beberapa perkara yg menyakitkan hati

assalamualaikum

ada beberapa perkara biasa yg mungkin nampak kecil atau biasa tapi boleh jadi sangat menyakitkan hati, boleh buat kita jadi menyampah geram dan mula menyumpah atau mengeluarkan kata-kata yg kita tak maksudkan. contohnya.... oh ye ni entri emo.

--semasa bercakap di telefon, kita nak cakap ngan orang tu.. tapi dia boleh buat kita kontang-kanting dan dia bercakap ngan kawan kat sebelah. lagi menyakitkan dia gelak-gelak ngan dorang. bukan ke tu nyata-nyata kurang adab. orang ngah cakap kat telefon ni. tapi tak peduli. ingat banyak sangat ke masa n kredit. ceytt tak patut betul.

--kita tunggu berjam-jam nak cakap, try call asyik x jawab je. mungkin dia tidur ke, dia busy ke apa. pastu bila kita dah jawab. tak sempat nak cakap apa. dia bagitahu ' k la nak pergi main bola ni.' atau 'k la nak pergi keluar ni, nantilah call' rasa nak lempang je orang camni. tapi pikir sayang je. cubalah considerate sikit. orang tunggu punya lama nak cakap. tapi tak sampai seminit pun bagi chance nak bual. ko ingat ni apa. pastu suka suki suruh call jap lagi. cuba nanti ko yg kena. ko tengoklah ko call aku x dapat sehari dua. dah dapat call, aku jawab endah tak endah and suruh call lagi sehari dua. perghhhhhhh sakit hati bhai.

--pasal call lagi. bila call time time tu juga lah ko nak buat benda lain. tak leh ke nak fokus jap. sehari ada 24jam. tolak ko makan minum tidur semua. ko habis masa berjam buat benda macam main game, tengok tv, lepak-lepak. takleh ke ? susah sangat ke? masa orang tengah call ko fokus? hah susah eh? kalau aku dapat buat, korbankan cerita fav aku ke benda lain-lain. asal ko xleh buat? payah sangat ke? penting lagi ke benda lain tu?

dan bila semua ni terjadi, atau semuanya serentak jadi atau apa-apa jela. rasa sakit hati teramat sangat. lagi-lagi yg buat perangai camni ialah pasangan sendiri. lagi menyirap. rasa tu macam panas. dan bila rasa sedih mula menangis dan marah. salah siapa. tepuk dada terasa sendiri.

ps- orang kata tak patut cakap macam ni kat pakwe. tapi bila hati ngah panas, dan mungkin tak maksudkan tapi nak aje cakap.. fakiuuuu. g lah ko sibuk buat benda ko tu, bila dah free mcm bosan hah carilah aku.

pss-aku tau pakwe aku bukan camtu nye orang. tapi sakit hati weh kalau berjam tunggu nak call bila call ada je benda nak buat. tahulah rutin tapi takleh ke sekali dua tunjuk sikit care tu.

psss- ni kot sebab orang mudah putus, satu awek susah nak faham, kedua pakwe sendiri pun penting diri

untuk bakal suamiku

ASSALAMUALAIKUM

entri kali ini khas untuk si dia. bakal suamiku. sehingga saat ijab kabul terjadi, kita tak kan tahu siapa jodoh kita. bahkan walaupun dah bernikah belum tentu dia tu jodoh muktamad kita. tapi aku sangat berharap. si dia yang bersama aku sekarang ni akan jadi suami aku dunia akhirat.

untuk si dia bakal suamiku,
aku tahu dia sudah masak dengan perangai aku.
bukanlah perempuan yg paling bernilai dalam dunia sampai patut orang berebut
tapi aku seorang perempuan yg ikhlas dan jujur untuk dia.
perangai ku mungkin tak semegah mana. masak pun lambat-lambat.
nak disuruh kemas pun liat-liat.
tapi aku akan usaha untuk jadi yang terbaik.

aku cuma seorang perempuan yg sempoi dan slumber.
aku harap si dia akan dapat terus-terusan terima aku seadanya.
aku juga macam perempuan lagi bahkan lebih teruk lagi. aku kaki membebel.
jadi lapangkan masa kau mendengar bebelan aku.
kadang-kadang aku tak sengaja ujarkan kata-kata pedih bila risau, marah atau sedih.
tapi aku tak pernah maksudkannya jadi janganlah ambil hati.
kalau masih juga terasa, jangan lama-lama. nanti aku lagi tak keruan.

bimbinglah aku. mungkin besar tanggungjawab kau. sangat berat. untuk mendidik perempuan semacam aku.
tapi aku akan sama ringankan beban kau. aku akan usaha menjadi makmum kau yang terbaik.
lindungilah aku. mungkin aku ni tak lemah mana tapi aku tetap perlukan perhatian. oh mengadakan. haha
macam-macam lagi akan ku minta. tapi semuanya meminta agar kau bersama aku menelusuri kehidupan sebagai suami isteri yang taat pada perintah-NYA.

si dia, bakal suamiku. dengan izin Allah aku punyai perasaaan begini kepada kau. sama-sama kita jaga perasaan ini ya.

BARANG2 yg patut sangat tak naik

ASSALAMUALAIKUM

perkara yg paling sangat harap tak naik ialah tambang lrt ke bas. tapi ni barang ke? ni perkhidmatan kan? arghh lantaklah.. yg penting janganlah naik lagi. sem depan mesti banyak berjalan. maksud aku nak pergi um, ukm. konon. bukankah perkhidmatan awam tu patutnya berpatutan sesuai dengan orang awam. bukan orang kaya yg naik pun lrt ni. orang yg kerja pejabat, kerja kat shopping complex. yg gaji tentunya tak sampai dua, tiga ribu. kalau sebulan transport pi balik dah sampai 300 ratus. tak ke naye kerja penat2. patutlah ada yang labelkan BN sebagai BARANG NAIK. saya tak salahkan mereka. hikmah barang naik tu tak jelas di mata rakyat yg dicekik kesempitan hidup sedangkan orang atasan hidup memboros dan rakyat menderita.

lagi satu ASTRO tak patut naik. dah ada ura2 astro nak naik. petang tadi hujan. cer teka apa jadi? astro takde siaran. memang tak patutlah naik. kalau servis memuaskan aku terimalah. seminggu berapa kali cerita sama duk main? bagitahu, bagitahu. alasan nak bagi orang lain peluang tengok lagi sekali kalau terlepas? ermm boleh terima tapi pe jadah kalau hampir hari2 dalam seminggu duk ulang balik? pastu bila hujan je out of service. apa lagi eh? tak semua cerita sedia subtitle. yg mak cik pak cik nak melayan yg tak faham omputih ke korea ni pa citaaa.. kesian ke mereka.

minyak. ermmm minyak memang lah tak patut naik tapi ligat je naik nya pun. tak faham betul, apa yg membantu kalau minyak naik. dah rakyat msia mmg guna sangat minyak. kos abah aku tanggung sebulan mau berapa ratus untuk minyak. minyak je tu... minyak. kalau rokok naik tu aku x hairan lah. usaha bagus utk perokok tegar benti merokok. tapi minyak naik tak kan kita nak benti isi minyak? bak kata dorang tak suka ayam naik, jangan beli ayam, tak suka ikan naik jangan beli ikan. tak suka msia bla3 keluar dari msia. amboi sedap ko menghalau. nanti ko balun semua r? ceyttt.. yapeedaaa dah lah minyak ni ada domino effect. bi;a minyak naik je, semua naik, alasannya lori hantar barang pakai minyak jadi kenalah naikkan harga.

gula pun naik.. rindu sungguh zaman di mana gula sekampit seringgit setengah je.. sekarang dua kali ganda lebih sikit. alasan tak nak rakyat kencing manis. senang2 je nak kencing rakyat. ingat kami ni bodoh sangat ke.. kalau kena kencing manis pun bukan pasal gula tapi pasal nasi. kandungan karbohidrat tinggi. tu makanan ruji msia. tak nak naik beras pulak? tapi kalau naik mau mengamuk orang. sekarang pun mak cik mak cik kedai jual nasi putih saja tak berapa penuh isi pun. lebih kurang setengah pinggan harga seringgit setengah... kenapalah tamak sangat, padahal gula boleh je dinaikkan perlahan2 harganya. xdelah orang terkejut sangat... ehhhh angin beno...

ada lagi banyak benda khabarnya  nak dinaikkan. hahhh naik lah banyak2. naik naik.. tengok celah mana majunya msia nanti dengan terus-terusan polisi mencekik gini. memang rezeki tu Allah bagi tapi jgn sebab gitu dijadikan alasan takpe pun caj itu ini mahal, kalau Allah bagi rezeki ada lah rakyat kita makan kalau tak tak lah.. bullshitttttt.


ps- benti tu maksudnya berhenti. dah terbiasa cakap benti sampai taip pun gitu juga

guru vs murid suatu organisasi

ASSALAMUALAIKUM

aspirasi saya ialah keluarga saya dan dalam sebuah keluarga terdapat pelbagai ragam, bagaimana saya menghadapi masalah keluarga saya, saya akan belajar sesuatu dari setiap orang. diharapkan dengan itu akan membantu saya untuk memupuk sifat kepimpinan saya. saya bakal menjadi cikgu setelah tamat pengajian jadi saya harapkan sesuatu yang dapat mencungkil bakat saya. para pelajar umpama organisasi dan saya sebagai guru merupakan pemimpin mereka. segala tindak-tanduk saya akan mencerminkan organisasi saya. saya harap saya dapat melahirkan organisasi yang berkualiti.

malah, apabila kita berada di atas, kita akan mampu melihat kerjasama orang di bawah kita. di situ kita akan belajar menjadi pemimpin yang lebih baik agar semua berpuas hati. kita tidak mampu membuat semua orang dalam organisasi menyukai dan menyokong hasil kerja (cara kita mengajar) kita tetapi kita mampu untuk berusaha agar mereka menerima dan bersifat terbuka terhadap perubahan yang kita bawa. dengan disertakan azam untuk memastikan organisasi hidup, itulah menjadi motivasi agar diri saya mempunyai sifat kepimpinan. saya nak anak murid saya dapat bekerja dalam suatu organisasi iaitu kelas yang hidup. mereka dapat menimba ilmu dan mereka juga berani untuk memberi idea bagaimana saya boleh membaiki kelas.

saya tak nafikan semasa saya menjalani praktikum, terdapat masalah dalam menyatukan organisasi ini. apabila saya ingin melakukan aktiviti kumpulan, saya boleh nampak dengan mudah, murid2 mempunyai kumpulan mereka sendiri. kumpulan itu pula sukar dipisahkan kerana mereka rasa serasi. mereka enggan bercampur gaul dengan murid lain atas dasar kaum, sikap dan lain-lain. saya juga berpendapat hal ini turut berlaku kerana semua orang mempunyai pendapat berbeza, masing-masing inginkan guru 'melihat' dan prihatin kepada mereka. apabila saya memberi mereka peluang untuk mengemukakan cadangan mengenai aktiviti. masing2 inginkan idea mereka diterima.

bagi saya, kita harus menerima pandangan semua orang dan selaraskan dengan matlamat. tidak semua idea yang diuarkan buruk untuk organisasi walaupun idea tersebut baru. anggap sahaja perubahan itu bagus, dan dengan sifat terbuka kita dapat menyatukan organisasi kerana semua orang rasa seperti dihargai. seolah-olah bagi mereka mainkan peranan supaya mereka rasa tanggungjawab terhadap organisasi.

guru dan murid tidak patut ada jurang tapi perlu ada batas :)

Sejarah?

Assalamualaikum dan semoga Allah memberkati anda,

sejarah? apa tu sejarah? perlu ke aku beri pengertian sejarah kat sini menurut tokoh itu ini, petik nama sarjana Barat, Islam blah3. ikut mudah faham sejarah itu perkara yang sekeliling kita, attitude kita terhadap sekeliling ialah sejarah hidup kita. belum berlaku lagi tapi akan berlaku kalau kita masih tidak berubah. nahhh itu sejarah. ada peristiwa ada kesan. jadi kita yang mencorakkan sejarah kita based on pemikiran kita sendiri. kita harus bertanggungjawablah maknanya. mudah bukan?

sejarah juga tak sebosan yang disangka, tapi mungkin buku sejarah boleh dibuat bahan tidur. yang ada imsomnia boleh baca buku sejarah dan mengantuk. hurmm kenapa agaknya doktor pakar tak suggest pada penghidap imsomnia untuk baca buku sejarah instead of taking sleeping pills yang ada kesan berlipat ganda. kurang bijak sungguh tindakan tersebut. mungkin salah sesetengah penulis sejarah kerana tidak mahu menukar gaya penulisan yang mudah.

mereka saja membuat sejarah kelihatan sesuatu yang kompleks, yang sukar difahami, nilai ilmunya tinggi maka bukan sembarangan orang mampu memahami sejarah. childish, ego dalam menulis. ini bukan fitnah ehh kan dah kata mungkin. andaian sahaja. orang kata hipotesis. disebabkan penulisan yang gaya macam sesuai menang award penulisan paling sukar difahami hanya boleh dibaca sekiranya level pendidikan tinggi. bluwekkk apa-apa jela fikir macam tu. sejarah sesuai untuk semua peringkat umur, pelusuk mana sekalipun.

sejarah bukan begitu bosan, mengantuk, mengarut atau tak berfaedah. bukan. dan lagi sekali bukan. kawan2 mungkin gelak kerna aku budak yang dulu tidur masa kelas sejarah bangkit melaungkan betapa indah sejarah. ya sejarah indah sebab itu ia mendodoikan aku tapi aku x pernah benci sejarah. makin aku rasa aku mengantuk, makin aku lawan. mungkin tak setanding penagih dadah cuba lawan ketagihan dadah tapi sekurang-kurangnya aku cuba. cuba untuk belajar sejarah masa mengantuk, masa rasa lapar tahap gaban, masa semua orang sibuk berseronok bercerita sok sek sok sek soal hidup yang memilukan. tika orang riuh sekali, saat itu aku cuba. cuba untuk berseronok dengan sejarah.

jadi kamu, kamu dan kamu cubalah untuk tidak meletakkan stigma sejarah perlu dihafal, sesuatu yang susah dan bla bla bla merapu habis. jiwa sejarah hanya perlu difahami. sebab kan manusia tidak benar-benar belajar dari sejarah, sejarah sentiasa berulang cuma masa, mungkin tempat dan pelaku bertukar tapi ceritanya masih sama. 

untuk mengenali diriku, mencari impian aku, aku belajar mencintai sejarah. agar aku tak ulang silapku, aku faham sebab akibat sesuatu berlaku. bukan ke al-quran itu juga terkandung sejarah? sejarah bagaimana kaum terdahulu binasa kerana tidak mahu patuh pada Allah? bukankah salah satu daripada rukun Islam ialah percaya pada kitab. belajarlah sesuatu daripada al-quran semasa membacanya bukan sekadar baca tapi faham kerana ia sejarah yang benar. senang cerita sejarah itu hanya cerita, jangan merumitkan keadaan dengan menganggap ia sesuatu berbeza. sejarah cuma nama lain bagi peristiwa. :)

mengejar yang fana?

ASSALAMUALAIKUM


sesetengah orang selalu fikir 'arghh ada masa lagi, bila2 boleh taubat.' tapi dia abaikan satu aspek. Allah x pernah janji Dia hanya akan ambil kita bila kita dah tua atau dah bertaubat. maut boleh menjemput bila2 masa saja. remind to myself and other, why wait for other opportunities, why not now? just grab it.

nak tunggu sedia? persoalannya bila? mungkin bila kita dah ada dalam zon 'berubah' suatu hari nanti, hati akan ralat sangat kerna sia-siakan punya banyak masa mengaut kebebasan yang sementara seronok. hakikatnya yang hakiki masih belum tergapai sedang kita megah dengan durjana. memetik kata2 Hlovate "a man that decided to changes at 12th hour dies at 11th"

kalau kita kata kita tunggu hidayah, how bout this answer? hidayah dah ada, kita saja menidakkannya sebagai alasan dan lesen untuk terus memboloskan diri dalam kancah kehancuran. seronok memang seronok tetapi itu tidak lama. mungkin hidayah itu Allah turunkan bentuknya lain pada kita. mungkin kita akan dapat kedamaian hati apabila kita membiarkan diri ini untuk berubah.

beri peluang pada hati kita untuk bernafas lega bebas dari titik hitam akibat dosa yang kita kumpul. dalam keterpaksaan itu, kita akan terima sesuatu yang baru. ini bukan coretan poyo tetapi ini suatu ingatan pada diri ini, yang melalui sini, agar beringat yang bersifat kekal itu bukan kita tapi DIA. kembali kepada-Nya tidak merugikan kita, bahkan kita akan jumpa kenikmatan dunia akhirat




ps-identiti hlovate masih misteri, bagusnya low profile dan mungkin kalau orang tahu dia laki atau perempuan akan jadi stereotaip terhadap penulisannya.

