ok paham anda shawl, saya bawal level kita beza :)

assalamualaikum

mungkin kerna gaya pakaian yang beza.. mungkin kerna aku tak lagi gemar pakai shawl, lebih pada tudung saut , mungkin juga bawal... oleh sebab itu, pandangan ada antara anda yang pakai shawl ni atas bawah sahaja..

mungkin aku tak paham kalau pakai shawl, DP FB pun kena pic pakai shawl baru kira ngetop... nak kena dressup begitu, baru korang tak pandang sinis umpama aku katak bawah tempurung tidak update dengan fesyen duniawi.. tak seangkatan atau jauh level nya...

mungkin juga shawl yang aku pakai ketinggalan zaman, tidak berbelit macam apa entah cara yang korang buat... jadi aku ini tidak boleh dihadiahkan senyuman sedang korang berlalu di hadapan ku..

mungkin jugalah aku tidak berani mencuba berpakaian pelik seperti kalian, beraksi sakan depan kamera menayang pipi montok, mata bulat yang memakai contact lens atau berbahasa abam abam atau jangan ler taco titew.... 

barangkali aku jauh hina di mata gadis ini, salah aku tidak ingin mengikut fesyen kamu.. harus aku dipandang semacam dan dianggap seburuk makhluk gamaknya? 

ouhh tidak mengapa.. kisah apa aku sama kalian.. meskipun post macam sentap.. tapi luahan semata.. jangan nak bajet good2 je kalian.. belum tentu pakai shawl dah hebat.. yang penting niat kan... pakai apa pun sama je.. janji cantik di mata tuhan.. so bye-bye fesyen mengarut dan bajet hawtttt sajer.... 

p/s : aku pun ada gak pakai shawl tapi taklah pandang girls lain macam hello im too hot to be friend with u :P

hapuskan tandas 30 sen!!

assalamualaikum

ini sekadar luahan orang yang sangat berkira nak bayar 30 sen untuk tandas... sebabnya aku rasa memang tak patut.. aku tahu dengan cara dapatkan 30 sen untuk setiap orang yang guna tandas akan memb solehkan dorang beli bahan pencuci ke bayar gaji ke bina lagi satu tandas ke apa... TAPI masalahnya kalau orang dah bayar 30 sen kenalah pastikan tandas tu bersih... takde tisu tersumbat ke pam rosak ke air paip yang hanya menitik tiga saat sekali...

kena jaga kebajikan pengguna tandas awam ni.. kebanyakan yang jaga tandas tu pun kerek.. macam besar sangat pangkat muka tak reti nak senyum... kalau pelancong asing lalu baru nak tersenyum sampai ke telinga.. apa ingat kita rakyat dia ni tak perlu di beri layanan sama ke... tanya tisu jawab dengan kasar-kasar... double standard betul..

dah lah dulu 20 sen je dorang kutip.. la ni ada 30sen.. banyak untung tu dapat walaupun naik setakat 10sen.. aku rasa dah mampu dorang beli pencuci sabun yang boleh gunapakai untuk mop lantai tandas.. betulkan cermin yang retak-retak.. ada lagi teruk caj mahal-mahal tapi bau tandas over dari longkang.. aduyai busuk teramat.. aku bukan rigid giler tapi aku rasa sangat tak adillah tandas mahal-mahal camni.... memang sesetengah orang tak mahal, tapi bagi emak yang bawa anak ramai pergi jalan-jalan nak bayar setiap sorang pastu tandas punya perkhidmatan hampeh.. SANGAT TAK BERBALOI !!

jadinya, kalau nak terus juga mengenakan caj maka haruslah tingkatkan perkhidmatan.. malu tahu tak ada tandas yang free tapi LEBIH BAGUS service... sumpah rugi kalau tandas awam ni tak dijaga betul-betul... bukan semua pengguna tandas awam yang merosakkan tandas tu tapi memang bahan yang digunapakai tidak berkualiti :)