penting ke tahun baru?

assalamualaikum

bagi menjawab tajuk post ni.. aku nak gebang beberapa jawapan..

-penting kalau kita ni memang utamakan kalender masihi.. masa kalender hijrah tak ada beria cam ni pun..

-penting juga kalau kita ni ambil peluang ni melepak dengan member-member di klcc, dataran dan sebagainya terkinja-kinja melihat konsert menunggu count down untuk melihat bunga api..

-penting kalau kita ni lebih suka keluar malam bersama mereka yg bukan bergelar keluarga.. sebab nak join muda-mudi.. bersama keluarga katanya boringgggggggggg..

- penting kalau anda memang dah plan awal-awal nak bersama pakwe/makwe dari tengah malam sampai ke pag..

-ye juga kalau anda konon nak bersembang satu meja dengan member mengenai azam baru anda.. azam baru? puihhh azam lama entah lepas entah tidak....

-ye juga kalau anda sangatlah seorang yang jenis tidak mahu ketinggalan di mata orang lain kononnya.. post pasal tahun baru di fb,twitter dsb nya...... postlah macam ni 'selamat tahun baru yooo wassup..' dan tunggu orang like dan komen wish anda kembali...

sooooooooooooooooooooooo lame dont u see it? Ternyata semua itu hanya dunia.. yang sementara.. hari apa pun boleh dijadikan hari baru, tahun baru kalau kita nak meraikan frasa atau titik perubahan dalam hidup kita.. tak perlu tunggu tarik 1 jan 2012 ke 2013 ke apa pun untuk ada azam... kecuali anda ada aim untuk capai dalam setahun.. setakat nak mengikut wishlist yang orang lain buat.. lupakan je.. malam ni cuma malam yang sama seperti yang lain.. terasa dulu jahil kerana meraikan hari ini yang tiada makna... so peace upon you people :)

p/s : i think everybody is different.. u dont need to become others to be part of the community... just be yourself...

maaf tapi tidak melupakan

assalamualaikum

aku gerenti semua orang pasti ada kenangan atau masalah atau apa sahaja yg memerlukan dia memaafkan .. dan mungkin perkara itu terus menghantuinya... 

contohnya 1
----ada girl ni.. kapel dengan mamat A.. then mamat A kaki pukul dan setiap kali dating je belasah girl ni.. pastu girl ni tak tahan mintak putus... bila A minta maaf.. dia trauma.. mungkin sukar nak maaf.. nak terima lagilah... mungkin one day dia akan maafkan tapi takleh terima A risau perkara sama jadi balik..

----laki B.. sayang giler awek dia.. faham sayang giler? sampai sanggup kerja siang malam sara awek dia ni.. beli baju cantik2.. kasi awek dia segalanya.. then one day.. dia rindu nak jumpa awek dia.. tapi awek dia kata takleh sakit.. okay bila dia nak g melawat.. awek dia bagi alasan sori tak eloklah awak datang rumah tak ada orang ni... laki ni pasrah pergi kedai mamak.. depan mata dia ada sepasang kapel sedang kusyuk berpelukan.. cer teka siapa girl tu.. of coz awek dia.. so hati berkecai bukan kepalang... syahdunya hanya mereka yang pernah dicurangi je tahu... so.. dia tak dapat terima girl tu lagi... maaf? mungkin dia akan jadi player pulak lepas tu gara2 awek td,..

----C dan D kawan baik.. setiap saat mereka bersama.. kawan dari kecik sampai besar.. tapi C ni cemerlang dalam study, sukan segala serbi.. D ni jeles tak memasal.. kerana dengki, dia tikam belakang,.. diam2 takle pasangan C dan cerita buruk pasal C kat orang lain.. bila kantoi.. C susah nak terima D as member... maaf mungkin boleh.. tapi kesilapan tu tak kan dilupakan...

macam-macam lagi contoh aku boleh bagi.. tapi paling penting bila orang buat palat ke tahi dengan kita.. susah nak terima orang tu balik dalam hidup kita.. lagi susah nak lupa hal itu.. maaf mungkin ya.. tapi nak beri kepercayaan yang sama macam dulu sangat sukar.. 

