dengan 900 orang jadilah dalam 3600 balance.. tu pun kalau jemput ramai tu.. kurang lagi kot.. aku taklah ramai sangat member pun.. tambah duit baju rm 150 ( sebab beli kain kat kamdar mintak kawan mak jahit boleh murah kot hahah) and duit sewa tempat 1000 ( ada lagi murah ke nanti?).. total 4750.. baki boleh buat hantaran.. sebabkan sederhana itu amat bagus maka hantaran aku sangatlah sederhana.. yg penting hati ikhlas kan.. aku bukan berkira.. pikir masa depan bersama suami tu penting lagi dari majlis sehari.. hahahhaah

dan sebab aku jenis orang yg nekad.. memang aku buatnya apa aku plan ni.... masalahnya zaman sekarang.. kalau kita buat simple, ekspres atau kecil2 majlis tu.. orang akan pikir kahwin koboi, mesti ada benda jadi ni tetiba je kahwin dah tu tak se-gah mana.. susah betul nak tangkis persepsi masyarakat ni kan..

bakal suami aku pun bukan jenis yg membazir rasanya.. tapi mahukah dia ikut plan aku.. kahwin bukan hal kita sorang kena fikir si dia juga.... harapan aku.. dia mempertimbang plan aku.. hehehe :))


hukum asas dalam hidup .. sumpah tajuk bapak tak menarik

assalamualaikum

hidup kita memang hak individu.. terpulang kita nak buat apa sebab kubur sendiri2.. dosa pun pikul sendiri tapi kan tak patut kita amalkan hidup yg begitu individualistik (betul ke eja nya?) .....ermmmm jadi secara tak langsung sebab kita kena hidup berkomuniti supaya kita manusia lah sikit.. takde terperuk kat bilik sensorang makanya tercipta hukum asas yg tak berapa nak nampak dek mata kasar... 

aku nak share beberapa yg aku kutip dari pengalaman hidup.. bukan aku nak mengajar korang cara hidup.., sekadar perkongsian... :)

#jangan bagi harapan palsu - bila kita tak mampu buat sesuatu.. jangan memandai bagi harapan kat orang. misalnya kita kata nak tolong dia buat itu ini.. at the end habuk pun tarak .. atau kita tak suka orang tu tapi kita tak pernah bagitahu perasaan kita konon menjaga hati orang tu takut terluka so kita layan bebaik padahal hati menyampah.. so tak suka kata tak suka...

#jujur dengan diri sendiri - benda paling kejam manusia boleh buat ialah menganiaya diri sendiri.. so jangan sesekali buat begitu.... kalau kita rasa kita dah ada feeling kat orang tu.. luahkan.. cari keberanian.. sebelum melepas... dan kalau kita tak suka cara orang tu layan kita.. jangan anggap remeh nanti hati terasa pendam sensorang gila sudahnya.. jujur kat diri.. muhasabah diri kata tak patut ini itu setel kan masalah sendiri..

#tak mampu buat cara tak mampu - jangan perasan diri tu hebat, kaya, gah dan sebagainya.. contoh lah kan kalau kita tak mampu nak beli barang tu ini tapi kita berlagak kaya nak juga berbelanja lebih... gasak tengah bulan takde duit makan megi siang malam.. tu pun mujur mampu juga makan megi... jadi sentiasa beringat kemudian hari.. tak pun perasan diri bagus.. jalan pun kepala kalau boleh dongak 30 darjah ke udara sudahnya konon segak berjalan silap langkah masuk longkang..

#enjoy simple thing - walaupun perkara itu bukan sesuatu yg membanggakan macam boleh masuk surat khabar muka depan tapi perkara itu berhak di-enjoy.. barulah muka tak berkerut hati senang macam baru dapat anak pertama.. even benda tu sangatlah tak masuk akal atau memalukan macam jatuh dalam longkang.. just hargai detik yg mungkin takkan berulang..lain kali sambil minum petang boleh open cerita tu dan bergelak sakan.. tak usah difikir sangat benda tu.. just enjoy it.. banyak benda yg sangat special kadang2 macam berjalan ke kampus.. perkara tu hari2 kita buat tapi nanti tua2 kita akan rindu moment tu..

