macam mana nak paham perempuan?

assalamualaikum

terfikir nak buat post ni selepas kawan laki aku tanya macam mana nak faham perempuan...? jujur aku katakan.. aku sendiri tak faham diri aku.. mungkin aku faham.. mungkin kadangkala aku bingung.. aku pernah baca satu quote ni.. katanya 'never try to understand women because it will make you either hate her or you will love her'. lebih kurang macam tu la ayat dia.. aku tambah sikit bagi sedap haha.. apa pun aku setuju kata-kata ni, sebab kita akan jadi sangat tertarik dengan orang tu setelah kenal dia atau mungkin tambah meluat.. itu je kesannya..

cuma aku boleh share point of view aku, girl ni.. tak rumit.. laki je buat rumit.. perempuan ni dah nampak kan apa dia nak.. perbuatan dia tu.. kata-katanya.. mimik muka lagilah tak menipu.. lagi-lagi masa period.. ambik kau.. sejujur-jujurnya dia kasi, sakit dia bagitahu.. nak gedik manja-manja suruh kau beli makanan tanpa segan silu dia mintak walaupun fikir nanti susah kau.. dia malas layan ke letih habis dia complain.. 

ye, aku tahu perempuan banyak membebel.. tapi itu kan salah satu cara laki untuk memahami perempuan.. memang bebelan dia tak akan kau dengar dengan kusyuk.. cuma kadang-kadang itu luahan hati dia.. bagi je dia lepas apa tak puas... nanti dia menyesal lah tu.. then minta maaf.. sebab tiada niat nak menghambur kata durjana cuma melepaskan geram sahaja..

ada juga girl yang jenis cakap terbalik.. contohnya, dia cakap 'takpe awak keluarlah lepak dengan member' tapi maksud sebenar dia 'kau cubalah keluar ngan kawan, tak mesej aku.. nanti siap kau.. try la kalau tak sayang aku...' hahahah mendalamkan maksud yang mungkin ada dalam kata-katanya.. cara terbaik ialah tahu dia ni jenis memaksudkan dengan ikhlas tak kata-kata dia.. yakni dengan melihat mimik muka, nada suara masa cakap.. then reaksi dia lepas korang kata okay nak keluar.. 

perempuan ni juga mengada-ngada.. just admit it.. perangai mengada-ngada tu ada walaupun sedikit.. tak kira dengan kawan ke couple or famili.. ada lah punya.. nak juga ke contoh mengada-ngada girl ni? argghhh memang mengada-ngadalah korang...

girl ni ada jenis.. kalau boleh.. dia nak kau inform mak bapak, atuk, onyang, jirang tiga hektar, kawan adik kau yang dia ni kau punya awek/ someone special... dia nak kau spend time 1 hal, dia nak kau jangan berkira kalau penat keluar dengan dia sebab nanti dia akan berkira kau lepak dengan member sampai pagi tak de hal pun.. TAPI GIRL NI TAK SEMUA JENIS NAK BEBANKAN PAKWE/SUAMI.. dia akan share susah senang.. dia faham yang korang takde duit.,. dia tak kan mintak.. tak semua dia nak korang je belanja.. dia tahu mana patut dia keluar duit.. dia juga tahu time bila nak call kacau kau... dan sebagainya.. sebab GIRLS MEMANG CARING..

itu jelah aku nak bagitahu buat masa ni..