hapuskan tandas 30 sen!!

assalamualaikum

ini sekadar luahan orang yang sangat berkira nak bayar 30 sen untuk tandas... sebabnya aku rasa memang tak patut.. aku tahu dengan cara dapatkan 30 sen untuk setiap orang yang guna tandas akan memb solehkan dorang beli bahan pencuci ke bayar gaji ke bina lagi satu tandas ke apa... TAPI masalahnya kalau orang dah bayar 30 sen kenalah pastikan tandas tu bersih... takde tisu tersumbat ke pam rosak ke air paip yang hanya menitik tiga saat sekali...

kena jaga kebajikan pengguna tandas awam ni.. kebanyakan yang jaga tandas tu pun kerek.. macam besar sangat pangkat muka tak reti nak senyum... kalau pelancong asing lalu baru nak tersenyum sampai ke telinga.. apa ingat kita rakyat dia ni tak perlu di beri layanan sama ke... tanya tisu jawab dengan kasar-kasar... double standard betul..

dah lah dulu 20 sen je dorang kutip.. la ni ada 30sen.. banyak untung tu dapat walaupun naik setakat 10sen.. aku rasa dah mampu dorang beli pencuci sabun yang boleh gunapakai untuk mop lantai tandas.. betulkan cermin yang retak-retak.. ada lagi teruk caj mahal-mahal tapi bau tandas over dari longkang.. aduyai busuk teramat.. aku bukan rigid giler tapi aku rasa sangat tak adillah tandas mahal-mahal camni.... memang sesetengah orang tak mahal, tapi bagi emak yang bawa anak ramai pergi jalan-jalan nak bayar setiap sorang pastu tandas punya perkhidmatan hampeh.. SANGAT TAK BERBALOI !!

jadinya, kalau nak terus juga mengenakan caj maka haruslah tingkatkan perkhidmatan.. malu tahu tak ada tandas yang free tapi LEBIH BAGUS service... sumpah rugi kalau tandas awam ni tak dijaga betul-betul... bukan semua pengguna tandas awam yang merosakkan tandas tu tapi memang bahan yang digunapakai tidak berkualiti :)

2 comments:

ururu said...

yes. i agree. tingkatkan tandas RM2!!! haha

HEROICzero said...

agreed. tandas berbayar , sepatut nya bersih ! utk apa entah kita bayar tu ?