#chillex - chill and rilex je.. siapa yg takde masalah? semua orang ada kan.. ada yg eksiden, kematian insan tersayang.. gagal exam etc tapi semua tu tak pernah patahkan semangat dorang utk terus hidup.. usah dikenang yg telah berlalu kerana hari esok yg menanti terlalu berharga utk disia begitu sahaja.. sometimes kita akan tergelak lepas beberapa tahun teringat dulu aku buang masa ingat si polan.. sekarang ni aku dah berjaya bukti hidup aku berjaya.. ni semua berkat kesabaran dan pertolongan Tuhan... bersyukur aku.. wahhh gitu kata hati kecil kita.. bukan riak tapi harus bangga kita berjaya menghadapi dugaan.. kita tahu kita kuat..

banyak lagi peraturan sebenarnya... tapi peraturan ni bukanlah cam wajib kita kena buat ni itu.. cuma kalau kita amalkan insyaallah hati kita takde lah macam rasa hidup terumbang-ambing..... hehehe.... :)
so, selamat hidup >_<

susah nak elak beberapa perkara masa kapel

assalamualaikum

kenapa bila kita kapel susah benar nak mengelak beberapa perkara yg bakal aku bahas kan.. bukan kita tak sedar perkara tu tapi kita masih juga buat.. mungkin pegangan kita yg tak kukuh lagi kot.. mungkin kita buat tu sebab hati rasa untuk kepentingan bersama pakwe/makwe ke kan... antara benda yg kerap2 jadi ------


#soalan - bila kita sayangkan orang tu kita suka tanya soalan pelik2 macam 'awak2, awak rasa saya comel tak? atau 'awak2 saya ni dapat tak menandingi si milah tu? kenapa nak juga kita tahu pendapat kapel kita? adakah sebab kita tahu dia sayang kita so mesti jawab bebaik atau sebab kita gedik2 je..bila kita tanya kapel kita sesuatu yg m'bandingkan kita dengan orang lain dan kapel kita pun jawab tu dah mendorong umpatan.. yela pakwe kau sibuk nak up kau dia pun cakaplah 'yela Mah awak lagi cantik, dia tu hidung penyek mata sepet tak macam Mah sayang abang ni..' haktuihhhh...

#sukar nak jujur - kegagalan berlaku jujur ni kadang2 ada kaitan dengan soalan diatas.. mungkin makwe tu segan nak bagitahu pakwe dia yang pakwe dia memang tak hensem, selekeh pulak tu.. jaga hati kiranya.. tak jujur yg lain macam tak bagitahu kapel yg kita ada keluar dengan orang lain mungkin sebab takut pasangan jeles tak memasal walaupun itu kawan sahaja.. memanglah ada kata 'takpe tak kisah awak nak keluar dengan girl/boy mana janji bagitahu saya' TAPI sekali bagitahu punyalah masam mencuka muka kata pasangan curanglah apa lah..

#menggatal - walaupun kita kata hati sangatlah sayang pasangan tapi bila takde sidia disisi perangai sebusuk longkang selepas hujan gamaknya.. bukan tak jujur tapi tak dapat ngelak.. mungkin dah terbiasa meng-usha mamat hensem/awek cun masa belum kapel.. jadi tabiat tu dibawa sampai sekarang.. kalau ada yg menegur, walaupun nampak macam jual mahal tak layan konon setia tapi sempat lagi borak melirik mata senyum sipu malu.. test market tengok bila dah kapel laku lagi tak kot... contohnya banyaklah orang yg mengayat kat FB walaupun dah terang lagi bersuluh kat profile tulis IN A RELATIONSHIP WITH.....

#mahu geli-gelian - jarang juga aku tengok orang kapel keluar tak pegang tangan, main suap2 persis orang sudah kahwin anak sepuluh.. aku sendiri juga tergolong ni.. eish3.... kenapa ya? sebab konon nak manja2 ea/ nak nikah tak mampu takde duit nak sanding.. kalau buat simple punya wedding orang cakap kahwin koboi.. mungkin nafsu kot.. tapi tak pula rasa bernafsu pegang tangan pakwe.. haha bengong.. tapi ada juga stock peluk2 pasangan sebab nak tunjuk kat orang 'ni makwe/pakwe aku jangan kacau!!'

#pembaziran - kalau dah hidup berdua mesti banyak keluar duit.. lagilah yg bertiga berempat atau lebih bagi laki/perempuan yg pasang keliling pinggang... tak ke aniaya topup mesti selalu.. nak dating keluar makan.. takkan nak harap kapel je bayar .. ingat sugar daddy ke mak ikan kapel kau tu... sekali keluar pun takkan duduk sahaja kat kedai mamak minum teh dah habis teh order pulak air kosong.. muka pun jaga jadi bawalah makan lepak tempat loaded2.. last2 tengah bulan poket berlubang.... susah lagi kalau dapat kapel jenis boros, jenis nak ajak keluar selalu.. pelaburan yg sia2 bila ditinggalkan kapel akhirnya.. yg penting ingat duit tak datang bergolek, dari spend beratus kat awek/pakwe baik bagi kat famili....