belajar untuk sentiasa muhasabah diri

ASSALAMUALAIKUM

dalam hidup ini, pelbagai perkara yang akan menimpa kita dan mendewasakan kita. kelmarin aku tengok balik coretan2 aku. dan aku perasan banyak yanng berubah. aku harap segala perubahan tu membawa kebaikan dan keberkatan untuk hidup aku. kadang-kadang dalam kita sedih, kita akan fikir yang dulu lagi best tapi kita tak sedar apa yang terjadi itu sebenarnya ada hikmah. sesuatu tidak akan terjadi tanpa ada hikmahnya. kita cuma perlu tunggu sebalik yang berlaku dan menilai hikmahnya. buka pintu hati kita untuk terima.

Alhamdulillah segalanya beransur baik, hidup makin teratur. sekurang-kurangnya bersyuku Allah masih memberi nafas untuk kita mencari kebenaran dan membaiki kekhilafan kita. untuk sentiasa rasa takjub pada kuasa Allah seiringkan hari kita dengan muhabasah diri. jangan terlampau angkuh dengan kelebihan diri sehingga mengenepikan teguran orang lain.

kita juga perlu sentiasa merubah diri kita untuk mencapai kesejahteraan hidup. istiqamah dalam perbuatan itu.  insha Allah semuanya baik2. aku menitipkan coretan kali ini untuk aku tengok suatu hari nanti, agar aku ingat kembali janji aku untuk terus muhasabah.

best ke dapat semua free termasuk pendidikan?

ASSALAMUALAIKUM

sekarang ni aku memang malas nak taip panjang2 kat blog.. ludah je semua kat Fb haha..
ni antara perkara aku ludah kat fb.. dan aku xkan jilat balik kata2 ni.. dah habis pikir ni baik buruk semua..

"ehem2 nak kata ni. saya berpendapat tak perlu pendidikan free, nanti apa beza IPTA dan IPTS. dan siapa nak bayar gaji pensyarah, mak cik cleaner, jaga, eletrik, air kampus.. lagi2 kalau semua free, ada yg jadi malas belajar, ni bayar pun orang tak sungguh nak belajar. tak perlu juga semua benda nak dihapus cukai. nanti kerajaan nak rolling duit macam mana? memang kita ada balak, ada hasil2 lain, tak kan semua nak ditebas, digali untuk kita senang, generasi akan datang macammana? lagipun proses nak dapat duit dari hasil kita gali, ke apa tu bukan sekelip mata dapat. mungkin dikurangkan sedikit-sedikit cukai itu bagus.

saya betul2 suka kadar yuran yg dikenakan, masih mampu untuk dibayar. saya cakap bukan pasal saya mampu, saya pun susah, kena kerja part time nak cover study takleh harap family je. jadi saya layak untuk kata yuran kita ni tak menjadi masalah besar. cuma yang menyebabkan student ni sesak ialah orang sekeliling yg mencekik, misalnya sewa rumah nak untung, makan lagi nak caj tinggi. di mana ada student, di situ lagi mahal. musykil sungguh. jadi kos hidup yg sebenarnya mencengkam kita. mungkin bab ptptn korang tu, nak dihapus tak adil pula untuk yang tak ambil ptptn ni, macam korang dapat biasiswa, mungkin buang riba lebih baik. buang caj berlebihan. dan duit untuk bayar servis perkhidmatan, pekerja ptptn yg urus korang tu diambil dari mana2 sewajarnya. atau dari korang balik tapi dengan kadar sangat rendah. terimalah there is no such thing as free in this world except from ALLAH. :) kalau saya salah, beri pencerahan ye tanpa emosi.."

conclusion dari ayat atas ialah aku rasa tak semua patut dapat free. kita perlu ada usaha tu, memang aku akui tak best belum dapat kerja dah berhutang. well kita bukan kena tipu, kita sign agreement kan untuk pinjam duit sebab kita tak mampu. kita nak korek celah mana duit. memang tanah, harta kerajaan tu kira kita punyalah haha tapi kita tak berhak nak dapat semuanya balik. pentadbiran negara perlu duit. dan duit itulah duit dari hasil negara. kalau semua hasil negara guna untuk kita, bagi free belajar, free ini itu, apa kita belajar? apa kita dapat? best dapat merasa sekejap je lepas tu nazak. ada ayat macamni lah lebih kurang 'bagi orang tu ikan dia kenyang, bagi dia joran ke jala dia boleh buat hasil lebih banyak untuk niaga bla3' ke bukan ni ayat betul eh..

