Sejarah?

Assalamualaikum dan semoga Allah memberkati anda,

sejarah? apa tu sejarah? perlu ke aku beri pengertian sejarah kat sini menurut tokoh itu ini, petik nama sarjana Barat, Islam blah3. ikut mudah faham sejarah itu perkara yang sekeliling kita, attitude kita terhadap sekeliling ialah sejarah hidup kita. belum berlaku lagi tapi akan berlaku kalau kita masih tidak berubah. nahhh itu sejarah. ada peristiwa ada kesan. jadi kita yang mencorakkan sejarah kita based on pemikiran kita sendiri. kita harus bertanggungjawablah maknanya. mudah bukan?

sejarah juga tak sebosan yang disangka, tapi mungkin buku sejarah boleh dibuat bahan tidur. yang ada imsomnia boleh baca buku sejarah dan mengantuk. hurmm kenapa agaknya doktor pakar tak suggest pada penghidap imsomnia untuk baca buku sejarah instead of taking sleeping pills yang ada kesan berlipat ganda. kurang bijak sungguh tindakan tersebut. mungkin salah sesetengah penulis sejarah kerana tidak mahu menukar gaya penulisan yang mudah.

mereka saja membuat sejarah kelihatan sesuatu yang kompleks, yang sukar difahami, nilai ilmunya tinggi maka bukan sembarangan orang mampu memahami sejarah. childish, ego dalam menulis. ini bukan fitnah ehh kan dah kata mungkin. andaian sahaja. orang kata hipotesis. disebabkan penulisan yang gaya macam sesuai menang award penulisan paling sukar difahami hanya boleh dibaca sekiranya level pendidikan tinggi. bluwekkk apa-apa jela fikir macam tu. sejarah sesuai untuk semua peringkat umur, pelusuk mana sekalipun.

sejarah bukan begitu bosan, mengantuk, mengarut atau tak berfaedah. bukan. dan lagi sekali bukan. kawan2 mungkin gelak kerna aku budak yang dulu tidur masa kelas sejarah bangkit melaungkan betapa indah sejarah. ya sejarah indah sebab itu ia mendodoikan aku tapi aku x pernah benci sejarah. makin aku rasa aku mengantuk, makin aku lawan. mungkin tak setanding penagih dadah cuba lawan ketagihan dadah tapi sekurang-kurangnya aku cuba. cuba untuk belajar sejarah masa mengantuk, masa rasa lapar tahap gaban, masa semua orang sibuk berseronok bercerita sok sek sok sek soal hidup yang memilukan. tika orang riuh sekali, saat itu aku cuba. cuba untuk berseronok dengan sejarah.

jadi kamu, kamu dan kamu cubalah untuk tidak meletakkan stigma sejarah perlu dihafal, sesuatu yang susah dan bla bla bla merapu habis. jiwa sejarah hanya perlu difahami. sebab kan manusia tidak benar-benar belajar dari sejarah, sejarah sentiasa berulang cuma masa, mungkin tempat dan pelaku bertukar tapi ceritanya masih sama. 

untuk mengenali diriku, mencari impian aku, aku belajar mencintai sejarah. agar aku tak ulang silapku, aku faham sebab akibat sesuatu berlaku. bukan ke al-quran itu juga terkandung sejarah? sejarah bagaimana kaum terdahulu binasa kerana tidak mahu patuh pada Allah? bukankah salah satu daripada rukun Islam ialah percaya pada kitab. belajarlah sesuatu daripada al-quran semasa membacanya bukan sekadar baca tapi faham kerana ia sejarah yang benar. senang cerita sejarah itu hanya cerita, jangan merumitkan keadaan dengan menganggap ia sesuatu berbeza. sejarah cuma nama lain bagi peristiwa. :)

No comments: