kpopper menyerang haha

assalamualaikum

aku tahu ramai gila kpopper kan...  aku usha satu blog girl ni.. dalam entri tu mengutuk peminat kpop.. sebab tu ramai gila datang serang dia... kesian aku tengok.... aku rasa tu bukan dia pun... mungkin fake account... aku bukan minat kpop ... tapi minat gila cerita korea... and sumpah pada mata aku pelakon tu semua cantik n hensem.. walaupun ada kata dorang buat pembedahan plastik pun... tapi yang penting lakonan dorang tu menjadi dan jalan cerita tak bosan....

so masing-masing ada minat sendiri.. ada suka dengar lagu.. tahu tak ikut kajian... dulu aku pernah baca.. bahasa korea n jepun ni kasar... macam intonasi dia.. tapi bayangkan macam mana suara boleh jadi lunak gila... sumpah best suara mereka... jadi kpop tu memang ada bakat... bukan bergantung pada paras rupa sahaja.. dan aku berterima kasih artis kpop datang M'sia dan promosi Msia ni....

just fikir postive jela... minat masing-masing.. tak suka biar... tak ada siapa menghalang kita nak minat orang putih ke apa... lagu orang hitam ke lagu orang asli.. janji kau suka kau dengar... dan yang melayan kpop tu pun bagi aku dorang nak release tension je... okay mungkin ada akan cakap baik solat ke apa dari dengar lagu kpop.. well terpulang.... tipulah kalau kau nak cakap... kau tak pernah dengar lagu seumur hidup kau.. kau tak pergi karok... see.. semua orang ada minat dia sendiri... tak usah nak kutuk minat orang lain...

biarlah dorang nak puja kpop ke apa... aku tengok kawan aku yg alim pun.. tak tinggal solat, pakai tutup aurat semua memang sumpah lemah lembut pun layan korea.. tak ada pun tinggal agama demi korea.. cuma itu sampingan minat dia... betul pun kata dorang.. kpop ni cantik, hensem... sebab ada pulak makhluk Allah yang tak cantik? kan kita semua manusia.. biarlah lain agama pun still ciptaan tuhan.. jangan kutuklah.. cantik itu subjetif lagipun...

lagi satu kalau nak kutuk korea.. pastikan korang tak terpengaruh dengan fesyen or ikutan dorang.. kalau kau sendiri duk mekap , dressup serupa macam orang korea then mengutuk dorang... sumpah macam mengutuk diri sendiri... yang baik kita amal, yang buruk dari korea kita buang jauh...

ni macam entri promote korea dah.. heheheh.. tapi aku just nak bagi pendapat aku je... nak kutuk aku biarlah.. kisah apa aku.. aku tak minat sangat lagu-lagu kpop tapi aku layan drama, filem korea n suka tengok feseyen dorang... tapi aku tak pula ikut cara dorang.. so tengok.. tak efect apa-apa merugikan.. tak juga spend duit beratus nak pergi tengok dorang.. just minat... tak membunuh & tak menyusah orang lain kan.. sekian....

No comments: