maaf tapi tidak melupakan

assalamualaikum

aku gerenti semua orang pasti ada kenangan atau masalah atau apa sahaja yg memerlukan dia memaafkan .. dan mungkin perkara itu terus menghantuinya... 

contohnya 1
----ada girl ni.. kapel dengan mamat A.. then mamat A kaki pukul dan setiap kali dating je belasah girl ni.. pastu girl ni tak tahan mintak putus... bila A minta maaf.. dia trauma.. mungkin sukar nak maaf.. nak terima lagilah... mungkin one day dia akan maafkan tapi takleh terima A risau perkara sama jadi balik..

----laki B.. sayang giler awek dia.. faham sayang giler? sampai sanggup kerja siang malam sara awek dia ni.. beli baju cantik2.. kasi awek dia segalanya.. then one day.. dia rindu nak jumpa awek dia.. tapi awek dia kata takleh sakit.. okay bila dia nak g melawat.. awek dia bagi alasan sori tak eloklah awak datang rumah tak ada orang ni... laki ni pasrah pergi kedai mamak.. depan mata dia ada sepasang kapel sedang kusyuk berpelukan.. cer teka siapa girl tu.. of coz awek dia.. so hati berkecai bukan kepalang... syahdunya hanya mereka yang pernah dicurangi je tahu... so.. dia tak dapat terima girl tu lagi... maaf? mungkin dia akan jadi player pulak lepas tu gara2 awek td,..

----C dan D kawan baik.. setiap saat mereka bersama.. kawan dari kecik sampai besar.. tapi C ni cemerlang dalam study, sukan segala serbi.. D ni jeles tak memasal.. kerana dengki, dia tikam belakang,.. diam2 takle pasangan C dan cerita buruk pasal C kat orang lain.. bila kantoi.. C susah nak terima D as member... maaf mungkin boleh.. tapi kesilapan tu tak kan dilupakan...

macam-macam lagi contoh aku boleh bagi.. tapi paling penting bila orang buat palat ke tahi dengan kita.. susah nak terima orang tu balik dalam hidup kita.. lagi susah nak lupa hal itu.. maaf mungkin ya.. tapi nak beri kepercayaan yang sama macam dulu sangat sukar.. 

kesimpulannya, jangan kita buat kejam dengan orang sekeliling kalau kita rasa tak nak kehilangan mereka.. dan jangan kita khianati kepercayaan yg diberi.. nak dapat balik? susah dan sukar.. btw.. just ingat.. kita buat dorang camtu.. lain hari orang lain buat benda sama kat kita.. mungkin lebih teruk.. dan mungkin orang kita sayang kena begitu... 

aku tak menyumpah tapi ini kenyataan.. someone tak kan bahagia selagi ada yang berasa sedih atas hal itu.. kalau buat salah dengan Allah, Allah maha mengampun .. kalau manusia? manusia tak sempurna.. hati manusia itu ??????  rumit difahami, jangan bermain dengan hati orang..

No comments: