kerja guru pada mata bakal guru

ASSALAMUALAIKUM

terima kasih diucapkan kepada seseorang yang membuat post pasal guru tu. jadi adalah benda nak di-post-nya. ermmm terima kasih menyedarkan karier guru ni sungguh beruntung. memang tidak dinafikan luaran begitu, tapi tak kira apa kerja pun ada timbal baliknya.

macam karier cikgu ni, waktu kerja macam singkat tapi cuba fikir balik sempatke cikgu nak semak kerja sekolah masa kerja, nak plan mengajar apa hari yang sama? tak payah buat persediaan ke? kan masa kerja dah sibuk nak mengajar murid, nak menghadap mak bapak menjawab kenapa anak mereka masih gagal. nak menanggung segala salah kerana anak mereka tak skor2 lagi padahal anak mereka tu kaki ponteng, kaki tidur dalam kelas *terasa

jadinya cikgu akan bawa kerja tu balik ke rumah. segala kertas peperiksaan disemak masa malam yang mana patut luangkan bersama keluarga. pernah beberapa kali kertas peperiksaan yang dipulangkan pada aku kotor, ada kesan comot. baru aku tahu cikgu aku sambil makan kat rumah sambil tu semak kertas. 

kebanyakan cikgu aku, amatlah baik dan bertanggungjawab. walaupun pergi kursus dah tinggalkan beberapa tugasan dan bab yang perlu dipelajari, balik kursus nanti mereka akan jelaskan lebih lanjut. ada yang MC jatuh tangga. sanggup call ketua kelas bagitahu budak-budak kena baca apa. hari-hari call untuk ambil tahu perkembangan pelajar walaupun masa tu MC. jadi aku kagum pada cikgu macam ni, prihatin pelajar. 

memang kerana nila setitik rosak susu sebelanga, asal seorang cikgu buat hal. semua kena tempias. kita ni kejam menutup hati untuk melihat kebaikan cikgu. tak salah hargai mereka yang memberi ilmu,  kalaupun buruk mereka tetap memberi kita teladan supaya jangan dicontohi begitu. anggap setiap baik buruk itu suatu pengajaran kan bagus? masih ramai cikgu yang jalankan kerjanya bukan untuk dapat hadiah masa hari guru atau diberi sijil guru terbaik tapi kerana amanah. 

yela, gaji dah tentu setiap bulan masuk kalau nak buat cincai pun boleh tapi ada ke macam tu? yang aku nampak depan mata ada cikgu buat tusyen free mengajar sesiapa yang memerlukan. walaupun hanya satu mata pelajaran diajar tetapi dalamnya terkandung berbagai pengajaran hidup. menjadi role model kepada murid dan berhadapan pelbagai ragam. apabila bekerja dengan manusia, ia berbeza bekerja dengan mesin atau benda tidak hidup. ingat satu perkara, kerja apa pun ada pro kontra ye masyarakat yang dikasihi :)

p/s: aku harap suatu hari nanti aku dapat laksana amanah guru

dilema

assalamualaikum hatiku,

nak terus atau tidak?
boleh tahan atau tidak?
terima ke tolak?

tolong jangan menangis..
jangan meratap benda remeh..
mungkin ada sesuatu sebaliknya..
mungkin ini yang terbaik..

sabarlah sekejap lagi..
tak lama pun..
3 tahun atau 4,5 tahun lagi je..

tak mati pun kan..
tak da apa pun..
kesat air mata..
teruskan macam tiada apa..
nanti lupalah...
mati keinginan tu..
baru tak sakit..

biar je apa jadi..
jangan risau..
semua baik-baik..
okay ye hati...


lagi-lagi cinta bosanlah

assalamualaikum

tak dinafikan hidup kita ni ada perasaan cinta.. dan hidup ni berpasangan.. tapi tak perlu hari2 mention pasal cinta... jangan lupa.. cinta ini bukan hanya antara kita dengan pasangan.. tapi tuhan, famili dll... jangan campak orang disisi untuk seorang yang baru kita kenal.. itu satu..

yang kedua.. jangan bercinta bagai nak rak nanti putus jadi gila bayang... sebabnya kita dah bagi sehabis mungkin untuk orang yang belum pasti... kalau rasa nak nikah, segerakanlah benda baik.. sebelum terlambat.. kalau risau sangat jodoh tu....

