alkisah...... dunia maya

Assalamualaikum

dengan adanya pelbagi media seperti FB, twitter, pulak tu instagram... orang dah kurang nak tulis blog ni... instagram pula, dengan gambar sahaja berperanan mencerita kisah disebaliknya.. simple je.. siapa ada masa nak menulis bagai. tapi ada kala, tabiat menulis, menaip tak dapat dipisah daripada mereka yg suka membebel di maya...

tapi bagaimana pula kisahnya mereka yg over sangat menulis sampai kisah dalam kain pun dikongsi, kata orang lantak merekalah, mereka punya fb, punya tweet, sendiri bayar internet... kita yang tak de kaitan pula terasa, menyampah.. pelik.. lumrah.. manusia boleh tak puas hati pasal benda entah pape pun...

cuma, kalau boleh, kita nak berkongsi apa pun di alam maya, biar berpatutan.. jangan dikongsi cerita yg bukan2.. yang mengaibkan orang lain mahupun diri sendiri.. mana tahu masa tu kita kurang matang, kurang sedar.. tak rasa benda tu membebankan kalau kongsi pun.. barangkali di lain hari kita menyesal tak sudah share benda tak patut... ataupun terlebih mengeji member di status fb.... terlebih riak dengan share apa kita buat..... niat mulanya biasa2.. tapi bertukar jadi lain.....

bagusnya kita tak ketinggalan dengan mempunyai akaun alam maya ni sebab banyak dakwah yang dikongsi rakan2 lain... mana tau sekali baca dah meresap ke kalbu... ada info kesihatan lagi.. kurang molek banyak gosip... banyak sangat gosip yg cuba di sebar meluas kerana function share yang sangat tiada kawalan... tendecy utk share apa orang share juga sangat tinggi...

dengan adanya dunia maya, kita berpeluang membina jalinan ukhwah sesama rakan yg jauh.. menjimat bil telefon.. boleh bertukar khabar.. banyak faedahnya.. kalau kita fikir positif.. cuma orang kata bergaul sosial di laman sesawang boleh menjadi parah apabila info tinggal, no.tel semua aktiviti serta merta di-update kemudian orang entah mana2 tahu... di-stalk- nya kita.. dan diapa-apa pula.. berhati-hatilah dalam keterujaan kita bersosial..