kecoh pasal laki yang hilangkan diri

assalamualaikum

kalau yanga da fesbuk, news feed penuh dengan orang share2 pasal laki yg hilangkan diri kat Dublin... and kat blog pulak pasal benda sama.. aku cuma nak cakap.. kalau korang share niat nak bagi sedar kat orang lain takpe.. jangan lak niat nak penuh pageview bagi blog.. or niat nak mengutuk.. sebab korang tengah share keaiban orang.. memanglah dia buat camtu salah.. just tegur takpela.. muhasabah diri sendiri jangan jadi begitu,..

ini tidak.. yang gajah depan mata tak nampak.. yang kuman seberang jalan nampak lak.. ada lagi kes lagi kritikal selain hal ini.. yang depan mata kita terang-terang berlaku. gay dengan gay.. tak nak lak tegur.. belakang duk mengutuk2.. n macam-macam lagi.. sedap mulut mengumpat orang tu macam tu macam ni.. duk doakan orang tu akhirat dia macam2 lah.. apa kata.. kita just jaga amalan kita.. jangan buka aib orang.. korang duk keji2 dia.. korang tak fikir ke mak bapak dia baca ayat korang betapa sedihnya dorang..

memanglah dosa apa dia buat.. tapi kalau korang yang duk kutuk pun sama gak apa.. kalau niat bukan nak membaikkan keadaan.. aku bukan pandai sangat agama.. tapi aku tahu.. doa kita Allah dengar.. kalau setiap seorang yang baca pasal ni.. mendoakan dia berubah.. bukannya mengeji.. or eksaited nak share kat member jadi bahan gelak.. sama je gay ke lesbian dengan orang yang buat maksiat, merogol, membunuh .. mengumpat tu semua..

p/s : tak menyokong dia gay.. salah tetap salah.. tapi aku harap dia berubah.. ingat mak ayah dia.. dan aku muak melihat komen orang yang bajet alim nasihat tapi dalam masa sama duk mencarut2..

2 comments:

aleen aiden said...

stuju sangat.pernah juga tulis pasal isu orang share2 gamba seksi org lain.kan ke mengaibkan tu.tak eloklah mcm tu. :)

Vivid Virginia said...

Thanks for sharing. Such an inspiring post :)