proposal a.k.a cadangan latihan ilmiah

Assalamualaikum w.b.t

hari selasa lepas, hari yang sepatutnya aku hantar proposal, syarat nak grad untuk ijazah sarjana muda bagi kos macam aku kena buat latihan ilmiah. biasa orang panggil tesis tapi kami kan baru degree belum master jadi istilah tesis tu tak tepat. sebelum hantar latihan ilmiah kenalah buat cadangan dulu. kot2 terima tak tajuk tu. ok ke apa kan. subjek ni 3 jam kredit dan markah proposal 60 markah. of coz individu kan dan syarat page mesti 30 minimun diserta bahan arkib sekurang2 nya lima kot..

alkisahnya, aku punya tajuk xde bahan arkib, yang aku pun gatal pi buat tajuk tu. kebetulan pula masa ni arkib nak selenggara fail, ada pun satu-satunya aku jumpa bahan sedang diselenggara. sabar jela. kebetulan pula nak buat kajian terdahulu diutamakan tesis disertasi phd ke master. x jumpa pula kat um ke upsi pasal kerajaan lama ni.. huhu... ok sabar lagi. dugaan.

tetiba di FB, laju je orang2 update status pasal proposal. kawan2 aku ni mula gundah apabila melihat kwn2 dah siap sendiri masih terkapai2 cukupkan bahan. matlamat hanya satu, nak cukupkan 30 page. jadi tepat pukul 2 ada kelas kena hantar. setengah jam sebelum tu baru ngam2 dapat 30 page.. haha confirm aku tersentuh bab lain yg patut masa nak buat latihan ilmiah penuh baru cerita.

dua hari sebelum nak hantar, aku saja update status kata aku dah siap, dah buat sampai 40 page haha... dan2 je kan.. padahal masa tu belas2 pun idak.... jadi lepas dah hantar tu.. aku pun update status.. bunyi gini...

"kita tak boleh percaya sangat status kat FB ni, propa je semua tu. kadang-kadang nak bergurau, nak mencetus gaduh, nak menunjuk, nak gembirakan hati orang, nak emo.. kalau status saya tu yang berbaur kerajinan umpamanya. saya gurau je tu, tapi saya gembira kira ada juga percaya kata saya. kira saya ni muka boleh percaya haha. tujuan mengata dah siap asimen tu semua hanya membalas kata-kata orang yg setiap 30minit update status siap ni siap tu. boleh kita eksaited kan nak bagitahu dunia tapi kita tak sedar kita pressure orang lain. bukan x boleh psiko, cuma nanti jejas emosi orang lebih sangat, orang jadi menyampah. memang itu fb kamu, cuma poyo lah update setiap 5minit cerita siap apa siap itu ini. tahniah kamu rajin. dan bangga kamu juga tinggi. saya takut saja jadi riya' pula kamu, itu saya kata ni. peace :)

p.s- malam ni saya dah siap cari tajuk untuk phd dan bahan-bahan master, merangka pelan pembangunan hidup 30 tahun akan datang x bagitahu orang pun, eh dah bagitahu pula. :P"

tujuannya nak bagitahu saja, aku memang bergurau masa kata dah siap, dan gurau juga masa bagitahu kawan dah hantar kat lect lagi lama.. kawan2 aku pun pakat gurau.. sengaja nak matikan status orang yg duk bangga dia siap.. haha.. kalau siap seminggu ke sebulan lg awal bangga la.. ni sehari dua awal je dari dateline.. bukan dengki cuma terasa bahang... hahaha.. bukan lagi terasa dimotivasi nak siapkan banyak. terasa macam gilerlah nak tulis apa ni, semua boleh buat tapi aku x mampu ni.. aishhh... secara tak langsung tertukar status tu menjadi pencetus down sebab tak boleh compete dengan orang lain... hahah mulanya x ambil kisah pun. bila sorang2 kawan kata gitu, berderet je naik status.. sambil lepak2 layan FB, mulai risau masa depan proposal.. padahal sendiri punya salah. tak berapa serius or fokus haha... 

tapi memang x baik woooo itu macam duk update bagitahu buat itu ini, lain orang lain masalah, ada orang memang x jumpa bahan macam aku, aku usaha cari tapi dah xleh. ada yg x cukup duit, nak pergi library sana sini nak cover tambang, makan fotostat bahan lg.. ada yg tiada masa sebab ada masalah yg memang berat. jadi kalau dah siap tu diam2 la.. nak bangga pun beringat juga, jangan duk pandang rendah orang tak siap.. jangan 
macam 'ehh apalah kau ni tu pun lambat bla3..' or ' eh kau tak siap lagi eh.. aku dah setel dah tunggu nak print je ni'.. sudah la x mau dengar masalah kita lagi nak up diri hahaha.. x patut wooo... pesanan hari ini.. beringat susah senang orang mana kita tahu, bersangka baiklah.. aku pun kena belajar bersangka baik bahawa yg teruja cerita dia dah siap proposal tu sebab nak kongsi gembira dia.. bukan nak poyo kat orang dia dah siap dulu, dia lagi banyak bahan bla3.. BUKAN.. ^_^

No comments: