belajar untuk sentiasa muhasabah diri

ASSALAMUALAIKUM

dalam hidup ini, pelbagai perkara yang akan menimpa kita dan mendewasakan kita. kelmarin aku tengok balik coretan2 aku. dan aku perasan banyak yanng berubah. aku harap segala perubahan tu membawa kebaikan dan keberkatan untuk hidup aku. kadang-kadang dalam kita sedih, kita akan fikir yang dulu lagi best tapi kita tak sedar apa yang terjadi itu sebenarnya ada hikmah. sesuatu tidak akan terjadi tanpa ada hikmahnya. kita cuma perlu tunggu sebalik yang berlaku dan menilai hikmahnya. buka pintu hati kita untuk terima.

Alhamdulillah segalanya beransur baik, hidup makin teratur. sekurang-kurangnya bersyuku Allah masih memberi nafas untuk kita mencari kebenaran dan membaiki kekhilafan kita. untuk sentiasa rasa takjub pada kuasa Allah seiringkan hari kita dengan muhabasah diri. jangan terlampau angkuh dengan kelebihan diri sehingga mengenepikan teguran orang lain.

kita juga perlu sentiasa merubah diri kita untuk mencapai kesejahteraan hidup. istiqamah dalam perbuatan itu.  insha Allah semuanya baik2. aku menitipkan coretan kali ini untuk aku tengok suatu hari nanti, agar aku ingat kembali janji aku untuk terus muhasabah.