kerja guru pada mata bakal guru

ASSALAMUALAIKUM

terima kasih diucapkan kepada seseorang yang membuat post pasal guru tu. jadi adalah benda nak di-post-nya. ermmm terima kasih menyedarkan karier guru ni sungguh beruntung. memang tidak dinafikan luaran begitu, tapi tak kira apa kerja pun ada timbal baliknya.

macam karier cikgu ni, waktu kerja macam singkat tapi cuba fikir balik sempatke cikgu nak semak kerja sekolah masa kerja, nak plan mengajar apa hari yang sama? tak payah buat persediaan ke? kan masa kerja dah sibuk nak mengajar murid, nak menghadap mak bapak menjawab kenapa anak mereka masih gagal. nak menanggung segala salah kerana anak mereka tak skor2 lagi padahal anak mereka tu kaki ponteng, kaki tidur dalam kelas *terasa

jadinya cikgu akan bawa kerja tu balik ke rumah. segala kertas peperiksaan disemak masa malam yang mana patut luangkan bersama keluarga. pernah beberapa kali kertas peperiksaan yang dipulangkan pada aku kotor, ada kesan comot. baru aku tahu cikgu aku sambil makan kat rumah sambil tu semak kertas. 

kebanyakan cikgu aku, amatlah baik dan bertanggungjawab. walaupun pergi kursus dah tinggalkan beberapa tugasan dan bab yang perlu dipelajari, balik kursus nanti mereka akan jelaskan lebih lanjut. ada yang MC jatuh tangga. sanggup call ketua kelas bagitahu budak-budak kena baca apa. hari-hari call untuk ambil tahu perkembangan pelajar walaupun masa tu MC. jadi aku kagum pada cikgu macam ni, prihatin pelajar. 

memang kerana nila setitik rosak susu sebelanga, asal seorang cikgu buat hal. semua kena tempias. kita ni kejam menutup hati untuk melihat kebaikan cikgu. tak salah hargai mereka yang memberi ilmu,  kalaupun buruk mereka tetap memberi kita teladan supaya jangan dicontohi begitu. anggap setiap baik buruk itu suatu pengajaran kan bagus? masih ramai cikgu yang jalankan kerjanya bukan untuk dapat hadiah masa hari guru atau diberi sijil guru terbaik tapi kerana amanah. 

yela, gaji dah tentu setiap bulan masuk kalau nak buat cincai pun boleh tapi ada ke macam tu? yang aku nampak depan mata ada cikgu buat tusyen free mengajar sesiapa yang memerlukan. walaupun hanya satu mata pelajaran diajar tetapi dalamnya terkandung berbagai pengajaran hidup. menjadi role model kepada murid dan berhadapan pelbagai ragam. apabila bekerja dengan manusia, ia berbeza bekerja dengan mesin atau benda tidak hidup. ingat satu perkara, kerja apa pun ada pro kontra ye masyarakat yang dikasihi :)

p/s: aku harap suatu hari nanti aku dapat laksana amanah guru

1 comment:

Anonymous said...

Please let me know if you're looking for a writer for your site. You have some really great posts and I believe I would be a good asset. If you ever want to take some of the load off, I'd absolutely love to write some material for your blog in exchange for a link back
to mine. Please send me an email if interested. Many thanks!


My weblog unfinished baseball bat