Sejarah?

Assalamualaikum dan semoga Allah memberkati anda,

sejarah? apa tu sejarah? perlu ke aku beri pengertian sejarah kat sini menurut tokoh itu ini, petik nama sarjana Barat, Islam blah3. ikut mudah faham sejarah itu perkara yang sekeliling kita, attitude kita terhadap sekeliling ialah sejarah hidup kita. belum berlaku lagi tapi akan berlaku kalau kita masih tidak berubah. nahhh itu sejarah. ada peristiwa ada kesan. jadi kita yang mencorakkan sejarah kita based on pemikiran kita sendiri. kita harus bertanggungjawablah maknanya. mudah bukan?

sejarah juga tak sebosan yang disangka, tapi mungkin buku sejarah boleh dibuat bahan tidur. yang ada imsomnia boleh baca buku sejarah dan mengantuk. hurmm kenapa agaknya doktor pakar tak suggest pada penghidap imsomnia untuk baca buku sejarah instead of taking sleeping pills yang ada kesan berlipat ganda. kurang bijak sungguh tindakan tersebut. mungkin salah sesetengah penulis sejarah kerana tidak mahu menukar gaya penulisan yang mudah.

mereka saja membuat sejarah kelihatan sesuatu yang kompleks, yang sukar difahami, nilai ilmunya tinggi maka bukan sembarangan orang mampu memahami sejarah. childish, ego dalam menulis. ini bukan fitnah ehh kan dah kata mungkin. andaian sahaja. orang kata hipotesis. disebabkan penulisan yang gaya macam sesuai menang award penulisan paling sukar difahami hanya boleh dibaca sekiranya level pendidikan tinggi. bluwekkk apa-apa jela fikir macam tu. sejarah sesuai untuk semua peringkat umur, pelusuk mana sekalipun.

sejarah bukan begitu bosan, mengantuk, mengarut atau tak berfaedah. bukan. dan lagi sekali bukan. kawan2 mungkin gelak kerna aku budak yang dulu tidur masa kelas sejarah bangkit melaungkan betapa indah sejarah. ya sejarah indah sebab itu ia mendodoikan aku tapi aku x pernah benci sejarah. makin aku rasa aku mengantuk, makin aku lawan. mungkin tak setanding penagih dadah cuba lawan ketagihan dadah tapi sekurang-kurangnya aku cuba. cuba untuk belajar sejarah masa mengantuk, masa rasa lapar tahap gaban, masa semua orang sibuk berseronok bercerita sok sek sok sek soal hidup yang memilukan. tika orang riuh sekali, saat itu aku cuba. cuba untuk berseronok dengan sejarah.

jadi kamu, kamu dan kamu cubalah untuk tidak meletakkan stigma sejarah perlu dihafal, sesuatu yang susah dan bla bla bla merapu habis. jiwa sejarah hanya perlu difahami. sebab kan manusia tidak benar-benar belajar dari sejarah, sejarah sentiasa berulang cuma masa, mungkin tempat dan pelaku bertukar tapi ceritanya masih sama. 

untuk mengenali diriku, mencari impian aku, aku belajar mencintai sejarah. agar aku tak ulang silapku, aku faham sebab akibat sesuatu berlaku. bukan ke al-quran itu juga terkandung sejarah? sejarah bagaimana kaum terdahulu binasa kerana tidak mahu patuh pada Allah? bukankah salah satu daripada rukun Islam ialah percaya pada kitab. belajarlah sesuatu daripada al-quran semasa membacanya bukan sekadar baca tapi faham kerana ia sejarah yang benar. senang cerita sejarah itu hanya cerita, jangan merumitkan keadaan dengan menganggap ia sesuatu berbeza. sejarah cuma nama lain bagi peristiwa. :)

mengejar yang fana?

ASSALAMUALAIKUM


sesetengah orang selalu fikir 'arghh ada masa lagi, bila2 boleh taubat.' tapi dia abaikan satu aspek. Allah x pernah janji Dia hanya akan ambil kita bila kita dah tua atau dah bertaubat. maut boleh menjemput bila2 masa saja. remind to myself and other, why wait for other opportunities, why not now? just grab it.

nak tunggu sedia? persoalannya bila? mungkin bila kita dah ada dalam zon 'berubah' suatu hari nanti, hati akan ralat sangat kerna sia-siakan punya banyak masa mengaut kebebasan yang sementara seronok. hakikatnya yang hakiki masih belum tergapai sedang kita megah dengan durjana. memetik kata2 Hlovate "a man that decided to changes at 12th hour dies at 11th"

kalau kita kata kita tunggu hidayah, how bout this answer? hidayah dah ada, kita saja menidakkannya sebagai alasan dan lesen untuk terus memboloskan diri dalam kancah kehancuran. seronok memang seronok tetapi itu tidak lama. mungkin hidayah itu Allah turunkan bentuknya lain pada kita. mungkin kita akan dapat kedamaian hati apabila kita membiarkan diri ini untuk berubah.

beri peluang pada hati kita untuk bernafas lega bebas dari titik hitam akibat dosa yang kita kumpul. dalam keterpaksaan itu, kita akan terima sesuatu yang baru. ini bukan coretan poyo tetapi ini suatu ingatan pada diri ini, yang melalui sini, agar beringat yang bersifat kekal itu bukan kita tapi DIA. kembali kepada-Nya tidak merugikan kita, bahkan kita akan jumpa kenikmatan dunia akhirat




ps-identiti hlovate masih misteri, bagusnya low profile dan mungkin kalau orang tahu dia laki atau perempuan akan jadi stereotaip terhadap penulisannya.