kesimpulannya, jangan kita buat kejam dengan orang sekeliling kalau kita rasa tak nak kehilangan mereka.. dan jangan kita khianati kepercayaan yg diberi.. nak dapat balik? susah dan sukar.. btw.. just ingat.. kita buat dorang camtu.. lain hari orang lain buat benda sama kat kita.. mungkin lebih teruk.. dan mungkin orang kita sayang kena begitu... 

aku tak menyumpah tapi ini kenyataan.. someone tak kan bahagia selagi ada yang berasa sedih atas hal itu.. kalau buat salah dengan Allah, Allah maha mengampun .. kalau manusia? manusia tak sempurna.. hati manusia itu ??????  rumit difahami, jangan bermain dengan hati orang..

metafora hidup

assalamualaikum

setinggi mana kita berada, KITA AKAN BELAJAR SESUATU JUGA..
seteruk mana dugaan kita, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..
sehina mana orang pandang kita, MEREKA AKAN BELAJAR SESUATU DARI KITA..
sejauh mana orang tolak kita dari hidup dia, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..

biarlah apa berlaku, di mana kita berada.. bila kita menangis kerana sedih atau gembira.. dengan siapa kita berada dan apa telah kita buat sama ada kita sesali atau bangga akannya.. itu tetap kita.. sudah menjadi sebahagian dari kita.. kita terima seadanya dan belajar daripada hal itu.. kita tak boleh ubah masa lalu tetapi kita boleh cuba buat terbaik untuk masa akan datang.. jadikan ia sesuatu metafora yang abadi.. metafora antara hidup yang abstrak tidak boleh dinilai dengan konkritnya diri kita sebagai bukti kita menghargai anugerah Allah hidup sebaiknya di atas muka bumi tua ini..

sesaat memang sekejap tetapi sesaat itu mampu merubah hidup kita.. buat apa tunggu esok atau lusa.. ini hidup anda.. tentukan yang terbaik.. anda sendiri pilih.. dan anda yang bertanggungjawab atas pilihan anda.. biar orang pandang jelik pada diri kita walaupun kita tahu kita benar TAPI JANGAN SAMPAI KITA SENDIRI JELIK MEMANDANG DIRI SENDIRI KERANA KITA TAHU KITA SALAH.. :)

kecoh pasal laki yang hilangkan diri

assalamualaikum

kalau yanga da fesbuk, news feed penuh dengan orang share2 pasal laki yg hilangkan diri kat Dublin... and kat blog pulak pasal benda sama.. aku cuma nak cakap.. kalau korang share niat nak bagi sedar kat orang lain takpe.. jangan lak niat nak penuh pageview bagi blog.. or niat nak mengutuk.. sebab korang tengah share keaiban orang.. memanglah dia buat camtu salah.. just tegur takpela.. muhasabah diri sendiri jangan jadi begitu,..

ini tidak.. yang gajah depan mata tak nampak.. yang kuman seberang jalan nampak lak.. ada lagi kes lagi kritikal selain hal ini.. yang depan mata kita terang-terang berlaku. gay dengan gay.. tak nak lak tegur.. belakang duk mengutuk2.. n macam-macam lagi.. sedap mulut mengumpat orang tu macam tu macam ni.. duk doakan orang tu akhirat dia macam2 lah.. apa kata.. kita just jaga amalan kita.. jangan buka aib orang.. korang duk keji2 dia.. korang tak fikir ke mak bapak dia baca ayat korang betapa sedihnya dorang..

memanglah dosa apa dia buat.. tapi kalau korang yang duk kutuk pun sama gak apa.. kalau niat bukan nak membaikkan keadaan.. aku bukan pandai sangat agama.. tapi aku tahu.. doa kita Allah dengar.. kalau setiap seorang yang baca pasal ni.. mendoakan dia berubah.. bukannya mengeji.. or eksaited nak share kat member jadi bahan gelak.. sama je gay ke lesbian dengan orang yang buat maksiat, merogol, membunuh .. mengumpat tu semua..

p/s : tak menyokong dia gay.. salah tetap salah.. tapi aku harap dia berubah.. ingat mak ayah dia.. dan aku muak melihat komen orang yang bajet alim nasihat tapi dalam masa sama duk mencarut2..

