guru vs murid suatu organisasi

ASSALAMUALAIKUM

aspirasi saya ialah keluarga saya dan dalam sebuah keluarga terdapat pelbagai ragam, bagaimana saya menghadapi masalah keluarga saya, saya akan belajar sesuatu dari setiap orang. diharapkan dengan itu akan membantu saya untuk memupuk sifat kepimpinan saya. saya bakal menjadi cikgu setelah tamat pengajian jadi saya harapkan sesuatu yang dapat mencungkil bakat saya. para pelajar umpama organisasi dan saya sebagai guru merupakan pemimpin mereka. segala tindak-tanduk saya akan mencerminkan organisasi saya. saya harap saya dapat melahirkan organisasi yang berkualiti.

malah, apabila kita berada di atas, kita akan mampu melihat kerjasama orang di bawah kita. di situ kita akan belajar menjadi pemimpin yang lebih baik agar semua berpuas hati. kita tidak mampu membuat semua orang dalam organisasi menyukai dan menyokong hasil kerja (cara kita mengajar) kita tetapi kita mampu untuk berusaha agar mereka menerima dan bersifat terbuka terhadap perubahan yang kita bawa. dengan disertakan azam untuk memastikan organisasi hidup, itulah menjadi motivasi agar diri saya mempunyai sifat kepimpinan. saya nak anak murid saya dapat bekerja dalam suatu organisasi iaitu kelas yang hidup. mereka dapat menimba ilmu dan mereka juga berani untuk memberi idea bagaimana saya boleh membaiki kelas.

saya tak nafikan semasa saya menjalani praktikum, terdapat masalah dalam menyatukan organisasi ini. apabila saya ingin melakukan aktiviti kumpulan, saya boleh nampak dengan mudah, murid2 mempunyai kumpulan mereka sendiri. kumpulan itu pula sukar dipisahkan kerana mereka rasa serasi. mereka enggan bercampur gaul dengan murid lain atas dasar kaum, sikap dan lain-lain. saya juga berpendapat hal ini turut berlaku kerana semua orang mempunyai pendapat berbeza, masing-masing inginkan guru 'melihat' dan prihatin kepada mereka. apabila saya memberi mereka peluang untuk mengemukakan cadangan mengenai aktiviti. masing2 inginkan idea mereka diterima.

bagi saya, kita harus menerima pandangan semua orang dan selaraskan dengan matlamat. tidak semua idea yang diuarkan buruk untuk organisasi walaupun idea tersebut baru. anggap sahaja perubahan itu bagus, dan dengan sifat terbuka kita dapat menyatukan organisasi kerana semua orang rasa seperti dihargai. seolah-olah bagi mereka mainkan peranan supaya mereka rasa tanggungjawab terhadap organisasi.

guru dan murid tidak patut ada jurang tapi perlu ada batas :)

No comments: