metafora hidup

assalamualaikum

setinggi mana kita berada, KITA AKAN BELAJAR SESUATU JUGA..
seteruk mana dugaan kita, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..
sehina mana orang pandang kita, MEREKA AKAN BELAJAR SESUATU DARI KITA..
sejauh mana orang tolak kita dari hidup dia, PASTI ADA KEBAIKAN PADA KITA..

biarlah apa berlaku, di mana kita berada.. bila kita menangis kerana sedih atau gembira.. dengan siapa kita berada dan apa telah kita buat sama ada kita sesali atau bangga akannya.. itu tetap kita.. sudah menjadi sebahagian dari kita.. kita terima seadanya dan belajar daripada hal itu.. kita tak boleh ubah masa lalu tetapi kita boleh cuba buat terbaik untuk masa akan datang.. jadikan ia sesuatu metafora yang abadi.. metafora antara hidup yang abstrak tidak boleh dinilai dengan konkritnya diri kita sebagai bukti kita menghargai anugerah Allah hidup sebaiknya di atas muka bumi tua ini..

sesaat memang sekejap tetapi sesaat itu mampu merubah hidup kita.. buat apa tunggu esok atau lusa.. ini hidup anda.. tentukan yang terbaik.. anda sendiri pilih.. dan anda yang bertanggungjawab atas pilihan anda.. biar orang pandang jelik pada diri kita walaupun kita tahu kita benar TAPI JANGAN SAMPAI KITA SENDIRI JELIK MEMANDANG DIRI SENDIRI KERANA KITA TAHU KITA SALAH.. :)

2 comments:

Abhamz said...

salam, setiap sesuatu yg berlaku itu ada rahmat disebaliknya...

chummy cliche said...

wa'salam... betul.. lagipun dugaan itu nikmat kehidupan sebenarnya :)