TAPI point macam tu la, kalau kita asyik disuap saja x guna, kita perlukan sesuatu yg dapat menjamin kita. perkara lain.. fikir sendiri apa lagi penting. memang pendidikan penting, kalau bagi kat orang asli ke yg famili daif, anak yatim free belajar aku sokong. tapi adil ke nanti kau tengok dia anak dato, tan sri, anak raja belajar free sama macam kita yg sesak ni. tak ke dengki nanti eh rasa x adil apsal pulak sama je dia dapat free. sebab tu kenakan yuran dan yuran itu berpatutan.. sekian, pikirlah benarkah berbaloi free pendidikan? mungkin suatu hari nnt apabila kewangan kita benar2 maju, sekarang ni dengan banyak berlakunya korupsi, x sesuai untuk buat begini. sekurang2 nya aku rasa macam tu. jadi apa pendapat korang..? ni bukan conclusion ni.. hihi.. opps :P

proposal a.k.a cadangan latihan ilmiah

Assalamualaikum w.b.t

hari selasa lepas, hari yang sepatutnya aku hantar proposal, syarat nak grad untuk ijazah sarjana muda bagi kos macam aku kena buat latihan ilmiah. biasa orang panggil tesis tapi kami kan baru degree belum master jadi istilah tesis tu tak tepat. sebelum hantar latihan ilmiah kenalah buat cadangan dulu. kot2 terima tak tajuk tu. ok ke apa kan. subjek ni 3 jam kredit dan markah proposal 60 markah. of coz individu kan dan syarat page mesti 30 minimun diserta bahan arkib sekurang2 nya lima kot..

alkisahnya, aku punya tajuk xde bahan arkib, yang aku pun gatal pi buat tajuk tu. kebetulan pula masa ni arkib nak selenggara fail, ada pun satu-satunya aku jumpa bahan sedang diselenggara. sabar jela. kebetulan pula nak buat kajian terdahulu diutamakan tesis disertasi phd ke master. x jumpa pula kat um ke upsi pasal kerajaan lama ni.. huhu... ok sabar lagi. dugaan.

tetiba di FB, laju je orang2 update status pasal proposal. kawan2 aku ni mula gundah apabila melihat kwn2 dah siap sendiri masih terkapai2 cukupkan bahan. matlamat hanya satu, nak cukupkan 30 page. jadi tepat pukul 2 ada kelas kena hantar. setengah jam sebelum tu baru ngam2 dapat 30 page.. haha confirm aku tersentuh bab lain yg patut masa nak buat latihan ilmiah penuh baru cerita.

dua hari sebelum nak hantar, aku saja update status kata aku dah siap, dah buat sampai 40 page haha... dan2 je kan.. padahal masa tu belas2 pun idak.... jadi lepas dah hantar tu.. aku pun update status.. bunyi gini...

"kita tak boleh percaya sangat status kat FB ni, propa je semua tu. kadang-kadang nak bergurau, nak mencetus gaduh, nak menunjuk, nak gembirakan hati orang, nak emo.. kalau status saya tu yang berbaur kerajinan umpamanya. saya gurau je tu, tapi saya gembira kira ada juga percaya kata saya. kira saya ni muka boleh percaya haha. tujuan mengata dah siap asimen tu semua hanya membalas kata-kata orang yg setiap 30minit update status siap ni siap tu. boleh kita eksaited kan nak bagitahu dunia tapi kita tak sedar kita pressure orang lain. bukan x boleh psiko, cuma nanti jejas emosi orang lebih sangat, orang jadi menyampah. memang itu fb kamu, cuma poyo lah update setiap 5minit cerita siap apa siap itu ini. tahniah kamu rajin. dan bangga kamu juga tinggi. saya takut saja jadi riya' pula kamu, itu saya kata ni. peace :)

p.s- malam ni saya dah siap cari tajuk untuk phd dan bahan-bahan master, merangka pelan pembangunan hidup 30 tahun akan datang x bagitahu orang pun, eh dah bagitahu pula. :P"