rumah sewa

assalamualaikum

bagi pelajar IPTA/IPTS tak pun poli ke apa.. ke bekerja.. mostly akan tinggal rumah sewa.. tak tinggal dengan family kan.. jadi bila tinggal satu rumah ni.. suasana lain.. orang pun lain.. tak boleh ikut cara kita lama.. bukan bermaksud jadi hipokrit tetapi sesuai dengan suasana rumah sewa..

bagi aku, untuk tinggal sekali satu rumah.. aku akan pikir lama tak kawan, senang nak borak ke apa.. and paling penting tak membuli... jadi aku tak nak ada timbul gaduh2.. paling penting bagi aku, pastikan orang yang kita menyewa sekali tu bukan satu kos dengan kita.. kalau boleh nak ada seorang teman ke dua okay lah.. tak payah sampai 10 ke lebih kos sama.. memanglah kita dah kenal, senang pergi kelas.. TAPI bayangkan kalau ada masalah rumah, nanti masing2 muka ketat.. buat hal sendiri.. tambah lagi.. asignment pun satu group.. nanti ahli rumah kata ala takpe serumah.. nanti-nanti buat.. kan leceh.. dah menyusahkan kita.. tapi nak bagitahu takleh.. kang kecik hati.. ngadu kat kawan kos sama lak.. macam-macam...

jadinya rumah sewa aku sekarang bukan member satu kos pun.. masing-masing buat hal sendiri.. masak, makan sama-sama tu ada.. lepak tengok tv.. tapi bab buat asignment sendiri-sendiri.. study pun dia tak kacau kita , kita tak kacau dia.. kita study jela ngan kawan yang sama kos sorang dua tu.. jadi barulah namanya study group.. ramai-ramai nanti bukan belajar, gosip lebih...

kalau boleh tak nak serumah ngan kawan baik.. sebab nanti ada isu gaduh terus tak kawan.. kita nak sewa rumah sekali bertahun-tahun sampai habis study jadi mana boleh ada dendam kesumat ni semua.. nasib baik roomate aku ni.. jenis okay.. boleh serasi.... kalau sakit hati pun, biar masing-masing reda.. nanti tegur lik... tak leh berkira sangat kan..

kalau dah kata tinggal serumah.. rajin-rajinlah buang sampah, sapu ke bersih dapor.. jangan nak harap orang tinggal dekat bilik yang dekat ngan dapor je.. kan serumah.. pakai sama-sama.. jadi tanggungjawab bersih jangan nak letak kat sorang-sorang lak... benda-benda lain macam hormati privasi orang.. ketuk pintu ke apa.. pandai-pandai amal..

lagi penting.. pandai-pandai belajar cam mana nak tanya soalan dengan intonasi betul.. asyik nak menyindir housemate je pe jadah tu? ingat tak semua kita nampak tu macam tu.. macam kita tengok housemate tak memasak mungkin dia ada sebab bukan suka-suki nak makan luar.. ke housemate bangun lambat mungkin pasal dia stay all night ada discussion ke buat asignment dengan member-member.. study ke apa.. think +ve... lemak aku melayan orang yang tanya soalan menyindir dan menyibuk semua nak tahu TAPI bukan pasal dia concern kat kita ke apa tapi SEBAB nak menyindir, nak jadikan bahan apa-apa jelah... 

p/s : sedang cuba memahami karenah orang yang daripada kawasan terpencil kiranya...maaf kita sudah besar cuba matang.. walaupun sedikit..

tq abah atas ajaran yg sangat berharga

assalamualaikum

hari ini abah mengajar aku lagi satu hal yang penting...
katanya biarlah orang nak menang sekalipun... biar dia menang atas nama.. janji kita tahu dalam hati kita benar maka kita dah memenangi sesuatu yang dipanggil kesabaran, dan kerendahan hati....

kata abah lagi....
biar dia buat kita.. hati terluka kita ubat dengan buat tak tahu..
asal jangan kita rugi duit.. anggap perkara itu biasa.. selagi tak rugi sesen, seringgit.. tak ape lah..

