BARANG2 yg patut sangat tak naik

ASSALAMUALAIKUM

perkara yg paling sangat harap tak naik ialah tambang lrt ke bas. tapi ni barang ke? ni perkhidmatan kan? arghh lantaklah.. yg penting janganlah naik lagi. sem depan mesti banyak berjalan. maksud aku nak pergi um, ukm. konon. bukankah perkhidmatan awam tu patutnya berpatutan sesuai dengan orang awam. bukan orang kaya yg naik pun lrt ni. orang yg kerja pejabat, kerja kat shopping complex. yg gaji tentunya tak sampai dua, tiga ribu. kalau sebulan transport pi balik dah sampai 300 ratus. tak ke naye kerja penat2. patutlah ada yang labelkan BN sebagai BARANG NAIK. saya tak salahkan mereka. hikmah barang naik tu tak jelas di mata rakyat yg dicekik kesempitan hidup sedangkan orang atasan hidup memboros dan rakyat menderita.

lagi satu ASTRO tak patut naik. dah ada ura2 astro nak naik. petang tadi hujan. cer teka apa jadi? astro takde siaran. memang tak patutlah naik. kalau servis memuaskan aku terimalah. seminggu berapa kali cerita sama duk main? bagitahu, bagitahu. alasan nak bagi orang lain peluang tengok lagi sekali kalau terlepas? ermm boleh terima tapi pe jadah kalau hampir hari2 dalam seminggu duk ulang balik? pastu bila hujan je out of service. apa lagi eh? tak semua cerita sedia subtitle. yg mak cik pak cik nak melayan yg tak faham omputih ke korea ni pa citaaa.. kesian ke mereka.

minyak. ermmm minyak memang lah tak patut naik tapi ligat je naik nya pun. tak faham betul, apa yg membantu kalau minyak naik. dah rakyat msia mmg guna sangat minyak. kos abah aku tanggung sebulan mau berapa ratus untuk minyak. minyak je tu... minyak. kalau rokok naik tu aku x hairan lah. usaha bagus utk perokok tegar benti merokok. tapi minyak naik tak kan kita nak benti isi minyak? bak kata dorang tak suka ayam naik, jangan beli ayam, tak suka ikan naik jangan beli ikan. tak suka msia bla3 keluar dari msia. amboi sedap ko menghalau. nanti ko balun semua r? ceyttt.. yapeedaaa dah lah minyak ni ada domino effect. bi;a minyak naik je, semua naik, alasannya lori hantar barang pakai minyak jadi kenalah naikkan harga.

gula pun naik.. rindu sungguh zaman di mana gula sekampit seringgit setengah je.. sekarang dua kali ganda lebih sikit. alasan tak nak rakyat kencing manis. senang2 je nak kencing rakyat. ingat kami ni bodoh sangat ke.. kalau kena kencing manis pun bukan pasal gula tapi pasal nasi. kandungan karbohidrat tinggi. tu makanan ruji msia. tak nak naik beras pulak? tapi kalau naik mau mengamuk orang. sekarang pun mak cik mak cik kedai jual nasi putih saja tak berapa penuh isi pun. lebih kurang setengah pinggan harga seringgit setengah... kenapalah tamak sangat, padahal gula boleh je dinaikkan perlahan2 harganya. xdelah orang terkejut sangat... ehhhh angin beno...

ada lagi banyak benda khabarnya  nak dinaikkan. hahhh naik lah banyak2. naik naik.. tengok celah mana majunya msia nanti dengan terus-terusan polisi mencekik gini. memang rezeki tu Allah bagi tapi jgn sebab gitu dijadikan alasan takpe pun caj itu ini mahal, kalau Allah bagi rezeki ada lah rakyat kita makan kalau tak tak lah.. bullshitttttt.


ps- benti tu maksudnya berhenti. dah terbiasa cakap benti sampai taip pun gitu juga

No comments: