susah nak elak beberapa perkara masa kapel

assalamualaikum

kenapa bila kita kapel susah benar nak mengelak beberapa perkara yg bakal aku bahas kan.. bukan kita tak sedar perkara tu tapi kita masih juga buat.. mungkin pegangan kita yg tak kukuh lagi kot.. mungkin kita buat tu sebab hati rasa untuk kepentingan bersama pakwe/makwe ke kan... antara benda yg kerap2 jadi ------


#soalan - bila kita sayangkan orang tu kita suka tanya soalan pelik2 macam 'awak2, awak rasa saya comel tak? atau 'awak2 saya ni dapat tak menandingi si milah tu? kenapa nak juga kita tahu pendapat kapel kita? adakah sebab kita tahu dia sayang kita so mesti jawab bebaik atau sebab kita gedik2 je..bila kita tanya kapel kita sesuatu yg m'bandingkan kita dengan orang lain dan kapel kita pun jawab tu dah mendorong umpatan.. yela pakwe kau sibuk nak up kau dia pun cakaplah 'yela Mah awak lagi cantik, dia tu hidung penyek mata sepet tak macam Mah sayang abang ni..' haktuihhhh...

#sukar nak jujur - kegagalan berlaku jujur ni kadang2 ada kaitan dengan soalan diatas.. mungkin makwe tu segan nak bagitahu pakwe dia yang pakwe dia memang tak hensem, selekeh pulak tu.. jaga hati kiranya.. tak jujur yg lain macam tak bagitahu kapel yg kita ada keluar dengan orang lain mungkin sebab takut pasangan jeles tak memasal walaupun itu kawan sahaja.. memanglah ada kata 'takpe tak kisah awak nak keluar dengan girl/boy mana janji bagitahu saya' TAPI sekali bagitahu punyalah masam mencuka muka kata pasangan curanglah apa lah..

#menggatal - walaupun kita kata hati sangatlah sayang pasangan tapi bila takde sidia disisi perangai sebusuk longkang selepas hujan gamaknya.. bukan tak jujur tapi tak dapat ngelak.. mungkin dah terbiasa meng-usha mamat hensem/awek cun masa belum kapel.. jadi tabiat tu dibawa sampai sekarang.. kalau ada yg menegur, walaupun nampak macam jual mahal tak layan konon setia tapi sempat lagi borak melirik mata senyum sipu malu.. test market tengok bila dah kapel laku lagi tak kot... contohnya banyaklah orang yg mengayat kat FB walaupun dah terang lagi bersuluh kat profile tulis IN A RELATIONSHIP WITH.....

#mahu geli-gelian - jarang juga aku tengok orang kapel keluar tak pegang tangan, main suap2 persis orang sudah kahwin anak sepuluh.. aku sendiri juga tergolong ni.. eish3.... kenapa ya? sebab konon nak manja2 ea/ nak nikah tak mampu takde duit nak sanding.. kalau buat simple punya wedding orang cakap kahwin koboi.. mungkin nafsu kot.. tapi tak pula rasa bernafsu pegang tangan pakwe.. haha bengong.. tapi ada juga stock peluk2 pasangan sebab nak tunjuk kat orang 'ni makwe/pakwe aku jangan kacau!!'

#pembaziran - kalau dah hidup berdua mesti banyak keluar duit.. lagilah yg bertiga berempat atau lebih bagi laki/perempuan yg pasang keliling pinggang... tak ke aniaya topup mesti selalu.. nak dating keluar makan.. takkan nak harap kapel je bayar .. ingat sugar daddy ke mak ikan kapel kau tu... sekali keluar pun takkan duduk sahaja kat kedai mamak minum teh dah habis teh order pulak air kosong.. muka pun jaga jadi bawalah makan lepak tempat loaded2.. last2 tengah bulan poket berlubang.... susah lagi kalau dapat kapel jenis boros, jenis nak ajak keluar selalu.. pelaburan yg sia2 bila ditinggalkan kapel akhirnya.. yg penting ingat duit tak datang bergolek, dari spend beratus kat awek/pakwe baik bagi kat famili....

------ ada lagi banyak tapi aku nak kena siap nak keluar dah lambat.. haha suka sangat melengah masa...akhir kata.. aku harap sangat aku dapat elak buat semua ni.. aku nak jaga hati pasangan dan aku nak jujur pada dia sebab aku harap dengan keikhlasan yg aku ada , hubungan ni akan menjadi..
bukan setakat nak buat peneman masa suka2 tapi masa akan datang melihat anak-anak kitorang lari depan rumah,.... cewaaaahhh.. hehe... insyaallah.... aminn -------

1 comment:

HEROICzero said...

dalam berpasangan banyak yang perlu kita korbankan .

give and take .

dan dalam korban2 tu , jaga juga diri .


=)