lagi satu... time cinta beragak sikit masa nak bermadah.. jangan tayang sangat kat orang kejiwangan kita macam kat fesbuk berjanji sehidup semati, setiap nafas hanya menyebut aku cinta padamu sampai muntah habis ayat bla333 then dah putus ada orang lain .. cakap pula kau lah baharu cinta sejati.. yang dulu tak pandai bagi cinta bla2222... kutuk habis yang lama tu haprak... agak-agaklah.. dah tentu kau yang buat hal dalam bcinta then dah putus salahkan orang tu.. then tukar pulak madah kau dari si polan kepada polan lain.. orang pun menyampah.. memang jaga hal masing2 tapi aku ni yang secara tak sengaja tengok jadi geram perbuatan kau melayan orang yang ada hati perasaan. tak malu ke wehhh cepat betul twist ayat?

lagi satu lagi satu.. hehe... kalau fikir dia yang betul kau sayang.. jangan tergamak lukakan hati dia.. dalam seminit kau cakap cinta ini cinta terakhir.. tak kan bercinta lagi lepas putus.. selepas sejam... kau lukakan hati insan yang konon kau paling sayang demi orang kau baru kenal yang kau terpukau.. betul.. kalau kau betul sayang dia tak kan kau boleh cair dengan orang lain kan,.. jadi cinta lama bukan sejati mana tapi nak berpisah cara baik la.. masa nak couple ayat bukan main.. dah tak suka caci maki segala salah kau tuju pada dia.. admit je kau curang and kau memang jenis tak leh diharap.. habis cerita....

last sekali.. cintalah korang banyak mana korang nak... ingat atas sana... ada yang melihat,, segala baik buruk kita buat... akan dibalas.. aku tak ada hak nak hakimi korang.. cuma jangan kerana korang.. cinta yang orang kata suci itu menyeksakan bagi orang lain.. peace..  :)

result oh result

assalamualaikum

selain daripada perkara apa yg harus dibuat semasa cuti sem, hal mengenai result sangatlah difikir2 oleh students.. sebulan selepas exam berakhir, pelajar menanti dengan debar2.. ada yang mengira siap2 pointer mereka.. ada yang muhasabah diri sem depan nak belajar bersungguh3 dan macam2..

dua hari lepas merupakan hari result utk budak degree u aku keluar.. apa lagi penuh news feed fb aku dengan status berbaur result ni... apa yg aku nak sampaikan.. apa kita dapat itu tak penting berbanding hal akhirat tapi itu yang akan menentukan masa depan kita so kita pulon habis2 utk dapat result yg bagus kalau result yg bagus begitu penting di mata semua orang... kalau dapat result bagus je kira pandai dan kita tak mahu di-look down maka usahalah...

aku leceh sikit bila orang tanya2 pasal result.. sebab aku lebih concern macam mana nak perform sem depan.. nak maintain or nak tingkatkan macam mana... setakat tengok result beberapa hari cakap pasal benda ni.. sudahlah.. apa pun aku bersyukur sangat tuhan kasi aku sihat utk hadir exam final dan aku sendiri usaha nak stay dalam dewan... stay utk terus menjawab.. dan aku bersyukur sangat ada orang disisi yg selalu ingatkan aku buat asignments, baca slide... tq Ya Allah kau bagi mereka ini pada aku... :)

p/s : dalam cubaan membetulkan kembali cgpk kerana sem 1 tidak bersungguh2..

beberapa perkara bermain di minda

assalamualaikum

seperti tajuk di atas... ada beberapa perkara ingin aku kongsi.. jika ada yang membaca post ini dan ingin komen 'eh dia ni, nak share kat laman sesawang, dunia maya hal peribadi...' atau 'ermm baik kau berdoa banyak2 lah dari mengarut kat blog' .. silakan.. tak kisah pun.. aku tetap dengan cerita aku.. moga ada kebaikan dari apa aku tulis.. yang buruk jauhi la... cewahhh..

1. aku terfikir dalam banyak2 hal.. paling aku ingin ialah lepak beberapa jam di depan tv menonton cerita fav, makan keropok yg harga rm2,3.. coklat macam toblerone dan aiskrim satu mangkuk.. dengan kek lagi.. fulamak.. alangkah best... hanya satu moment itu biarkan aku khayal dalam dunia aku.. tapi sampai sekarang benda se-simple itu masih aku tak mampu buat.. agak kesal juga..

2.apakah result aku cukup bagus sem ini? risau sangat akan drag cgpa aku... ermmmm tu la pasal siapa suruh dulu main2, tak nak study... haishhh.....