abah mengingat lagi...
setakat berkawan banyak dugaan... perkara biasa.. itu semua hal remeh dan tak perlu dianggap beban..
nanti kahwin lagi berat dugaan.. hidup terikat... kena belajar dari sekarang kawal emosi...

abah mengatakan sesuatu yang sangat benar..
biar kita lakukan tanggungjawab... tolak ego kita... jangan keras kepala..
yang penting kita berlaku sopan.. ajak kawan makan bersama untuk meredakan keadaan..
sedangkan orang luar pun kita boleh jemput makan bersama semeja inikan kawan kita...

abah mengulangi katanya lagi..
kawan biarlah banyak bersabar.. bertahun menghadap kawan sama...
lepas ni masing-masing haluan sendiri... mungkin tak jumpa lagi jadi selagi berkawan..
layan kawan cara elok.. dia buat onar pun.. kita masuk telinga kanan keluar telinga kiri...

terima kasih abah.. menyedarkan anakmu yang tidak matang berfikir.. bertindak mengikut hati.. mungkin anakmu penat.. tetapi anakmu akan cuba sedaya upaya buar yang terbaik dalam berkawan dan jalani hidup... angah akan ingat niat angah datang sini nak belajar... nak jaga mak abah nanti.. tq abah.. sayang abah...

kpopper menyerang haha

assalamualaikum

aku tahu ramai gila kpopper kan...  aku usha satu blog girl ni.. dalam entri tu mengutuk peminat kpop.. sebab tu ramai gila datang serang dia... kesian aku tengok.... aku rasa tu bukan dia pun... mungkin fake account... aku bukan minat kpop ... tapi minat gila cerita korea... and sumpah pada mata aku pelakon tu semua cantik n hensem.. walaupun ada kata dorang buat pembedahan plastik pun... tapi yang penting lakonan dorang tu menjadi dan jalan cerita tak bosan....

so masing-masing ada minat sendiri.. ada suka dengar lagu.. tahu tak ikut kajian... dulu aku pernah baca.. bahasa korea n jepun ni kasar... macam intonasi dia.. tapi bayangkan macam mana suara boleh jadi lunak gila... sumpah best suara mereka... jadi kpop tu memang ada bakat... bukan bergantung pada paras rupa sahaja.. dan aku berterima kasih artis kpop datang M'sia dan promosi Msia ni....

just fikir postive jela... minat masing-masing.. tak suka biar... tak ada siapa menghalang kita nak minat orang putih ke apa... lagu orang hitam ke lagu orang asli.. janji kau suka kau dengar... dan yang melayan kpop tu pun bagi aku dorang nak release tension je... okay mungkin ada akan cakap baik solat ke apa dari dengar lagu kpop.. well terpulang.... tipulah kalau kau nak cakap... kau tak pernah dengar lagu seumur hidup kau.. kau tak pergi karok... see.. semua orang ada minat dia sendiri... tak usah nak kutuk minat orang lain...

biarlah dorang nak puja kpop ke apa... aku tengok kawan aku yg alim pun.. tak tinggal solat, pakai tutup aurat semua memang sumpah lemah lembut pun layan korea.. tak ada pun tinggal agama demi korea.. cuma itu sampingan minat dia... betul pun kata dorang.. kpop ni cantik, hensem... sebab ada pulak makhluk Allah yang tak cantik? kan kita semua manusia.. biarlah lain agama pun still ciptaan tuhan.. jangan kutuklah.. cantik itu subjetif lagipun...

lagi satu kalau nak kutuk korea.. pastikan korang tak terpengaruh dengan fesyen or ikutan dorang.. kalau kau sendiri duk mekap , dressup serupa macam orang korea then mengutuk dorang... sumpah macam mengutuk diri sendiri... yang baik kita amal, yang buruk dari korea kita buang jauh...

ni macam entri promote korea dah.. heheheh.. tapi aku just nak bagi pendapat aku je... nak kutuk aku biarlah.. kisah apa aku.. aku tak minat sangat lagu-lagu kpop tapi aku layan drama, filem korea n suka tengok feseyen dorang... tapi aku tak pula ikut cara dorang.. so tengok.. tak efect apa-apa merugikan.. tak juga spend duit beratus nak pergi tengok dorang.. just minat... tak membunuh & tak menyusah orang lain kan.. sekian....