tujuannya nak bagitahu saja, aku memang bergurau masa kata dah siap, dan gurau juga masa bagitahu kawan dah hantar kat lect lagi lama.. kawan2 aku pun pakat gurau.. sengaja nak matikan status orang yg duk bangga dia siap.. haha.. kalau siap seminggu ke sebulan lg awal bangga la.. ni sehari dua awal je dari dateline.. bukan dengki cuma terasa bahang... hahaha.. bukan lagi terasa dimotivasi nak siapkan banyak. terasa macam gilerlah nak tulis apa ni, semua boleh buat tapi aku x mampu ni.. aishhh... secara tak langsung tertukar status tu menjadi pencetus down sebab tak boleh compete dengan orang lain... hahah mulanya x ambil kisah pun. bila sorang2 kawan kata gitu, berderet je naik status.. sambil lepak2 layan FB, mulai risau masa depan proposal.. padahal sendiri punya salah. tak berapa serius or fokus haha... 

tapi memang x baik woooo itu macam duk update bagitahu buat itu ini, lain orang lain masalah, ada orang memang x jumpa bahan macam aku, aku usaha cari tapi dah xleh. ada yg x cukup duit, nak pergi library sana sini nak cover tambang, makan fotostat bahan lg.. ada yg tiada masa sebab ada masalah yg memang berat. jadi kalau dah siap tu diam2 la.. nak bangga pun beringat juga, jangan duk pandang rendah orang tak siap.. jangan 
macam 'ehh apalah kau ni tu pun lambat bla3..' or ' eh kau tak siap lagi eh.. aku dah setel dah tunggu nak print je ni'.. sudah la x mau dengar masalah kita lagi nak up diri hahaha.. x patut wooo... pesanan hari ini.. beringat susah senang orang mana kita tahu, bersangka baiklah.. aku pun kena belajar bersangka baik bahawa yg teruja cerita dia dah siap proposal tu sebab nak kongsi gembira dia.. bukan nak poyo kat orang dia dah siap dulu, dia lagi banyak bahan bla3.. BUKAN.. ^_^

alkisah...... dunia maya

Assalamualaikum

dengan adanya pelbagi media seperti FB, twitter, pulak tu instagram... orang dah kurang nak tulis blog ni... instagram pula, dengan gambar sahaja berperanan mencerita kisah disebaliknya.. simple je.. siapa ada masa nak menulis bagai. tapi ada kala, tabiat menulis, menaip tak dapat dipisah daripada mereka yg suka membebel di maya...

tapi bagaimana pula kisahnya mereka yg over sangat menulis sampai kisah dalam kain pun dikongsi, kata orang lantak merekalah, mereka punya fb, punya tweet, sendiri bayar internet... kita yang tak de kaitan pula terasa, menyampah.. pelik.. lumrah.. manusia boleh tak puas hati pasal benda entah pape pun...

cuma, kalau boleh, kita nak berkongsi apa pun di alam maya, biar berpatutan.. jangan dikongsi cerita yg bukan2.. yang mengaibkan orang lain mahupun diri sendiri.. mana tahu masa tu kita kurang matang, kurang sedar.. tak rasa benda tu membebankan kalau kongsi pun.. barangkali di lain hari kita menyesal tak sudah share benda tak patut... ataupun terlebih mengeji member di status fb.... terlebih riak dengan share apa kita buat..... niat mulanya biasa2.. tapi bertukar jadi lain.....

bagusnya kita tak ketinggalan dengan mempunyai akaun alam maya ni sebab banyak dakwah yang dikongsi rakan2 lain... mana tau sekali baca dah meresap ke kalbu... ada info kesihatan lagi.. kurang molek banyak gosip... banyak sangat gosip yg cuba di sebar meluas kerana function share yang sangat tiada kawalan... tendecy utk share apa orang share juga sangat tinggi...

dengan adanya dunia maya, kita berpeluang membina jalinan ukhwah sesama rakan yg jauh.. menjimat bil telefon.. boleh bertukar khabar.. banyak faedahnya.. kalau kita fikir positif.. cuma orang kata bergaul sosial di laman sesawang boleh menjadi parah apabila info tinggal, no.tel semua aktiviti serta merta di-update kemudian orang entah mana2 tahu... di-stalk- nya kita.. dan diapa-apa pula.. berhati-hatilah dalam keterujaan kita bersosial..