3. kalau boleh aku undur masa, aku nak kembali pada detik di mana aku asyik belanja bundle.. rasa agak membazir.. banyak belanja di bundle walaupun semua itu total kan tak sampai amount orang lain beli baju di shopping complex... still.. nak compare keadaan aku sekarang,,. kalau aku bajet lagi masa itu, mungkin dapat cover living expense aku... jadi makan pun terjaga takde kurus2..

so, ketiga-tiga benda yg bermain di kepala aku ini membawa kepada KEKESALAN di hati, kepala dan segalanya... aku cuma harap aku dapat terus jadi anak yg baik pada ibu bapa aku, akak yg baik pada adik2 nya.. adik yg baik pada abangnya.. aku tak nak jadi orang yg bebankan mereka... semoga dengan itu, aku jadi kawan, teman yg baik pada orang sekeliling aku.. moga kekesalan ini dibawa pergi seiring aku membentuk hidup aku...

aku janji pada diri aku.. dan blog ini jadi saksi.. perkara yg bermain di minda aku sekarang.. akan luput.. dan aku akan capainya... aminn.... moga kita semua terhindar dari kekesalan sebab aku baca mana tak pasti, yang aku ingat orang Islam tak baik menyesal... so.. jangan buat sesuatu yg boleh buat kita menyesal.. peace :)

macam mana nak paham perempuan?

assalamualaikum

terfikir nak buat post ni selepas kawan laki aku tanya macam mana nak faham perempuan...? jujur aku katakan.. aku sendiri tak faham diri aku.. mungkin aku faham.. mungkin kadangkala aku bingung.. aku pernah baca satu quote ni.. katanya 'never try to understand women because it will make you either hate her or you will love her'. lebih kurang macam tu la ayat dia.. aku tambah sikit bagi sedap haha.. apa pun aku setuju kata-kata ni, sebab kita akan jadi sangat tertarik dengan orang tu setelah kenal dia atau mungkin tambah meluat.. itu je kesannya..

cuma aku boleh share point of view aku, girl ni.. tak rumit.. laki je buat rumit.. perempuan ni dah nampak kan apa dia nak.. perbuatan dia tu.. kata-katanya.. mimik muka lagilah tak menipu.. lagi-lagi masa period.. ambik kau.. sejujur-jujurnya dia kasi, sakit dia bagitahu.. nak gedik manja-manja suruh kau beli makanan tanpa segan silu dia mintak walaupun fikir nanti susah kau.. dia malas layan ke letih habis dia complain.. 

ye, aku tahu perempuan banyak membebel.. tapi itu kan salah satu cara laki untuk memahami perempuan.. memang bebelan dia tak akan kau dengar dengan kusyuk.. cuma kadang-kadang itu luahan hati dia.. bagi je dia lepas apa tak puas... nanti dia menyesal lah tu.. then minta maaf.. sebab tiada niat nak menghambur kata durjana cuma melepaskan geram sahaja..

ada juga girl yang jenis cakap terbalik.. contohnya, dia cakap 'takpe awak keluarlah lepak dengan member' tapi maksud sebenar dia 'kau cubalah keluar ngan kawan, tak mesej aku.. nanti siap kau.. try la kalau tak sayang aku...' hahahah mendalamkan maksud yang mungkin ada dalam kata-katanya.. cara terbaik ialah tahu dia ni jenis memaksudkan dengan ikhlas tak kata-kata dia.. yakni dengan melihat mimik muka, nada suara masa cakap.. then reaksi dia lepas korang kata okay nak keluar.. 

perempuan ni juga mengada-ngada.. just admit it.. perangai mengada-ngada tu ada walaupun sedikit.. tak kira dengan kawan ke couple or famili.. ada lah punya.. nak juga ke contoh mengada-ngada girl ni? argghhh memang mengada-ngadalah korang...

girl ni ada jenis.. kalau boleh.. dia nak kau inform mak bapak, atuk, onyang, jirang tiga hektar, kawan adik kau yang dia ni kau punya awek/ someone special... dia nak kau spend time 1 hal, dia nak kau jangan berkira kalau penat keluar dengan dia sebab nanti dia akan berkira kau lepak dengan member sampai pagi tak de hal pun.. TAPI GIRL NI TAK SEMUA JENIS NAK BEBANKAN PAKWE/SUAMI.. dia akan share susah senang.. dia faham yang korang takde duit.,. dia tak kan mintak.. tak semua dia nak korang je belanja.. dia tahu mana patut dia keluar duit.. dia juga tahu time bila nak call kacau kau... dan sebagainya.. sebab GIRLS MEMANG CARING..

itu jelah aku nak bagitahu buat masa ni..