impian majlis kahwin aku bajet rm5 k

assalamualaikum

semua orang nak kahwin kan.. yg rasa diri tak laku takde yg berkenan pun nak kahwin... apatah lagi aku ni.. muka sememeh ke selekeh lantak pi la... sebab aku rasa ada jodoh tak ke mana.. cewahh.. so kita kena ada perancangan baru namanya hidup.. aku plan nak buat majlis kahwin 5k je... ermm sikit ye bagi korang? mustahil?

aku pulak rasa 5k tu banyak juga.. kalau boleh nak buat bajet bawah seribu je.. ada orang kata aku belajar kat UPSI ni.. nanti keluar jadi cikgu so kenalah majlis kahwin tu meriah sikit... aku tetap rasa meriahnya kahwin bukan berdasarkan bajet yg kita spend.. boleh je buat majlis kahwin meriah .. ajaklah kawan yg jenis gelak berdekah2 dan bakal bawa anak mereka yg comel loteh ke majlis kahwin kita ni... kompem meriah..

apa aku boleh buat dengan 5k? dari aspek paling penting.. buat majlis sebab nak jemput orang datang nanti boleh dapat banyak hadiah dorang boleh pas kat jiran tetangga yg kita dah kahwin takde fitnah2 bagai... so , makanan tu harus ada.. mula2 nak buat majlis masa bulan puasa.. tapi nanti takde siapa nak datang pula... sebab aku kompem tak sedia makanan jadi motif utama majlis tu tak tercapai... aku plan nak buat lain dari lain.. wajib ke nasi minyak? ayam masak merah? air sirap tu semua? balik2 lauk sama... so, silalah datang majlis aku yg bakal diadakan beberapa tahun lagi kot.. aku hidangkan nasi lemak dan laksa berserta air lemon..

kahwin kalau boleh nak sekali jadi kena ada kenangan.. kata orang kenangan kena abadi kat gambar.. aku minta lah member2 tolong tangkap gambar banyak2.. tak payah susah2 belanja beratus ringgit cecah ribuan upah orang lain kan... kawan dengan kawan tak kan nak berkira lak.. tangkap kan free jela... 

lepastu kalau ada pelamin semua tu.. ikut adat hindu, majlis renjis2 tu semua konon berkat tu dah macam syirik.. jadi tak usah susah payah sedia semua tu.. jimat2.. bab baju.. tak kan dalam masa berapa jam nak tukar banyak baju kan.. pe jadah.. sape rajin nak basuh baju manik2 tu.. pakai 1 baju je.. pakai yang simple2 je.. tak payah kain berjela panjang.. nanti orang pijak kotor 1 hal kalau jatuh camne lak.. malu lagi...

dunia sekarang hampir semua ada akaun FB, twitter ke pe... jemput pakai ni sudah.. bukanlah tak sopan.. anda kena pikir kesian pengantin.. tak kan nak lepas kahwin berhutang semata2 sedia kad kahwin beratus ringgit kan kan.. kalau ramai member saudara mara lagi gasak.. semua kena jemput.. tak leh skip nanti terasa empunya badan.. jadi duit yg dijimatkan melalui jemputan kahwin boleh disalur ke makanan tadi... haha.. tak pun sumbang bayar sewa tempat majlis kahwin...

so, agak2 korang berapa je bakal aku spend.. peruntuk sorang makan dalam rm4 x dengan 900 orang jadilah dalam 3600 balance.. tu pun kalau jemput ramai tu.. kurang lagi kot.. aku taklah ramai sangat member pun.. tambah duit baju rm 150 ( sebab beli kain kat kamdar mintak kawan mak jahit boleh murah kot hahah) and duit sewa tempat 1000 ( ada lagi murah ke nanti?).. total 4750.. baki boleh buat hantaran.. sebabkan sederhana itu amat bagus maka hantaran aku sangatlah sederhana.. yg penting hati ikhlas kan.. aku bukan berkira.. pikir masa depan bersama suami tu penting lagi dari majlis sehari.. hahahhaah

dan sebab aku jenis orang yg nekad.. memang aku buatnya apa aku plan ni.... masalahnya zaman sekarang.. kalau kita buat simple, ekspres atau kecil2 majlis tu.. orang akan pikir kahwin koboi, mesti ada benda jadi ni tetiba je kahwin dah tu tak se-gah mana.. susah betul nak tangkis persepsi masyarakat ni kan..

bakal suami aku pun bukan jenis yg membazir rasanya.. tapi mahukah dia ikut plan aku.. kahwin bukan hal kita sorang kena fikir si dia juga.... harapan aku.. dia mempertimbang plan aku.. hehehe :))


1 comment:

fariza fauzi said...

bagus.....bersederhana :)