------ ada lagi banyak tapi aku nak kena siap nak keluar dah lambat.. haha suka sangat melengah masa...akhir kata.. aku harap sangat aku dapat elak buat semua ni.. aku nak jaga hati pasangan dan aku nak jujur pada dia sebab aku harap dengan keikhlasan yg aku ada , hubungan ni akan menjadi..
bukan setakat nak buat peneman masa suka2 tapi masa akan datang melihat anak-anak kitorang lari depan rumah,.... cewaaaahhh.. hehe... insyaallah.... aminn -------

tabiat yg pelik atau biasa

assalamualaikum

bercerita tentang tabiat.. semua orang ada tabiat sendiri.. cuma sejauh mana tabiat itu lari dari kebiasaan orang lain itu yg menjadikannya pelik.. berkongsi tentang tabiat aku yg sangat2 biasa rasanya.. 

#apabila aku kurang tidur WAJIB bagi aku balas dendam.. tak mungkin aku akan kurangkan walau sejam pun.,.. asal ada masa terluang, aku gunapakai tidur sehabis baik....

#bab mengemas.. tak tahu kenapa sejak azali lagi aku memang tak leh nak mengemas bila ada orang.. ada je orang kat sebelah-menyebelah mesti kerja terbantut.. lantaklah orang nak panggil aku pemalas ke pe tapi aku memang tak kan mengemas time ada orang.. agaknya aku ni jenis pemalu kot.. kahkahkah..

#suka menyusun barang... pernah tengok orang yg habis masa berjam lamanya depan rak buku utk susun hanya berbelas buku lebih.... nak kan kesempurnaan nampak kemas.. nak susun dari buku besar ke kecil.. ikut ketinggian.. kalau nampak tak kena alih balik... camtu lah sikap aku.. gamaknya sikap ni nyusah kan aku ..

nanti sambung taip.. batri laptop dah low... malas nak cas.. ok fine aku memang pemalas.. dah makan sedap tidur ni.. chowwww :)

berkorban dulu utk masa depan

assalamualaikum

kita perlu ingat tak semua dilahirkan dengan kemewahan atau kesenangan hidup yg membolehkannya mengatur hidup tanpa ada backup plan in case aturan itu lari.... juga bukan lahir-lahir je terus ada pasangan hidup makanya wujud proses mencari teman hidup... untuk hari esok dan esoknya lagi akan ada banyak benda yg perlu kita rancang walaupun kita tahu kita hanya manusia biasa yg mampu merancang DIA yg menentukan..

untuk terus hidup bahagia, kita perlu terima segala aturan itu dengan hati terbuka.. jangan cepat melatah meskipun hati rasa perit nak terima... contohnya bila dah memandu lebih 5 jam utk hantar anak ke rumah sewanya supaya isnin nanti bukak sem baru dia dapat senyum girang depan kawan-kawan sebab environment rumahnya tenang jadi mood happy TAPI bapak tu dapat tahu anak dia kena tipu dek tuan rumah and dia takde rumah untuk menginap malam tu.. bapak tu perlu respon dengan situasi cepat , tolong anak dia cari rumah baharu... - ok mungkin contoh ni tak berapa nak menyakitkan ht tp bg aku yg br kena camni.. tiba2 dapat rumah bapak bersepah macam reban ayam.... cool cool je...

untuk terus hidp juga... kena korban apa yg mungkin penting bagi kita selama bertahun2 ni... conohnya, masa cuti sem kerja dan terus kerja cari duit saving study... walalupun kerja tu perlukan kita spend setiap hari lebih 8 jam untuk kerja and raya pun kena tinggalkan famili demi kerja demi kerja.... mungkin hati rasa serbak selama ni raya pertama pagi tu salam keluarga bermaafan2 tetiba tahun ni menghadap customer muka bajet bagus.. haktuih....

takpe demi masa depan berkorban ea hati... kita kena sikit-sikit ringankan beban famili sebab hati mungkin berat nak berbelanja kalau tahu kat bank tu semua duit titik peluh mak ayah siang malam kerja.. jadi kalau duit sendiri.. hati senang nak beli apa.. nak berbelanja sakan pun sayang sebab duit sendiri ...

juga hati ini kena tolak tepi soal mentah macam bila nak dating, nak menggedik dengan kawan-kawan sepanjang hari macam tiada lagi hari esok sebab usia ni aku dah sedikit matang.. ceh ceh... dah tahu utamakan famili dulu... dorang hantar jauh-jauh nak suruh aku belajar .. mungkin nak pesong sikit-sikit macam weekend tu bergembira takpe kan kan.. tak 24 jam ngadap buku.. macam belajar pun...

kesimpulannya... wahhh ada macam karangan spm yg dapat a tak? ok balik pada point.. susah dulu sekarang nanti tahun akan datang kita grab balik memori yg tak dapat dicipta sekarang.. hargai je apa ada sekarang sebab mungkin itu yg terbaik utk hati kita.. :)